Sunday, August 29, 2010

Asmara Drama Baru Di Slot Lestary TV3/Sinopsis Drama Asmara Lakonan Faezah Ilai & Shaz Jaszle





.











Asmara adalah drama terbaru yang akan menemui anda pada 31 Ogos ini mengantikan drama muzikal iaitu Hotel Mania yang hangat di kaca TV3 sekarang.

Drama Hotel Mania akan tamat pada minggu depan. Bagi yang meminati drama Hotel Mania yang bagi aku macam pelik tu, jangan la lupa nak tengok minggu depan.Sebab dah episode terakhir.

Berbalik kepada drama terbaru ni, aku menyangkakan drama Asmara ini mesti adalah drama yang mengetengahkan unsur percintaan dan pesahabatan diantara lelaki dan perempuan.



Sinopsis Drama Asmara Lakonan Faezah Ilai & Shaz Jaszle


Terjerat Dalam Perjanjian Nyawa.


Terbaru di slot Lestary, TV3 bakal menayangkan sebuah siri drama yang menarik “ASMARA” lakonan Faezah Elai, Shaz Jazle, Faralyna, Nazim Othman, Fiza Elite, Syed Ali, Rahim Jelani, Dian. P Ramlee, Mustapha Kamal dan Fauziah Nawi mulai 31 Ogos 2010, setiap Selasa jam 9.00malam.


Drama 13 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Heykal Hanafiah dan juga skrip daripada penulis yang tidak asing lagi Sharifah Abu Salem. ASMARA mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah.


Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shaz Jazle) mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya. Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna).



Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya telah membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.


Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri dek kerana terhutang nyawaZaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan. Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak.


Zaliya terpaksa menangguhkan pembelajarannya di kolej kerana kandungannya semakin membesar. Sahlan bimbang jika rakan-rakan perniagaan akan mengetahui tentang Zaliya telah mengurung Zaliya di rumah. Walaupun tidak mencintai Zaliya, Asmara telah bertindak untuk melindunginya dan berpindah keluar daripada rumah Sahlan.


Asmara telah memikul tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan berusaha untuk menjaga keperluan harian Zaliya yang sedang sarat mengandung. Zaliya mula berbaik-baik dengan Asmara dan jarang sekali bergaduh dengannya kerana Zaliya banyak bergantung kepada Asmara.


Raziq pula berasa tidak puas hati kerana Zaliya tidak mengugurkan anaknya dan telah merancang sesuatu. Adakah bunga-bunga cinta akan mekar di hati Asmara dan Zaliya? Bagaimana pula dengan nasib Melati? Saksikan konfik cinta mereka di Lestary: Asmara mulai 31 Ogos 2010, setiap hari Selasa jam 9.00malam.


Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama TV3 & TV9, “Slot Lestary di TV3 yang berkisarkan kehidupan dan percintaan remaja. Menerusi drama bersiri ASMARA ini, pihak TV3 telah mengambil iktibar daripada masalah sosial remaja yang semakin merunsingkan akibat pergaulan bebas dan kekurangan didikan agama. Kami juga ingin menyarankan kepada golongan muda ini supaya tidak mengabaikan tanggungjawab dan juga menghormati nyawa walaupun nyawa seorang bayi yang belum dilahirkan. Semoga penonton kami dapat pengajaran selain terhibur dengan lakonan Shaz Jazle dan Faezah Elai.”










.



Saya tetap SAYANG awak

.



Wan suke tengok video nie....Sedih sangat...








Sumber dari Utube.






Hayatilah betul betul k..



Ia nya cuma mengambil masa seminit untuk jatuh cinta pada seseorang,
Satu jam untuk menyukai seseorang,
Satu hari untuk menyintai seseorang,
Tapi ia mangambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang...







.




Saturday, August 28, 2010

Wan Hazel.....Tema Raya......

.















Salam korang




Kali nie Wan tuka lagi Tema Raya kat blog Wan...

Nak kasi kemas skit..huhuhu



Photobucket



Shoutbox Frame

shout hazel aidilfitri frame





.











tutorial "gambar membesar bila cursor menyentuh gambar korang"





.








Salam Korang..


Hari nie wan nak Wat tutorial "gambar membesar bila cursor menyentuh gambar korang"


Law nak contoh...try arahkan cursor korang ke gambar Wan kat bawah nie....




Dah try.....


Ok..Law korang nak wat



Jom Tutorial



Bagi penguna template blogger and layout

Dashboard>Layout/template blogger/design>Edit HTML

kemudian klik pada Expand Widget Templates..tekan CTRL+F pada keyboard dan copy paste code di bawah ini ke ruangan find

cari kod </head>


</head>


(CTRL+C serentak untuk copy)


Bagi penguna template

Dashboard > Template

Cari kod </head>


Tekan CTRL+F pada keyboard dan copy paste code di bawah ini ke ruangan find

</head>

(CTRL+C serentak untuk copy)





Law da jumpa


korang copy kod kat bawah nie pastekan diatas </head>


---------------------------

<style type='text/css'>
border: none;
vertical-align: top;
}
</style>
<script src='http://sites.google.com/site/masdoyoksite/javascript/masdoyokexpando.js' type='text/javascript'>

/* http://www.MasDoyok.co.cc (c) Script 2009*/

</script>


-------------------------------



Lepas selesai.. korang Save



Dah selesai tu..law korang nak wat gambar membesar untuk entri.. korang gune care nie k

Mula mula korang upload gamabr korang..guna LARGE k..contoh cam gambar kat bawah nie..



Dah selesai upload..korang klik kat edit HTML kat atas box posts korang tu..contoh gambar kat bawah nie




Ok dah kan..

Lepas tu korang akan jumpa kod gambar korang camnie


<a onblur="try {parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}" href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9dt7NvJk9vyQL827_CzDnoD7vreVVsKe1xBY0y1NuD-ohUE2M9hfzjuoCSaZY1UC6GGvLAZTqfJAd94-vdLL_drnXY8mAnwrED_23yHFd-N06L9kOsS_NRfG856ZNhPIAzng1YlybLuE/s1600/blogger+middle.jpg"><img style="display:block; margin:0px auto 10px; text-align:center;cursor:pointer; cursor:hand;width: 400px; height: 293px;" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9dt7NvJk9vyQL827_CzDnoD7vreVVsKe1xBY0y1NuD-ohUE2M9hfzjuoCSaZY1UC6GGvLAZTqfJAd94-vdLL_drnXY8mAnwrED_23yHFd-N06L9kOsS_NRfG856ZNhPIAzng1YlybLuE/s400/blogger+middle.jpg" border="0" alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5510301707762916994" /></a>


So korang kene ubah skit je dalam kod gambar korang tu..korang tambah kod nie class="expando" diantara img style So akan menjadi cam nie


img class="expando" style


lepas tu korang ubah plak width: 400px; height: 293px; kepada width: 320px; height: 234px;

dan selesai...so semua tu akan jadi contoh kat bawah nie


<a onblur="try {parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}" href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9dt7NvJk9vyQL827_CzDnoD7vreVVsKe1xBY0y1NuD-ohUE2M9hfzjuoCSaZY1UC6GGvLAZTqfJAd94-vdLL_drnXY8mAnwrED_23yHFd-N06L9kOsS_NRfG856ZNhPIAzng1YlybLuE/s1600/blogger+middle.jpg"><img class="expando" style="display:block; margin:0px auto 10px; text-align:center;cursor:pointer; cursor:hand; width: 320px; height: 234px;" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9dt7NvJk9vyQL827_CzDnoD7vreVVsKe1xBY0y1NuD-ohUE2M9hfzjuoCSaZY1UC6GGvLAZTqfJAd94-vdLL_drnXY8mAnwrED_23yHFd-N06L9kOsS_NRfG856ZNhPIAzng1YlybLuE/s400/blogger+middle.jpg" border="0" alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5510301707762916994" /></a>




Selesai...

Tu...je


Law korang nak Wat gambar kat side korang membesar lak korang gune kod nie k.



<img class="expando" border="0" src="URL GAmbar korang" width="150" height="150">


width="150" height="150" korang bleh kecilkan lagi or besarkan lagi...tapi jangan lah sama besar ngan size gambar sebenar k..




k



Selamat mencuba.




papai..






.



Friday, August 27, 2010

Majlis berbuka sempena sambutan Nuzul Al Quran di dewan Suarah Kota Samarahan , Muara Tuang





.










Salam Korang



Petang tadi Wan and familly ke Majlis berbuka sempena sambutan Nuzul Al Quran di dewan Suarah Kota Samarahan , Muara Tuang.



Ok yang nie Wan sebelum ke Majlis...


Photo Familly Wan di Majlis...


Tak banyak photo...

Lepas berbuka Kita orang sembahyang berjemaah terus jemaah teraweh... Ade ceramah agama gak..Balik balik dapat ole ole....Wan dapat sejadah and Al Quran....


Bebudak dapat ang pau...Wan tak leh dapat Ang pau..huhuhuhuhu




Tu je





Salam Nuzul Al Quran





.



jawapan kepada video malaikat di atas kaabah

.







Salam korang..



Nie Wan nak kongsikan kat korang Hope apa yang korang percaya selama ini terbukti Kebenarannya (hanya Allah tahu kebenarannya)



Malaikat tergolong dalam perkara samiyyat iaitu perkara yang wujud tetapi tidak boleh dikesan oleh pancaindera manusia..









Lihat video berkenaan agar terbukti kebenarannya....


Setiap yang terjadi semuanya dengan izin Tuhan yang Esa....





Semoga tiada kesesatan dalam Agama kita (islam)





.






tutorial Tukar warna link glow link

.






Salam korang hari nie Wan nak wat effect link lak..






Bagi penguna template blogger and layout

Dashboard > Layout > Edit HTML.


korang cari kod Ctrl+F serentak

Cari kod ini a:link dan a:hover


and korang korang ganti kod tu dengan kod yang dibawah nanti k


(CTRL+C serentak untuk copy)


Bagi penguna template

Dashboard > Template

korang cari kod Ctrl+F serentak

Cari kod ini a:link dan a:hover

and korang korang ganti kod tu dengan kod yang dibawah nanti k


(CTRL+C serentak untuk copy)





kod
----------------------

a:link
{
color:#0000ff;
font-size:10px;
cursor:default;
}

a:hover
{
color:#d2691e;
font-size:10px;
font-style:italic;
cursor:wait;
}

---------------


#0000ff tu adalah warna link korang korang tuka lah ekot kemahuan korang..hehehe
#d2691e nie plak adalah warna bila anak panah sentuh kat link korang


yang dekat a:hover ialah effect time anak panah sentuh kat link korang so korang bleh ubah ekot kesesuaian lah k...



Kod Warna
Kod Warna HTML - XHTML - XML - CSS










.



Thursday, August 26, 2010

Tutorial wat tulisan entri warna pelangi...

.




rainbow Pictures, Images and Photos




Salam Korang



So ari nie nak ajar korang camne nak wat tulisan kat dalam entri korang Warna warni cam pelangi...



Bagi penguna template blogger and layout

Dashboard > Layout/design > edit HTML.

Lepas tu, cari kod </head>, dan paste kod 1 kat bawah </head>.

(CTRL+C serentak untuk copy)


Bagi penguna template

Dashboard > Template

Lepas tu, cari kod </head>, dan paste kod 1 kat bawah </head>.

(CTRL+C serentak untuk copy)



Kod 1
---------------------

<script src="http://sites.google.com/site/copycatgroup/Home/jsfile/rainbowtext.js"></script>

---------------------


lepas selesai korang save..


lepas tu baru korang leh wat entri Tulisan pelangi .

tapi korang kene gune kod 2 dalam post korang...tak bleh preview..Law preview pun tulisan pelangi tak nampak..Law dah publish je baru nampak..



kod 2
----------------

<span class="rainbow_text">Entri korang</span>

----------------



Selamat mencuba ya....Untuk pengguna blogger template and design wan tak pasti sama de korang perlu Expand Widget templates ke tak...try lah ye.


Dan pasti kan law korang nak Wat perenggan baru lagi korang kene salin kod tu balik k..satu perenggan satu kod...


Contoh


<span class="rainbow_text">Perenggan pertama</span>


<span class="rainbow_text">Perenggan kedua</span>





.



Tema Raya blog Wan....YEY yey camat hari Raya..

...









Salam Korang..


Pagi nie Wan dah tuka Tema Blog Wan ...B4 nie guna Tema puasa kan...Skang dah nak Raya..so tuka Tema Raya lah plak..hehehe..


header raya 2010

Poce Wan full lah...Boleh raya punye... Tak lame g Merdeka gak kan...Wan pun akan sambut Merdeka...Malaysia Boleh...


shout icaon hazel raya

Jam 1 petang nanti ade klaz lak...Pagi nie jap je Blogwalking koz Wan edit Tema Blog wan nie..hehehe..

frame hazel raya



K lah korang tu je lah..Jom nyanyi lagu Raya...

"selamat hari raya....."






.



Wednesday, August 25, 2010

kenapa isu mercun sukar dihapuskan..

.










Salam korang...


Skang dah banyak dah berita mengenai mercun nie kan??? Adakah pihak berkuasa tutup mate je..Mercun nie bukan tak leh dengar pun....Sampaikan papa Wan bising salahkan pihak polis tak ambil tindakan..Law nak tangkap orang main mercun nie kan senang...dengar je kat kawasan mane mercun tu berbunyi lepas tu wat serbuan...Tak kan lah tak de polis kat sesebuah perkampungan or kawasan tu kan..Hendak seribu daya tak hendak seribu daleh ..


Bukan nak salahkan pihak berkuasa cume pendapat Wan je...


Sebenarnye bagi Wan bende yang name mercun nie takkan dapat dibendung...

Kenape???

Sebabnye main mercun nie dah macam satu tradisi untuk bangsa Melayu saat nak sambut Raya and pada bulan puasa... Tradisi mane bleh diubah bukan... ???


Ok....misal lah kan..mercun tak dapat masuk negara kita lagi... apa kan jadi??? sunyi sepi??tak de main mercun g...semua nye salah..Zaman skang nie semua dah maju maju...cari je kat Youtube ..."how to make boom" mesti ade nye...


Bebudak kat kampung Wan nie lak...Tak yah blajar pun wat mercun nie...menjadi gak mercun dia orang..ade mercun plug , mercun soda , macam macam lagi lah...Wan..Wan pun boleh wat mercun...bende nie terlalu senang nak wat.


Apesal kerna kesalahan bebudak yang tak pandai main mercun ..Kita yang dah dewasa nie plak tak bleh men mercun??? Isu nie susahkan nak bentang camtu je... Nape mak bapak dia orang tak nak pantau anak anak yang kecil tu bermain mercun..???


Zaman mercun nie dah ade sejak dulu dulu lagi... kite nak salahkan sape???kenape dulu tak ambil tindakan???







Mercun tak berbahaya kalau kite pandai...
Tapi mercun berbahaya jika kita terlebih pandai..








.



Tuesday, August 24, 2010

sotong pok/sotong powk/sotong paluk/sotong pukul/sotong ketuk







.










Salam Korang..


Pernah rase tak sontong kering yang kene pukul...Mule mule kene bakar kat api dulu lah..kire cam panggang lah....huhuhu...lepas tu digolong and dipukul gune tukul....


Yang menyebabkan sotong nie sedap ialah sambal nya..masam masam pedas..ada gak sambal yang ada letak kacang yang ditumbuk..nyam nyam..




sotong pok/sotong powk/sotong paluk/sotong pukul/sotong ketuk nie dah macam tradisi kat Sarawak..Asal bulan Ramadhan je mesti ade gerai gerai yang jual ... Waktu malam time nak g taraweh syok je lepak tepi gerai gerai nie... balik taraweh pun singgah lagi...


Ade gak gerai yang wat sambal tak sedap so kurang lah pelanggan kan.. ade gak gerai yang jual mahal.. Tempat yang Wan slalu beli..gerai yang jual murah and sambal nye nyam nyam...pergh..susah lah nak kasi taw..Law korang sendiri rase mesti nak beli banyak banyak..


sotong pok/sotong powk/sotong paluk/sotong pukul/sotong ketuk nie sedap dimakan selepas berbuka time malam malam lah...


Wan tak taw lah tempat korang ade tak jual..Law kat tempat Wan berlambak je..hehehe


Law nak taw kehebatan sotong pok/sotong powk/sotong paluk/sotong pukul/sotong ketuk korang tanye lah member member sarawak korang...Bukan sejadar menjilat jari..plastik yang tempat letak sambal tu pun kene jilat..hahaha...
seeeeeeeeeeedddaaaaaaaaaaaapppppppppppp ......




Law tempat korang tak de...G lah Sarawak k..






A city like No Other






Gambar carian Google




Sowie tak de gambar yang ade sambal and yang dah siap





.




Tutorial wat teks/tajuk blog bergerak di menu bar



.










Salam Korang




So ari nie Wan nak wat tutorial Gerak gerak kat tajuk blog korang...





Bagi penguna template blogger and layout

Dashboard > Layout/design > Edit HTML. Tick pada kotak Expand Widget templates.

Cari kod <head>
Ctrl+F untuk find... copy kod <head> and paste dalam box Find

Lepas tu korang copy kod kat bawah tu..and paste kat bawah <head>

Bagi penguna template

Dashboard > Template

Cari kod <head>
Ctrl+F untuk find... copy kod <head> and paste dalam box Find

Lepas tu korang copy kod kat bawah tu..and paste kat atas <head>




Kod

------------------------

<script language='JavaScript'>
var txt=" Tajuk korang ";
var kelajuan=250;var segarkan=null;function bergerak() { document.title=txt;
txt=txt.substring(1,txt.length)+txt.charAt(0);
segarkan=setTimeout("bergerak()",kelajuan);}bergerak();
</script>

-------------


Tajuk korang korang pilih lah ye tajuk yang korang nak letak

250 kelajuan teks tu bergerak...makin kecil makin laju k




Ctrl+C serentak untuk copy



Selamat mencuba






.



Monday, August 23, 2010

Mengapa Yahudi begitu Bijak??!! (mampu menggenggam dunia)



.






Salam korang.

Ambillah sedikit waktu untuk membaca...Walau agak panjang tapi amat bermakna untuk dikongsi...Untuk kebaikan bersama...Jika bukan kita sapa lagi ...











Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.


Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.


Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.


Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.


Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.


Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)


Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.


Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.


Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.


Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!



pameran seni di spanyol
dgn berani mmenzahirkan penghinaan sbg bukti islam semakin lemah. xkira dari pucuk pimpinan hingga ke orang bawahan



Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.


Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka.


Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!


Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.


Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.









Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of Science






Semoga kita semua mendapat manfaat






.



Edisi imbas kembali...(Versi Sarawak)






S
alam ♥ ♥ ♥








Photobucket
C.I.N.T.A


Sik prLu gaG0 di caRik..
Nya daTang ke dRik..
0t0metik baH..
keDak raMa rama juwaK..
kiN kita nGep0nG..
kiN ja0h teRbaNg nYa..
cOBa kIta diaM diaM jaK..
meSti da nYa nGegeH terbAnG ngaGak naK..
SoaLnya, Whether kita tiMak or sIk..


Photobucket
0i..
C.I.N.T.A..
m0Lah kita peRit..
NyuR0h aTi kiTa sakiT jaK..
Bila datang aSa Ya, rasa Nak tikAm jak diRik ke paRit k0h..



Photobucket
0i..
C.I.N.T.A..
Laki 0mpUaN sUma saMa..
Sik da bezAnYa..
Sebab dakNya nak Ka naMa maNusia..
muN bReak, naSiB la..
TimAk jak..
eB0h naK ngeRec0 keDak 0ranG meruYan baH..
Nya bukan terBaek pun unTuk kiTa..



Photobucket
0i..
C.I.N.T.A..
da juwak pEy ke maTi..
Ya naMa ciNta sejaTi..
mun da j0d0h sik ke cinEy cinEy k0h..
aSaL dah di set di daLam ati..
berCinTa nGan pen0H juj0..



Photobucket
0i..
C.I.N.T.A..
sapA peNah bercinta?
iNgatLah ciNta ya..
Sik SekaCak kata kata,
Sik seManis muluT beKaKa..
Cuma jadiknya
Satu peRigatAN daN peNgajaRaN..

---------------------






.