Wednesday, July 6, 2011

Nostalgia Kad Raya

.

Sila baca sambil pasang lagu raya..ehehe

Salam Korang..

Ok Wan taw...Puasa pun belum lagi Wan dah bercakap pasal Raya lak..Kat TV pun dah wat iklan Raya tak kan Wan tak boleh nak cakap pasal Raya??Law tak boleh korang buat surat aduan dulu mengenai iklan raya kat TV tu k..Mega raya , sale raya semua tu k..hehehe..Dah dah..Tok sah nak marah marah..eh eh,,ade ke yang marah..??


Kad Raya.. semua dah pernah terima Kad Raya kan..???Bagi Wan law dapat Kad Raya nie rasa macam seronok sangat..Memanglah korang rasa macam dah tak up-2-date kan..Tapi Kad Raya nie punya Nostalgia nya..Lebih lebih lagi kalau terima Kad Raya yang besar siap ada lagu lak bila bukak.."Selamat hari raya , Hari untuk kita bersuka Ria....bla bla bla..."..Kompom kompon lah orang tersayang yang bagi..hehehe..bukan pak we or mak we je taw..orang tersayang luas makna nya..admire ke...kawan rapat ke..kakak angkat ke..adik angkat ke..tul tak??


Zaman dah berubah manusia pun dah berubah..Dunia pun semakin moden..Yang lama akan ditinggal dan makin dilupakan..Hinggakan adat resam pun kita mula lupa..walaupun orang kata biar "mati anak jangan mati adat" tapi skang nie ramai yang buang anak dan tak jaga pun adat tu...Rasanya tak perlu dah pakai pribahasa tu...hmmm...garu kepala sikit..Zaman makin canggih dan mula lah terbit Ecard..card teknologi canggih tu..Orang nak bagi Kad raya pun dah rasa malu..Hairan..


Kalau dibanding antara dua nie..Ecard dan Kad biasa..Wan lebih suka menerima Kad biasa dari Ecard..(Law bagi Ecard pun Wan terima.Kelebihannya orang yang duk jauh pun leh bagi tanpa mengeluarkan modal)..Kalau korang dapat Ecard Raya mungkin feel dia berbeza dengan korang dapat kad Raya yang biasa yang dibuat dari kertas keras dan dibalut dengan sampul putih..Owh..indahnya..Kekadang bila bukak dan baca isi kandungan Kad Raya tu kita mula rasa sebak,,,Rasa dekat dan kekadang memberikan kita senyuman lebih lebih lagi jika isi kandungan Kad Raya tu penuh keunikan..Paling best kalau Kad Raya tu datang dari jauh..Kedatangan Kad Raya yang tak diduga pun ada feel yang lain...Abang Posmen senyum je kan bagi kad Raya nie..hahaha.


Dulu masa menengah rendah..Sanggup minta duit mak tak pun simpan duit kumpul sampai cukup dan ke kedai nak beli kad raya walaupun kedai jauh, ditambah lagi dengan dugaan bulan puasa..Nak pilih Kad Raya lak satu hal..Berjam jam dekat kedai tu.tauke cina dok jeling jeling je..menyampah bukan nak curi pun...Tak cukup satu kedai cari lagi kat kedai lain..hahaha..Sebenarnya nak cari Kad Raya yang murah "Lima duahengget"..Lepas kuar dari kedai tu mula lah mengutuk tauke cina tu ..masa tu tak kisah dah pahala puasa retak..hehehe


Nak bagi kad raya nie pun kekadang memilih orang..Pilih orang yang ada peluang nak balas balik kad raya kita..Sampaikan tulis kat bawah kad raya tu..


Ada ubi ada batas
Lepas baca harap balas.


Hahaha..macam dah tak iklhas lak nak bagi kad raya kan..tapi niat memang baik..Ayat penting dalam Kad Raya lak.."jangan lupa ang pau dan datang rumah" ataupun "datang rumah bawak kuih dan air sendiri" yang nie budak gila gila je yang buat..Law yang baik baik macam Wan nie..eceh prasan..Kita orang tulis "Kususun sepuluh jari memohon ampun zahir dan batin " ataupun "so skang nie kira kosong kosong k" ataupun kita orang akan tulis " jangan lupa datang rumah bawa keluarga sekali "


Bagi yang duk asrama lak..tak boleh nak kluar dia orang suruh lah pelajar harian yang belikan..Wan pernah lah belikan untuk pelajar asrama nie..Wan kan budak baik..beli lah kan kad raya..Wan pun dah tengok semua kad raya tu..Yang lucunya Wan dapat Kad Raya yang Wan sendiri beli dan yang Wan sendiri pilih tu..ahhaha..Tak terkezut dah..tapi paling bermakna adalah isi kandungan nya..Terima Kasih bab kawan kawan Wan masa tu semuanya baik baik..Rindu korang semua..Tingkatan 5 memang penuh kenangan..


K lah korang..panjang sangat Wan membebel nie..setakat nie je lah k..Korang lak ada pendapat yang lain tak..or ada cerita yang menarik mengenai Kad Raya nie..Law ada Jom lah kongsi..Nak jugak baca..Dah macam segmen Nostalgia Kad Raya lak..ehehhe..Yang nie bukan segmen k.


Teringin nak baca kisah Kak Wansteddy mengenai Nostalgia Kad Raya..Korang pun sama jugak...cepat cepatlah Wat entri k..Law dah wat tinggalkan link..Pasti Wan akan terjah dan komen.


Skang nie musim ganti Puasa..Sesapa yang belum Ganti tu..Cepat cepatlah ganti k..



Papai.


.



Tuesday, July 5, 2011

1 Ramadhan yang amat bermakna

.

Mood = Diruang rindu
Lokasi=Dongyang Technical College, South Korea


Sejuk kekadang berkabus..


Aku duduk disudut jendela berpura memandang ke luar tingkap, menyembunyikan terjunan air mata yang laju sekali.Ketika itu juga aku disentuh Rindu yang paling dalam.Tika dibuai rindu, emosiku menyentuh di dasar paling rendah yang pernah dicapai dalam hidup ini.Rindu akan keluarga di Malaysia..Sekadar meratap kepingan gambar dan kiriman warkah berbentuk maya. Pandanganku berkaca kaca. Satu persatu manik cairan menghentam kepingan yang sedang terbuka. Dengan pantas aku menggosok kelopaknya, aku meneruskan bacaan mengawal sesak didada, memaksa semua kabur pandangan tulisan ditancap mata.


Entah mengapa saat semakin menghampiri Ramadhan aku akan mula rasa keseorangan sedangkan ramai teman yang sudi berkongsi perasaan malah luahan..Mungkin aku sedikit malu berkongsi bersama teman realiti dan biarlah aku memuntahkan rasa disini kerna aku tahu kalian hanya sekadar menerjah tulisanku dan bukan hatiku yang bertengek didahan yang rapuh..



"Wan..tauk sik kitak cuaca time pagi raya 1 Syawal ya mesti sama dengan Cuaca 1 Ramadhan..."

"Eh pa mek rasa cam biasa jak o..Pa lah kitak rasa??"

"ya kitak..sik posa mena..Mek dapat rasa eh..1 Ramadhan tok lain sikit..Cuaca nya hening jak..Sejuk..Terasa gilak Rahmat Allah ya datang mencurah curah..And mun tak rasa juak 1 Syawal dengan 1 Ramadhan tahun depan kelak...Cuaca nya nang lain...nak orang slalu madah..Bulan Ramadhan tok Allah bukakkan pintu Syurga seluas luasnya and nutup pintu neraka serapat rapatnya"

"hahaha...mena ka..Insya Allah mun umur panjang dapatlah mek merasa cuaca ya lak o..Amin"


Sejak detik itu, aku tak pernah tido di pagi 1 Ramadan..Sejak itu jugak 1 Ramadan bagi aku sangat bermakna..1 Ramadan dan 1 Syawal lebih mmbuatkan aku insaf..Terima Kasih .Sebab mengingatkan aku…bahawa rahmat Allah selalu ada..cuma kita tak merasakannya…

1 Ramadan berulang lagi..Dan setiap kali tu jugak aku akan menangis..keseorangan..tanpa sesiapa..Tahun ini benar benar membuat aku bertambah sayu...

Salam dari kejauhan


Mungkin Ramadhan kali ini, nostalgia Ramadhan terakhir buat kita. Barangkali...



Kisah rekaan
.



Monday, July 4, 2011

Download malwareByte_Penting untuk yang suka online

.



Salam Korang...


K
ali nie Wan nak share skit mengenai software yang Wan guna..Bukan software untuk edit Gambar or blog..Tapi untuk perlindungan Laptop or PC korang..Wan guna nie koz memang terbaik.Korang yang kaki Blogwalking tu leh guna nie k..bab malware or adware nie boleh membiak dalam lapyop/PC korang tanpa korang sedar..AntiVirus tak leh detect Malware taw..Jangan sangka korang guna Antivirus laptop or PC korang dah selamat...So Law korang nak...Korang klik Download kat bawah nie...Dan lepas tu Save k..And Software nie gak leh block malware dari blog blog yang kene jangkitan malware..




Lepas korang Save tu..Korang install lah..Lepas install korang open Malware Byte korang tu..Dan nanti korang akan dapat trial punya version..Macam dalam gambar kat bawah nie..




Trial nie pun ok gak..Cuma dia trial lah..Tapi korang tetap leh guna..Dan skang nie sapa cepat dia lah yang dapat guna REG KEY Wan nie..Wan tak taw berapa banyak yang boleh guna ..Korang cuba je..Korang klik kat anak panah macam kat dalam gambar kat atas tu..Nanti korang akan nampak satu Pop Up muncul taw..Korang masukkan REG key kat bawah nie dalam kotak dia nanti k..Law tak leh guna korang beli lah REG KEY sendiri k..hehehe




Kotak atas : 3AH34

Kotak bawah: Q5VP-GUTV-84HV-UWNN


Law leh guna ... korang akan dapat full version lah..Nanti akan dapat macam kat bawh nie..Takde lagi dah REG Button ..



So selamat menggunakan MalwareByte..Sesape yang dapat guna KEY REG tu..Korang kasi taw k.Sila Scan laptop or PC korang k...




.





Contest : Watermark Untuk DarkBatman



.

Klik banner untuk terus ke blog penganjur
29 Jun 2011 hingga 7 Julai 2011

Salam Korang ...


Kali nie Wan nak join Kontes dari DarkBatman lak.Penganjur nak satu watermark yang mengandungi logo seperti yang darkbatman nak dan mengandungi ayat darkbatman.com..Kita tengok syarat syarat dan hadiah k.


------------------------(100% disalin dari blog Penganjur)

SYARAT-SYARAT :

1) Buat satu entry bertajuk CONTEST : WATERMARK UNTUK DARKBATMAN

2) Letak banner blog darkbatman, dan link kan ke entry ini

3) Watermark anda mestilah mengandungi ayat darkbatman.com

4) Watermark anda WAJIB mengandungi logo di bawah :


logo darkbatman


5) Design / buat watermark untuk darkbatman, dan sertakan imej watermark tersebut dalam entry anda.

6) Submit link anda di ruangan komen.

HADIAH : Wang tunai RM100 (akan di bank in ke akaun pemenang)

TEMPOH CONTEST : 29 Jun 2011 hingga 7 Julai 2011


------------------------(100% disalin dari blog Penganjur)


Dan Jom kita tengok Watermark yang Wan pertaruhkan....



Ok dah nampakkan..Amacam ok tak??.."http://wanhazel.blogspot.com/" tu tak termasuk..yang tu untuk copyright je...ok jum kita bercerita sikit tentang Watermark nie..

Wan wat simple dan smart so bila orang tengok pun orang dah taw dah..yang nie mesti Darkbatman ..Dan tulisan yang Wan guna lak..Tulisan yang orang tengok pun dah boleh baca tak perlu guna tulisan berbelit sangat..Law berbelit sangat orang muala keliru sebab tak taw tu watermark ke logo ke gambar..Betul tak??Dari segi warna..Wan pilih warna kelabu kehitaman melambangkan maskulin "hitam itu menawan" dan merah lak Wan guna sebab nak menyerlahkan lagi watermark tu..So bila guna watermark nie..Gambar pun akan jadi lebih menarik..Dan watermark nie Wan dah uji dah dekat gambar cerah or gelap..Wan sengaja buatkan bayang pada watermark tu untuk menampakkan watermark tu bila digunakan pada gambar yang cerah..Tak caye??ok jum tengok kat bawah..Wan sediakngambar yang guna watermark darkbatman nie.








Ok tu je.Diahrap menepati cita rasa penganjur.
Law korang nak join cepat cepat taw..Masih sempat lagi..



Papai.

.




Tutorial Comment moderation dan pentingnya Comment moderation

.




Salam korang...


Kali nie wan nak share mengenai Comment moderation nie...Ada Blogger yang dah guna aplikasi nie dan ada gak yang tak guna...Bagi Wan Comment moderation nie penting sebabnya bila ada Blogger yang komen entri kita yang dulu dulu...So dari sini lah kita dapat taw dia orang ada komen entri kita...Nanti akan dapat macam kat bawah nie..Kalau ada yang komen..Contoh macam gambar kat bawah nie..




Korang klik lah dekat jumlah komen tu dan..nanti korang akan dapat tengok sapa yang komen dan entri mana yang dia orang komen..macam dalam gambar kat bawah nie..Korang boleh publish dan delete komen yang korang nak..


Terima kasih blogger yang komen
nama yang berada dalam gambar diatas



So cara nak wat Comment moderation lak

Jom Tutorial

Mula mula korang ke dashboard blog korang

Dashboard>Setting>Comments
Dan korang scroll ke bawah skali..Korang akan jumpa macma dalam gambar kat bawah nie..



Dan korang tick lah pada Always...Dan save


ok tu je..

S
elamat menggunakan aplikasi nie..Dan korang tak lah terlupa nak reply komen orang kan...Mudah dan mesra pengguna..ehehehe


.



Thursday, June 30, 2011

Tutorial daftar Churp Churp Income lebih per-klik



.



Salam korang..


Kali nie Wan ajar korang camne nak daftar Churp Churp nie..Seperti mana yang korang dah taw Churp Churp ialah medium kedua untuk mencari income tambahan dalam Blog /facebook / Twitter dan mana tempat lain yang korang leh share..Jangan risau akan status Nuffnang yang korang tu..Status Glitterati..Status tak kan hilang sebab Churp Churp sebahagian dari Nuffnang..



Bagi sesapa yang tak de blog pun leh Wat nie..Senang je..Korang cuma perlu share je..dan income dikira berdasarkan jumlah klik..Sama macam Heartbeat jugak.Dan income lebih bagi yang mendaftar..Sama macam Heartbeat..Sesapa yang ada Nuffnang mempunyai sedikit kelebihan dalam blog..Sebab kadang kadang Churp Churp akan kuar dekat atas atau bawah iklan Nuffnang korang..Iklan di sidebar..

So Jom Tutorial..




M
ula mula korang Klik banner kat atas tu atau link kat bawah nie..untuk ke page Churp Churp.

Daftar Churp Churp

Lepas tu korang akan ke page macam kat dalam gambar kat bawah nie..



So korang isi lah maklumat kat dalam tu..sama je macam nak isi Nuffnang atau Heartbeat..dah selesai tu korang klik lah submit..

So selesai

Pastikan korang log in dulu facebook korang k..dah selesai semua nanti active kan lah Churp Churp korang tu kat email korang..

Dan Sharelah Chrup Churp korang kat facebook or sesawang yang lain..


Korang klik Dashboard dan nanti akan nampak page macam kat bawah nie..



Y
ang Wan petakkan tu ialah tempat korang nak tengok income korang..dan yang anak panah tu lak..ialah apa yang korang nak share..Korang guna lah apa apa je cara nak Share bende tu..Dan carilah banyak banyak jumlah klik..Tapi jang SPAM inbox or Shout orang k..Law korang Wan camtu..Wan orang pertama yang akan BAN Ip korang..

Dan start lah share

So Selesai..



Selamat mendaftar Churp Churp..



.



Tutorial elak Blogspot page dari Bad Request Error 404

.


Salam Korang...


Kali nie Wan nak ajar korang camne nak masuk Page Blogspot nie..Skang ada yang tak leh masuk kan.Nie sebab nya sistem dari Blogspot dah di update dan History yang lama dah tak support..So tak yah taw lah pasal semua tu..Skang nie Wan nak ajar korang camne nak masuk page Blogspot tanpa "Bad Request Error 404".


Bagi pengguna Mozilla Firefox.


Mula mula korang open Mozilla korang dan ekot macma yang dalam gambar kat bawah nie k...Ekot anak panah no1 lepas tu no 2 dan lepas tu no 3..


Bila korang dah klik kat anak panah no 3 tu..Korang akan dapat pop up macam kat bawah nie..




Lepas tu korang klik lah dekat anak panah macam kat gambar kat atas tu..So selesai..Lepas tu korang masuk lah page Blogspot korang k..



Untuk pengguna Google Chrome lak.


Mula mula korang open Google Chrome korang dan ekot macam yang dalam gambar kat bawah nie k...Ekot anak panah no1 lepas tu no 2 dan lepas tu no 3..



Dan nanti akakn kua lah pop up macam kat bawah nie..



Lepas tu korang klik lah dekat anak panah macam kat gambar kat atas tu..So selesai..Lepas tu korang masuk lah page Blogspot korang k..


Selamat mencuba..


Hope boleh lah..Law tak leh tu..Wan pun tak taw..


Ada tak icon om race tepi tu..Law ade korang klik lah Jom race Wan kat tepi tu k..hehehe..Jom race..


.