Wednesday, November 2, 2011

Kami SARAWAK , adakah kami masih tinggal atas POKOK??

.
Assalammualaikum...


M
egah megah kenyalang megah...Megah megah terbang di awan...Kekadang tersentuh rasa hati bila Laungan Satu Malaysia hanya sekadar meniti dibibir.Padahal hampir berbuih buih warga pendidik dan warga politik melaungkan seruan Satu Malaysia agar kita seluruh warga Malaysia menyahut seruan kerajaan.


Isu ke-negerian bukan satu isu yang boleh diporak peranda dan dibahan bahan untuk mendapat publishiti murahan..Yep, aku warga Sarawak dan aku punya ramai kawan sabah dan jugak semenanjung tapi adakah kalian semua mengetahui yang aku berasal dari Sarawak kawan kawan Maya ku ??Adakah kalian semua mengamalkan Satu Malaysia??Jujur kami katakan kami Warga Sarawak dan Sabah telah mengamalkan Satu malaysia sebelum ia diperkenalkan..Sabah Sarawak seperti satu negeri..Satu negara..Satu Malaysia..Adakah kalian warga Semenanjung sebegitu??Adakah kalian mengetahui kami di Sarawak mempunyai pelbagai Kaum , latar belakang , agama , bangsa dan Bahasa..Satu Negeri yang besar namun tetap bersatu tanpa mengenal warna kulit dan tutur bahasa. Adakah kalian ketahui kami hampir menjadi sebuah Negara??Sejarah sejarah..


Ini bukan isu ke-negerian tapi ini isu hak..Adakah kalian warga semenanjung mengetahui apabila memasuki Sarawak kalian perlukan pasport malah warga Sabah turut memerlukan pasport jika hendak memasuki Sarawak..Adakah Kalian lupa Sejarah semasa perjanjian Sarawak untuk menjadi sebahagian dari Malaysia???Adakah Kalian tidak berpuas hati dengan Hak hak kami sebagai warga Sarawak??Kenapa merungut??


Hati sapa tak berdarah seandai kami warga Sarawak dan Sabah sering dipertikaikan kewargaan??Kenapa kami sering disisihkan..Kenapa kami sering dinyatakan dengan "Warga Malaysia Sabah dan Sarawak" adakah ini menunjukkan kami Sabah dan Sarawak bukan dalam malaysia.??Adakah kami bukan warga Malaysia???


Tepuk dada tanya selera tanya sejarah tanya hati..Adakah kita Satu Malaysia atau sekadar laungan yang meniti dibibir??


Aku si pemartabat bahasa..namun tak kan hilang Loghat Sarawak ku.."kamek sayang kitak orang semua sebab ya kamek mok semua bersatu"


Kalau kamu kalian warga semenanjung ditanya

"korang sarawak masih tinggal atas pokok ke?"
"kalian semua masih pakai cawat ke?"
"Kalian semua pergi sini (semenanjung) pakai perahu ke?"

Adakah kalian masih terdiam atau terus melolong??kami tahu pembangunan ditempat kami tidak semaju tempat kalian..Kami tahu kami hanya sebuah negeri besar yang sering disisihkan tapi pernahkan kalian dengar kami warga Sarawak dan Sabah merungut bila harga harga barang naik??adakah kami Warga Sarawak dan Sabah selalu merungut??adakah kami selalu menolak perancangan kerajan??adakah kami BODOH atau Kami Warga Satu Malaysia???




Sekadar berkongsi pendapat tak terniat hendak mengaibkan atau menjatuhkan sesama Malaysia..Kami tahu bukan semua yang buta hati..Dan kami tahu hanya segelintir yang menolak sistem Satu Malaysia...


Kita tetap Sahabat kan..

Jika ada sebarang ketidakpuasan sila komen dengan bahasa yang baik baik..

Nak kata ape "Embak Rilex jak lah"


.



Tutorial Photography : Apa itu ISO Sensitivity


Sumber : http://ezhan-artwork.blogspot.com/2011/02/photography-iso.html


Salam semua. Hari ni aku nak sambung balik pelajaran kira pasal perkara2 asas yang korang perlu tahu bila menggunakan DSLR.

Hari ni aku nak bercerita pulak mengenai ISO. Kalau korang perhatikan dekat kamera DSLR korang tu, mesti korang akan nampak tulisan ISO kan. So, apa bendanya ISO tu ? ISO9001 tu ke? Bukan2! tu iso lain. Dalam term photography,
ISO atau ASA ( American Standard Assosiation ) adalah satu cara pengiraan untuk kelajuan film (kodak) dan juga tahap sensitiviti /kepekaan pada cahaya.
Jom sambung baca lagi...


Kalau kita flash back waktu zaman2 penggunaan kodak. Kalau korang perasan. Setiap kotak kodak tu ada tulis nombor2 macam 200, 400, 800 dan beberapa lagi. Nombor2 tu semua adalah nombor ISO. Kepekaan film tersebut terhadap cahaya. Tapi sekarang dah tak pakai kodak, Jadi yang detect kepekaan cahaya tu adalah Sensor.

Macam Mana Nak Guna ISO ?
(gambar dari sini)

Cuba korang tengok situasi kat atas, aku akan cuba terangkan macam mana korang boleh menggunakan iso ni dalam kehidupan seharian. hahah!
  1. More Light - tengok pada kawasan more light, kawasan tersebut sangat terang sebab pancaran matahari direct. So korang tak perlu menggunakan iso yang tinggi. ISO 100 dah cukup memadai
  2. Less Light - Lihat kawasan belakang pokok tu. Cahaya tak banyak kan sebab terlindung dari matahari. Pada kawasan tu, gambar akan menjadi gelap sikit. So, ISO 400 dah memadai. Tapi kalau masih gelap, boleh tinggikan sedikit ISO.
  3. Lower ISO - Itu antara kawasan yang ideal untuk shoot gambar portrait. Sebab apa? Sebab cahaya yang datang pada kawasan tu dah cukup cun. So tak perlu nak pakai ISO tinggi sangat. ISO 200 dah cukup best.
So korang pahamkan cara penggunaan ISO ni. Tak susah mana pon. Kesimpulannya macam ni guide line untuk gunakan ISO:
  • ISO 100 - Cahaya sangat terang - outdoor
  • ISO 200 - Cahaya terang - outdoor
  • ISO 400 - Cahaya kurang - indoor/outdoor
  • ISO 800 - Cahaya sangat kurang - indoor
  • ISO (1600-3200) - Malam atau tempat yang kurang cahaya
Noise

Noise ni bukan bunyi ok. Tapi grain ataupun butir2an kasar pada gambar. Korang perlu ingat setiap kali korang menggunakan ISO yang tinggi, noise akan semakin bertambah. Jadi untuk mengelakkan gambar dari banyak noise. Gunakan ISO yang tidak terlalu tinggi. Kalau gelap guna lah flash

Cuba korang tengok contoh gambar kat bawah, nascaya korang akan paham apa bendanya noise tu. hahah!


Rasanya itu jela yang dapat disampaikan hari ni. Harap korang boleh la faham apa itu ISO. Setakat in aku dah terangkan 3 perkara asas yang utama untuk penggun2 DSLR. Kalau ada tersilap fakta sila la tegur ye. Aku ni bukan la perfect sangat pon. hihi.


.




Jenis jenis Lens (photography) , Kenali Lens DSLR

Sumber: http://ezhan-artwork.blogspot.com/2011/10/photography-jenis-jenis-lens-dslr.html

Salam semua reader, lama rasanya tak mencurahkan idea kat blog ni. Setiap kali nak update je mesti ada halangan yang datang. Haishh. Tapi hari ni, berjaya jugak aku update. Hari ni aku akan berkongsi serba sedikit ilmu berkaitan photography.Kita belajar mengenai lensa2 yang boleh diguna pakai pada DSLR.

Rasanya kita semua tahukan yang lens ni merupakan salah 1 aksesori utama dan terpenting untuk pengguna DSLR. Takde lens memang tak boleh nak tangkap gambar la kan. Kalau kita tengok kat pasaran sekarang. Ada bermacam2 jenis lensa ditawarkan dan setiap lensa mempunyai specialty nya masing2. Kalau dari segi harga pula, kita boleh jumpa dipasaran lensa yang harganya serendah RM300 sehinggalah ada yang mencecah Ratusan ribu ringgit. Gila mahalkan. Dah boleh beli kereta sebijik. Tapi hari ni kita taknak bincangkan pasal harga, tapi kita nak tengok apa kegunaan setiap jenis lensa ni...



KIT LENS

Kit lens (lensa standard) ini adalah lens yang selalunya akan disertakan sewaktu kita membeli DSLR. Selalunya lens ini dalam range (18-55mm) (18-70mm) (18-135mm) dan (18-200mm). Kualitinya tidak lah sehebat mana. Tetapi tak bermakna ianya tidak bagus kerana lens ini sesuai untuk digunakan dalam semua situasi tak kiralah aktiviti indoor ataupun outdoor. Jika korang just gunakan DSLR hanya sekadar suka2 maka kit lens ni dah cukup sempurna untuk korang menangkap gambar. Tak perlu nak beli lens mahal2

Kegunaan : Semua jenis situasi ( wedding, portrait, landscape, permandangan , street, dokumentari )
Range harga: Bermula dari RM800 dan ke atas

Contoh Gambar:


ULTRA WIDE ANGLE

Ultra wide angle selalunya digunakan untuk menangkap gambar dengan perspektif atau sudut yang lebih luas. Lens ini sangat sesuai untuk menangkap gambar pemandangan, architecture ( bangunan ) dan juga interior. Wide angle ni juga selalu digunakan dalam wedding photography kerana boleh mengkap perspektif yang lebih menarik dan imej yang lebih menonjol.

Kegunaan: Wedding photography, lanscape, architecture, interior, group photo.
Price Range: Bermula dari RM1500 dan ke atas

Contoh gambar:


FISH EYE LENS

Lens ni range dia lebih kurang dengan lens wide angle. Tapi yang membezakan lens ini ialah ianya dapat menghasilkan imej yang melengkung dan perspektif pemandangan belakang yang luas. Lens ini sesuai untuk creative shot kerana imejnya yang sangat unik.

Kegunaan: wedding photography, creative portrait, bangunan, landscape, aksi, kanak-kanak
Price Range: Bermula dari RM2000 dan ke atas

Contoh gambar:


PRIME LENS

Prime lens atau nama timangannya ialah fix lens. Kenapa fix? Kerana lens ini hanya mempunyai range yang tetap. Contohnya macam Canon 28mm f 1.8 . Lens ni tak boleh nak di zoom in atau pon zoom out. Walaupun rangenya fix, tetapi lens ini sangat sesuai digunakan untuk portrait shot. Lens ini juga sesuai digunakan jika korang inginkan efek bokeh ( blur ) yang hebat sebabnya lens ini mempunyai nilai aperture yang tinggi sehingga f 1.2.

Kegunaan: Portrait, Makanan, product.
Price range: Bermula dari RM290 dan keatas

Contoh gambar:


TELEPHOTO LENS

Telephoto ni selalunya digunakan untuk menangkap gambar objek yang jauh. Lens telephoto ni selalunya bermula dari range 135 sehingga 1000mm. Lens ni sangatlah besar dan berat kalau nk dibawa berjalan2. Sebab itu sekiranya korang ingin menggunakan lens telephoto ni seelok eloknya digunakan bersama monopod ataupun tripod. Lens ni juga sesuai digunakan untuk menangkap gambar portrait kerana mampu meng-compress background supaya gambar objek lebih menonjol.

Kegunaan: Sukan, Haiwan, wedding, portrait.
Price Range: dari RM2000 dan ke atas

Contoh gambar:
Photographer yang menggunakan lens telephoto


MACRO LENS

Macro lens ini merupakan lens yang boleh digunakan untuk menangkap gambar dalam jarak dekat ataupun close up. Mesti korang pernah nampakkan gambar2 serangga yang ditangkap pada jarak dekat. Lens ni la yang diorang gunakan. Korang memang tak boleh gunakan lens lain kalau nak tangkap gambar pada jarak dekat sebab lens takkan boleh fokus. Jika korang nak cari lens macro yang bagus, carilah lens yang boleh menghasilkan 1:1 reproduction ratio sebab lens ini mampu memfokus dengan lebih dekat lagi.

Kegunaan: Serangga, tumbuhan
Price Range: Dari Rm1200 dan ke atas (lens yang kualiti macronya bagus)

Contoh gambar:

Jadi itulah dia 6 jenis lens yang selalu photographer2 amature dan professional guna kat luar sana. Setiap jenis lens ni ada kelebihan dan kekurangan masing2. Tapi ada beberapa lagi jenis lens yang aku tak ulas sebab tak ramai yang pakai lens2 ni. Contohnya Tilt Shift Lens dan Lens Baby. Kalau korang nak tau pasal lens2 yang lain rajin2 la buat reseach ye. Jadi sebelum korang nak beli lens kamera tu, pilih la dengan sebaik mungkin mengikut apa yang korang nak tangkap. Takkan nak tangkap gambar pemandangan pon nak pakai macro lens kan. Tak berapa nak sesuai la pulak. haha. Nanti membazir je duit. Dah la harga lens ni beribu2.


.




Monday, October 31, 2011

Final EXAM bermula....

.



Assalammualaikum....

Ceh...Esok dah start masuk ke medan Final Exam Wan sempat lagi nak Post entri nie...hari nie dah selesai siapkan semua apa yang perlu..Dan sempat jugak tolong member siapkan projek dia orang..Syukur sangat dapat kerahkan sedikit bantuan kat dia orang..Bukan nak tunjuk Wan nie hebat sangat PLC tapi tolong menolong tu kan sesuatu yang indah.Kita tak tahu bila hari kita plak kan..betul tak?


Tak lama lagi Raya Haji kan..


Selamat menyambut Hari Raya Korban...Harap ada sesuatu yang Wan leh Korbankan nanti...


Papai

Doakan Final Wan
.



Saturday, October 29, 2011

Tukar template dah..Classic template ke Layout/design..


Assalammualaikum...


Seharian Wan ubah koding CSS Classic template ke Layout...Terus terang Wan kasi taw..Nak ubah koding lebih susah dari buat koding yang baru..Sedikit rasa sayang terbit dalam hati dengan pemergian Classic template yang Wan dah guna dari dulu...Dari kolum side kiri dan sekarang ruangan side ke kanan...Dah bertukar setiuasi dah..Hope korang suka dengan ruang tamu yang Wan dah ubah tempat dalam teratak nie..Warna pun dah Wan ubah..Selok belok koding pun Wan dah ubah..Payah sedikit nak mengendalikan Koding basic CSS nie..Mungkin dah terbiasa dengan rumit rumit Koding CSS yang High-level programming language..Banyak hukum hukum koding yang berbeza beza...Padahal bahasa tetap sama nak baca.Ada koding memang tak masuk dengan Template/Design yang Wan guna sekarang..Susun atur Koding mesti teratur berbanding Classis Template.Banyak lagi yang Wan nak plug in kan dalam Template baru nie..



Dengan Harapan Koding Template sekarang lebih ringan dari yang sebelum..Apa pendapat korang???Template Wan semakin simple tak???Tengok je Gadget dalam page element Wan tu sikit je tapi hasil kan banyak gadget dalam Blog kan.Wan padatkan kod dalam satu satu HTML gadget tu...Dan Wan rasa semua nie leh ringankan Blog..Hope berjaya kekalkan atau tambah SEO sebab pembacaan spider internet membacadari sebelah kiri atas sampai dengan bagian kanan bawah.Oeleh sebab tu jugak lah Wan tukar kedudukan ruang tamu Wan.Supaya setiap artikel lebih cepat terindeks.Kali nie Wan nak pentingkan SEO blog.


K lah korang...Tu je setakat nie..kalau korang ade apa apa cadangan sila komen diruang entri..banyak lagi yang Wan nak ubah kat blog nie..


P/S:Cool tak template baru Wan??


Papai

.



Friday, October 28, 2011

Alhamdullillah

.



Assalammualaikum...


Alhamdullillah Projek PLC Wan semakin hampir siap.Yes yes..Seronok..Yang tinggal nak power point lagi..Dan lepas siap je semua dah selesai pembentangan selasa nanti Wan nak nak beli lens or trippod baru untuk puaskan hati sendiri..ehehhe..Lepas je PLC mesti lega rasanya..hahaha..

Dan tinggal Final paper yang ada 4 untuk diperjuangkan..Hope leh jawab semua..Risau nye nak final.Yang hairan nya..Wan tetap gak nak menaip entri tetap gak nak online..hahaha..


Kadang Wan hairan gak..Camne lah idea menaip entri nie ada je ...Bukak je blog mesti nak taip entri walaupun entri macam pekasam yang dah masam ataupun entri yang macam kertas koyak..Sebarang je kan update..

pape pun kita tetap One Malaysian dan One Hazel..ehhehe..Peace

Nak kata "mbak ilek jak lah ooo"


.



Thursday, October 27, 2011

Voucher buy 2 free 1 - Chatime Publika dari Nuffnang

.



Assalammualaikum...


Tadi baru je lepas balek balek Nuffnang..Korang ada perasaan tak kat hujung skali icon Nuffnang tu ade Icon baru Chatime Publika...Korang dah klik??korang ade dapat voucher tak??hehehe..



Yang kat bawah nie artikel dari Nuffnang..Wan copy je..
http://www.nuffnang.com.my/blog/2011/10/26/teatime-with-chatime/


Being a Nuffnanger, does not just mean that you get to be. Being a Nuffnanger also means being a part of a community that has a great impact on your life. We have witnessed many friendships and luuurrrve connections over the years and that is what we are all about; making connections with people. To celebrate this special bond, we would love to invite you to a teatime session with us!

Bubble bubble, leave your troubles! If you’re feeling down or just maybe plain thirsty; we know that you all love to pick up a cup of bubble tea. The bubble tea franchise, Chatime has popped up all over the region and everyone is raving about it! How do we know? Well it’s because the deliciousness of the tea and the pearls combinations are irresistible. And the variety; it’ll probably take a good number of weeks to try them all! They have *inhales* Caramel Milk Tea, Lychee Milk Tea, Jasmine Green Mil Tea, Matcha Red Bean Milk Tea, Oolong Tea, Ichiban Roasted Tea, Sun Moon Lake Black Tea, Formosa Oolong Tea, Japanese Sakura Sencha *exhales* and many more!!

Since so many of you (and Nuffies ;)) love Chatime and bubble tea, we have a special treat in store for you! We would love to have you join us for a teatime session at Chatime! Sounds too good to be true? We’ll you better believe it, the details as below:

Date: 5 November 2011
Time: 3.00pm – 5.00pm
Venue: Chatime @ Eat Food village, Publika, Solaris Dutamas

The best part, not only will you get to mingle with the Nuffies, you will also be served with yummy-licious food from the eatfood Village food court. You can pig out to mouth watering Dry Chili Pan Mee from Kin Kin Chili Pan Mee, Hokkien Mee and Cantonese Hor Fun from Sentul Ah Yap Hokkien Mee, Steamed and Roasted Chicken Rice from Loke Yun Chicken Rice and so much more! To our Muslim Nuffnangers, fret not as you opt for authentic Penang style Char Keow Teow and Curry Mee from Lorong Seratus Tahun café, named after the famous street of Penang. ;)

We’d like to invite 25 bloggers and their guests to this Teatime at Chatime session with us, and to be one of the 25 bloggers attending this bonding session, all you have to do is fill up the form below with necessary information! We’ll be in touch with you if you’re selected to attend the teatime session :)



Seronok kan jadi Nuffnanger...


.