.
Assalammualaikum...
Meow meow..Bukan Wan nak cerita pasal meow meow Wan tu..Tapi dah alang alang nie nak perkenalkan lah meow meow Wan nie..Nama Monyeng masih single.Lelaki..ada ke meow meow korang yang nak..Hahaha.
Ok lupakan pasal meow meow tu..Seperti tajuk diatas ..Apa kata kita berkenalan dengan "Bokeh" dulu.."Bokeh" berasal dari bahasa jepun iaitu "boke" yang jika di direct translatekan bermaksud "fuzzy" dan "fuzzy" lak bermaksud "kabur" atau "blur"..Hah...dah faham kan ??So apa yang korang perlu untuk dapatkan "bokeh" nie..Mestilah kamera korang kan..Dan pastikan kamera korang tu mesti yang boleh zoom in and zoom out..Prime lens pun boleh kalau nak wat "bokeh" nie..Bergantung jugak pada kebolehan lens tu masing masing (aperture).
"Bokeh" jugak boleh dihasilkan dengan menggunakan lens yang boleh open aperture besar .tak taw aperture rujuk balik entri nie.apa itu "Aperture" .Contoh aperture yang digunakan 1.8 atau 2.8 .Makin kecil nilai aperture makin besar lah bukaan aperture .kalau korang ada lens yang boleh capai tahap tu semestinya "bokeh" korang akan dapat tahap bokeh yang paling ganas dipasaran.hahaha..bergantung dengan kemahiran jugak.Jangan lah lepas nie korang terus nak ugut mama or papa korang suruh belikan lens baru..Or korang pecah tabung korang tu.Tak pasal pasal mama or papa korang komen kat entri Wan nie lak..Suruh delete artikel nie..Jahanam lah Wan pasnie..
Kalau tak de lens tu nak wat camne???
Jangan risau standard kit lens pun boleh buat "Bokeh" nie..nak kata apa kan..Standard kit lens nie semua dia boleh wat lah..Jangan pandang rendah dengan standard kit lens..Dan kalau tak de duit tu tak yah nak terhegeh hegeh beli lens baru.Alasan standard kit lens low standard.Padahal standard kit lens pun ok jugak..Melainkan kalau korang memang dah tak boleh nak tahan untuk beli lens baru dan ada duit lebih..So beli je lah.Kalau memang betul betul minat dalam dunia Photography diharuskan membeli kalau tak minat tak payah beli.
Bagi Wan lak tak perlu lah Aperture sampai 1.8 nak dapatkan "bokeh".Aperture 4.6 pun dah ok..cuma "bokeh" tu tak lah menyebabkan peminat "bokeh" terliur..Hanya sekadar ok je..Tapi ok lah kan daripada tak de..Korang leh tengok macam gambar meow meow kat atas tu F4.6|ISO 100|1/400|70mm

Caranya senang je..Korang zoom kan habis habis lens korang tu..Zoom sampai habis dan pastikan objek korang tu zoom sehampir yang boleh..Kalau dah tak boleh nak pusing Zoom lens korang tu guna lah taktik yang kedua iaitu Zoom dengan kaki..Maksudnya Zoom gerak kedepan lah..melangkah kedepan.. berjalan..Aiyo tu pun tak taw ke??Bawak kamera sehampir hampir dengan objek.Dan lepas tu fokus lah objek korang..Dan snap lah..Guna mode Manual untuk dapatkan "bokeh" yang lebih lazat sikit lah..Belajar guna manual taw , penting kalau nak tembak gambar malam.Dan tempat yang gelap.."kenali kamera anda kenali manual kamera anda".Auto pun boleh tapi gambar tak pergh sangat lah..
Yang kat bawah nie Wan tunjukkan Bokeh hasil dari lens Minolta Wan...
.




























































