Tuesday, January 3, 2012

Rezeki berblog dengan Churp Churp gempak

.


Assalamulaikum...

Hai korang semua..Skang dah masuk 2012..So amacam dengan income dari blog korang?Ada peningkatan dan dah Cashout belum??Wan belum lagi..Sebab nak simpan lagi tak nak dah cashout sikit..Better cashout banyak skali..ehhehe..Nuffnang Wan pun baru ciput je..




J
ujur Wan kasi taw..Churp Churp memang lebih cepat nak dapat income dari Nuffnang nie.Seperti Tutorial Wan yang sebelum sebelum nie..


-Tutorial daftar Churp Churp Income lebih per-klik
-Tutorial letak iklan bergambar Churp Churp dalam Blog
-Churp Churp beri ganjaran untuk beli DSLR
-Menabung dengan Churp Churp_satu hari RM0.20 pun dah cukup
-Satu Klik berlambak tabs ADS keluar
-Kenapa Income tak naik naik??
-Tutorial Follow Churp Churp kengkawan
-Tutorial Post Stories dalam profile korang kat Churp Churp


Bagi sesapa yang belum buatChurp Churp lagi , better korang buat skang..Lagipun tahun baru kan..Mulakan yang baru..Cuba sesuatu yang baru.ehehhe..

lain lain yang korang mesti tahu




.



Monday, January 2, 2012

Fibox Shoutbox terbaik berbanding Cbox

.


Assalamualaikum...


Hai korang..Kali nie nak kongsi dan reveiw sikit mengenai Fibox shoutbox nie..Bagi Wan..Fibox nie adalah yang terbaik buat masa skang nie..bagi sesapa yang suka Blogwalking dan nak traffic pelawat yang banyak boleh lah guna Fibox nie..Kenapa Wan kata Fibox nie terbaik..Sebab Fibox nie memudahkan kerja orang yang blogwalking kat blog kita..Kalau korang suka blogger tinggalkan jejak kat shout korang.So pilihan terbaik ialah Fibox..Cbox boleh guna tapi sedikit menyusahkan blogger sebab nak taip semula nama dan link blog..Kalau guna Fibox lak..Sekali je taip dan selepas tu semua nama dan link blog kita akan disimpan dalam data Fibox nie..So kalau korang Blogwalking kat mana mana blog dan Blogger ada guna Fibox nie..korang hanya perlu tingalkan jejak je lagi..mudah sangat..

-Pesanan buat New Blogger ..jangan guna Shoutmix terbaru



Korang cuma perlu sign up je..Or boleh Sign in guna Facebook korang..






So tunggu apa lagi..Try lah guna.Fibox nie..Masih dalam aproses menambah baik ..Mungkin akan banyak lagi keistimewaan nya nanti..Klik link bawah nie kalau nak try

http://www.fibox.ws/index.php#login


lain lain yang korang mesti tahu




.



Status rezeki mengambil gambar tidak tutup aurat


Sejak kebelakangan ni, kita selalu dengar tentang kamera yang serba canggih sama ada di tv, surat khabar, radio, Facebook, blog dan macam-macam lagi media yang ada. Ya, itulah kamera DSLR yang semakin menjadi sebutan dan kegunaan orang ramai. Memandangkan ia adalah satu alat yang canggih, jadi harganya sudah pasti canggih juga. Tak main la harga bawah RM 1000. Beribu-ribu juga modal nak dikeluarkan jika ingin memiliki alat sebegitu. Itu belum dicampur lagi dengan alatan tambahan untuk hasil fotografi yang baik.

Oleh kerana modal yang besar, maka timbullah keinginan untuk membuat bisnes menggunakan pelaburan ini. Beli kamera beribu-ribu, jadi dengan menjadi jurugambar adalah membuka peluang untuk mendapat pulangan yang lumayan. Ambil tempahan untuk tangkap gambar majlis, gambar iklan, gambar pengantin, gambar couple, gambar model, gambar pemandangan dan macam-macam gambar lagi adalah menjadi kebiasaan jurugambar ini.

Disebabkan hal ini, maka timbullah satu persoalan iaitu mencari rezeki dengan mengambil gambar orang yang membuka aurat dan kita fokuskan kepada pengantin sebab biasa orang kahwin ni memang cari jurugambar untuk ambil gambar mereka. Apakah hukumnya? Saya terjumpa satu sesi soal jawab dan kini saya kongsikan bersama anda:

Assalamualaikum..
Saya membuat perkerjaan menjadi jurugambar perkahwinan separuh masa. Dalam proses itu ada terdapat pengantin perempuan yang tidak memakai tudung serta mendedahkan aurat semasa proses bersolek oleh mak andam. Pengantin berkehendakkan saya mengambil gambar gambarnya disolek oleh mak andam. Kemudian selepas pengantin siap bersolek, dia akan memakai tudung penuh dan menutup aurat untuk upacara akad nikahnya dan perkahwinannya.

1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yang sedang disolekkan yang tidak menutup rambut kerana ia diminta oleh pengantin perempuan?

Jawapan: Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi, walaupun fotografi harus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yang di ambil oleh jurugambar itu. Jika gambar yang diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya. Hukum yang kedua, hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat (seperti perubatan bagi seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.

2) Apakah rezeki yang saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?

Jawapan: Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqh, “Al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid” (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia datang dari kaedah fiqih, “Ma haruma isti’maaluh, haruma ittikhaazuh” (yang haram penggunaannya, haram pula memperolehinya) (Muhamamd al-Zarqa’, syarah qawaid/389).

3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar-gambar pengantin perempuan yang menutup aurat penuh? Adakah rezeki yang diterima itu halal?

Jawapan: Halal. Ia kembali kepada hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto-foto yang halal.

4) Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yang tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yang diambil pengantin wanita yang menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yang tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru). Contohnya harga pakej gambar ialah RM100. Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM40 utk membeli filem/lensa).

Jawapan: Amalan spt ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salafus-soleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis Asy-Syarif, hadis no.6 dalam Matn arba’een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam Nawawi) dari Nu’man bin Bashir yang dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim, “Sesungguhnya yang Halal itu jelas, yang haram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram, ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yang syubahah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat halal dan haram serta syubahah. Dia hanya mengutamakan halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya: “Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.” (Quran 33:04). Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubahah apatah lagi yang haram dalam urusan hidupnya.

Islam tu mudah tapi jangan ambil mudah tentang Islam. Mencari yang halal itu wajib bagi umat Islam.


Sumber asal http://syahirul.com/status-rezeki-mengambil-gambar-tidak-tutup-aurat/



lain lain yang korang mesti tahu




.



Friday, December 30, 2011

Selamat datang 2012 dan selamat tinggal 2011

.
Sony Alpha | kitlens
ISO 100|F/4.5|BULB
Light painting with fire yang tak menjadi..C&C


Assalamualaikum...

Beberapa hari lagi kita nak berganjak ke tahun baru 2012..Banyak pengalaman , pengajaran , kisah suka , duka , cita cita dan impian kita tertinggal pada tahun nie , tahun 2011..Mungkin ada azam yang dah tertunai...dan mungkin belum..Mungkin ada impian yang dah tertunai dan mungkin belum..dan mungkin banyak kejutan pada tahun 2011..Bagaimana??apa perasaan anda??tinggalkan Tahun 2011 sebegitu saja??Saya begitu takut untuk melangkah ke tahun baru..Bagaiman pula anda..??


Itulah kehidupan bukan hanya saya namun semua kita di sini. Yang berkumpul di teratak ini...tidak akan tahu apa yang seterusnya. Kehidupan umpama kita melangkah anak tangga, kita fikirkan anak tangga itulah yang terakhir, rupa rupa nya dalam samar wujud satu anak tangga lagi, tatkala kaki melangkah melayang di udara lalu terhentak pada sesuatu yang tidak kita duga, kita berhenti seketika membiarkan diri terbiasa justeru terdiam, dalam diam ada yang tertawa malah ada yang marah...namun itulah kehidupan... Pasti ada parut kerna langkah peninggalan kita. Siapa kita,kita yang tentukan, mengapa jalan itu yang dipilih...itu pilihan kita.


Selamat tinggal 2011 dan selamat datang 2012..Semoga segala galanya berjalan dengan lancar pada tahun 2012..Amin...


lain lain yang korang mesti tahu



.




Freebies doodle akher tahun 2011

.



Assalamualaikum...

Jarang dah kan Wan nak bagi benda percuma nie..Skang nie dah sibuk sangat..Nak update entri pun dah rasa macam malas sangat..Apa yang disibukkan tu pun Wan tak tahu..hahaha..Jadi kali nie Wan nak bagi doodle percuma kat semua yang sudi memeriahkan teratak Wan nie..Sempena hujung tahun nie..Hadiah doodle nie je lah yang Wan mampu bagi..Maaf ye Doodle lelaki tak de..Tak yah buat permintaan ..sebab Wan tak hebat dalam mendoodle nie..


K lah korang..korang ambik lah mana satu yang korang suka..Dan doodle yang last sekali tu..Tanpa Warna..Korang leh lah warnakan sendiri dengan warna yang korang suka..Kalau tak tahu cara nak warnakan doodle tu..Korang leh tengok kat entri nie ..

-Melukis Doodle dan mewarna Doodle
-Wat tudung dan baju Doodle bercorak


Jom pilih Doodle




Doodle memang tak comel..Jadi pada sapa yang nak boleh ambil..

Papai


lain lain yang korang mesti tahu



.



Wednesday, December 28, 2011

Tutorial Photography : Water Drop

.

Sony alpha a350 | kitlens |flash from body
ISO 100 | f/4.5 | 1/160

Assalamualaikum...

Hai korang kali nie Wan nak ajak korang tembak gambar air jatuh lak...hahaha..Nampakkan gambar kat atas tu..tu nama nya water drop.. Nak tembak gambar macam nie tak susah dan tak senang yang penting ada kesabaran , yakin dan usaha yang gigih..kalau tak de so tak kan jadilah benda nie.. Tembak gambar macam nie bukan semua boleh dapat moment yang betul betul cantek dan karya yang betul betul hebat..So apa yang perlu ialah..tak pernah putus asa..tembak banyak banyak banyak dan tengok perhati bila masa yang sesuai kita nak menyenep button shutter tu..Bila dah taw bila saat perlu tekan shutter maka dapat lah hasil yang menarik..jangan lak korang dok kira satu satu air yang jatuh tu,.hahaha.



Tutorial hanya berkisarkan standard lens dan flash dari body..tak de toys tambahan yang lain..
Bagi membolehkan newbie macam Wan nie nak tembak drop water
Al maklumlah takde ongkos angkat tambahan lain.



So apa kata kita mulakan..macam biasa lah kan.Korang mesti ada DSLR dan setkan ISO pada kadar 100 secukup rasa .. kalau gambar masih tak terang up lagi ISO jangan lepas paras 400 tak pasal pasal noise yang muncul nanti..(noise DSLR berbeza beza so korang mesti tahu tahap yang nya k).Guna Flash dari body..On kan flash DSLR korang..Dan pasang peralatan seperti yang sedemikian.Wan guna plastik bag yang diisi air dan dipasang dibahagian atas..dan bekas yang berisi air dibawah..DSLR selari atau diatas sedikit dari permukaan air..terpulang dengan korang nak tembak gambar tu dari sudut yang korang nak.Trippod atau objek yang korang boleh dudukkan DSLR korang k.



Tebuk sedikit plastik korang tu , pastikan korang tebuk plastik tu hingga ada titisan yang besar besar jatuh dengan perlahan lahan..kalau air kuat sangat menitis tunggu apa lagi solatape je lah..hehehe.bila dah buat dan dapat titisan yang korang nak..Korang kena fokus DSLR korang betul betul dekat air yang menitis tu..Cara nak fokus ialah dengan menggunakan pen or apa apa saja dan fokus dengan autofokus dan lepas lock fokus korang tu..Korang guna lah manual fokus so fokus korang tak kan lari.


Dah sediakan semua dan setkan semua..Shutter korang letak lah yang paling cepat..Rasanya kalau guna Flash dari body shuter yang paling tinggi ialah 1/160..Tak taw lak DSLR lain..DSLR Wan 1/160 paling tinggi.Apperture lak 1/4.5 ~5.6 so cahaya banyak masuk dan fokus pada tempat yang kecil je.



Dan mulakan lah sesi menembak water drop korang..hehehe..



Selamat mencuba..Setiap yang kita buat tu pasti akan menemui kegagalan,.hanya orang yang berusaha yang akan mendapat kejayaan..Tegur Wan jika ada salah k.


lain lain yang korang mesti tahu




.