Wadah Madrasah Pengalaman: Aku percaya dengan yakin


Friday, October 26, 2012

Aku percaya dengan yakin

.


Assalamualaikum...



Kalau aku beritahu kamu bahawa kasih itu sentiasa mekar, kamu percaya? atau kamu hanya diam lantas mendengus..


"Ahh.. semua nya bohong.. "


lain pula pada jiwa yang lain..


"Aku percaya dengan yakin"


Bagaimana aku menghargai sesuatu yang bukan pilihan ku.. kadang aku hampir terduduk memikirkan setiap persoalan yang datang..Bagaimana setiap kejadian yang ALLAH rancang aku terima seluas luas nya. Dan bagaimana aku menerima setiap yang terjadi dengan jiwa yang tenang.. dan bagaimana aku menilai bukan dengan hanya sepasang mata seperti sekelompok manusia namun aku menilai sebagai mana pandangan ALLAH terhadap hamba Nya seperti mana penilaian sahabat yang sama bersalam tangan mengingat Tuhan.. Aku terpikat dengan kecomelan hati nya...


Dan bagaimana aku melihat setiap DOA ku kini mengecapi setiap perjalan hidupku.. Dulu aku sering terfikir setiap apa yang aku DOA akan berlalu sebegitu sahaja menganjak usia ku.. Namun kini.. Doa itu berpintal dengan perjalan hidupku.. Ya ALLAH setiap doa ku KAU makbul kan.. Aku pinta itu namun KAU berikan yang lebih bernilai untuk ku.. Maha Suci ALLAH .. KAU jua lah yang Maha Mengetahui.


Ya itu pilihan ALLAH... Itu lah yang terbaik...


Beberapa hari lepas, ada kisah yang ditakdir Allah kepadaku.


“ Pak Cik, mengapa ya pokok  tu macam nak mati ya? “ Aku bertanya. Aku rasakan dia antara yang arif dalam pengalaman hidup seiring dengan usianya yang sudah matang.

“ Oh, bukan nak mati tu, memang kelihatannya sudah mahu mati. Tapi, nanti akan tumbuh semula daun-daunnya dan akan berbunga dan berbuah kembali ”

Aku sangat terkesima mendengar penjelasan itu. Masih banyak lagi pelajaran alam dan kehidupan yang masih belum aku fahami dan tekuni rupanya. Dan, rasa kekurangan itu semakin hari semakin menebal, apatah lagi banyak sisi kehidupan baru yang bakal dilalui dalam kehidupan yang mendatang.

Bertahun-tahun diri telah menghimpun masa dan waktu. Masa yang telah menjadi saksi penantian.


Manis nya sebuah kesabaran...



Dan ...... Aku juga percaya dengan yakin







.



10 comments:

ckynnogha78 said...

Yakin dgn Nya

Anonymous said...

banyakkan bersabar dalam setiap problem tapi sy ney kurang sabar..haha..nway,jemputlah singgah blog bihah..=)

asman wan ruzlan said...

banyakkan bersabar,bnyakkan solat istikhorohh,hihi ade mase mari rr lawat blog ea

♥ Nana BamBam ♥ said...

jalan penyelesaian ----Berdoa pada Nya :)

khairulsyarafi said...

Doa itu senjata :)

Unknown said...

yakin! terima kasih wan.. ^_^

Fatiha zainal said...

usaha, sabar dan yakin :)

Unknown said...

setiap perkara yg berlaku pasti ada hikmahnya :)

Diari Si Froggie said...

Yakin dengan segala yang ditentukannya.. yang penting ikhlas dan redha menerimanya :)

aindzaya said...

tu bermaksud..walau perit sesuatu perkara tu..pasti ada kebahagiaan terselit disebaliknya...