Monday, January 23, 2012

Tutorial Photography : Teknik asas HDR image

.


Assalamualaikum...

Hai korang...Kali nie Wan nak ajr korang macam mana nak buat HDR image lak.HDR bermaksud Hihgh Dynamic Range.Sebelum tu korang kena download dulu Photomatix k..Photomatix nie kemungkinan tak bersesuaian dengan lappy/komputer korang..so korang kena lah download version lain . Wan cuma sediakan nie je.

-Free download Photomatix Pro 4.0.2 protable _ full version


Mula mula korang kene dapatkan 3 gambar berlainan exposure..Kalau tak tahu macam mana..Korang tengok tutorial nie k..

-Ambil tiga exposure/brightness (EV) gambar berlainan


B
ila dah ada gambar..Korang open lah Photomatix korang tu dan load ketiga tiga gambar yang berlainan exposure ke dalam photomatix.Macam dalam gambar kat bawah ni..dari langkah 1 , 2 dan 3..Photomatix berlainan version berlainan jugak kaedah.Tapi kebanyakan nya sama .Cuma ada sedikit perbezaan .



Lepas tu korang klik open dan klik ok pada gambar yang korang dah open tu dan klik OK..


Lepas tu akan keluar pop up macam kat bawah nie..dan korang klik lah OK.


Lepas tu korang klik sekali lagi pada pop up box yang keluar kali kedua.




Dan nanti akan ada proses yang berjalan..Macam kat gambar bawah nie..


Lepas selesai semua tu korang klik lak pada process macam kat anak panah dalam gambar kat bawah nie.Dan lepas tu akan ada loading proses.


Dan selesai..Korang klik "X" pada gambar tersebut untuk Save..




Untuk dapatkan hasil HDR yang terbaik korang kene try and error..Kaji sendiri kegunaan Photomatix nie..Banyak lagi kaedah lain untuk jadikan gambar kita sebagai HDR..RAW edit pun boleh..Photoshop pun boleh..




Selamat mencuba


Papai

Lain lain yang menarik

.



Tutorial Photography : Cara ambil tiga exposure/brightness (EV) gambar berlainan

.



Assalamualaikum...

Hai korang..Kali nie Wan nak ajar macam mana nak ambik gambar yang berlainan exposure. Kaedah nie digunakan kalau kita nak buat gambar kita menjadi HDR..Nak belajar macam mana nak buat gambar HDR?? ok ok..Nanti Wan ajar di lain Tutorial. Korang kena tahu macam mana nak ambil gambar berlainan exposure dulu. Kalau korang dah taw cara nie so senanglah korang nak buat HDR punya gambar nanti k.


M
ula mula korang perlukan Tripod kalau tak de .. Korang mesti kurangkan pergerakan pada kamera korang seminimun yang mungkin.. Tak bergerak lagi ok.Lepas tu korang set gambar apa yang korang nak ambil.Gambar dan persekitaran seharusnya bersesuaian..

Ini kaedah Wan, dan Wan pengguna SONY .. Berlainan orang berlainan cara berlainan kamera juga berlaianan kaedahnya..So kalau ada salah silap dimana mana tu harap diberi tunjuk ajar.Bila korang dah tahu gambar apa yang korang nak tembak..Korang setkan exposure yang bersesuaian dengan gambar yang korang nak. Set exposure nie Wan dah ajar pada Tutorial yang sebelum nie.Exposure = ISO+Shutter speed+Apperture.So Wan tak perlulah nak tekankan lagi kat sini..harap korang semua dah tahu cara guna mode (M) manual untuk ambik gambar.

-Tutorial Photography : Apa itu ISO Sensitivity
-Tutorial Photography : Shutter Speed
-Tutorial photography : apa itu "Aperture"


Dah set exposure yang sesuai sekarang korang kena tukar mode kamera korang ke mode (S)..yang nie untuk SONY..Mungkin Nikon ,Canon dll kamera mode yang berlainan atau boleh tukar terus dari mode (M). So lepas tu korang tekan lah button yang ada tanda -/+ macam kat dalam gambar bawah nie.



Bila dah dapat exposure brigtness macam kat dalam gambar tu..Pastikan korang dapat (-2..1..0..1..2+).



Mula mula ambik gambar pada nilai 0 lepas tu -2 dan lepas tu 2..So gambar korang ada 3 exposure...macam gambar kat bawah nie..


contoh gambar Dewan Undangan Negeri Sarawak.


So selesai..Korang kena baca manual book untuk tahu macam mana nak ubah brigtness dalam kamera korang..

Kenali kamera anda kenali manual kamera anda..selamat mencuba

Papai


Lain lain yang menarik

.



Sunday, January 22, 2012

Mengejar cinta Ilahi

.


Pagi ini sewaktu bangkit,sekonyong konyong kelopak mata dibuka, hati berderum tak keruan. Entah kenapa tiba tiba menangis bersendirian.Dada seperti dicengkam keluar wayar wayar yang berselirat. Terputus perintang pengawal arus, menjadikan nafasku sesak terbatuk batuk.

Aku rindu akan MU ya Allah...
Hindarkanlah aku dari hanya mengejar kesenangan Dunia..
Amin

Assalamualaikum...

Sekali lagi aku digegarkan dengan email yang bercerpenkan cinta (maaf andai ada yang terasa) . Dan kadang kala mata ku mencedok sedikit masalah cinta yang jadi ukiran diteratak kalian. Owh, kerana pedasnya entri aku kali ini,aku bersedia kehilangan pengunjung ke teratak ku kali ini, biar hilang separuh atau sepenuhnya traffic ke teratak ku kerna sebahagian besar pengunjung ku adalah kaum Hawa.


Bukan hendak meremehkan atau memperkecilkan kaum Hawa, tapi sekali sekala apa salahnya aku meluah apa yang ku rasa dari meludah muntah memendam rasa.


Mengapa masalah cinta perlu dikongsi ? Murah sungguh cinta bila cerita sendu hendak dijaja untuk tatapan umun atau perseorangan (menghantar email kepadaku). Atau begitu mudah mereka mencari lelaki yang entah emailnya diceduk dari mana dan menambah bilangan teman di laman sesawang MUKABUKU 'Facebook'. Tak takut terpedaya? Buaya dialam maya berencam spesisnya. Aku tidak menuduh sapa sapa memakai topeng, tapi yang bermuka muka lampau banyak jumlahnya. Juga siapa tahu aku juga buaya?. Siapa tahu bukan? Baik baik memilih teman. Betulkan dulu niat sebelum bersahabat.


Aku hampir gila bila memikirkan masalah cinta kalian jadi masalah dunia, rasa hampir kiamat dunia kerna permasalahan cinta lantas bermurung muka. (aku bukan tak hirau tentang cinta tapi berpada pada).


Aku lebih rela menangani masalah cinta dari kiriman meseg dan email terus ke ruangan tong sampah 'delete' dari aku bersikap hipokrit, kan itu lebih mulia dari membaca sebaris ayat dan membalas ringkas "Owh, begitukah? ". Atau "nanti ada cinta yang lain , sabarlah erk". (murahnya harga cinta... )


Itulah aku jarang hendak membaca masalah cinta di ruangan blog kalian. Apakah selesai ? Apakah berasa lega? 'rambut sama hitam hati lain lain bukan'.


Mengapa tidak kita kejar cinta Ilahi? mengapa tidak kita bersedih bila hilang rasa cinta terhadap Nya.. Mengapa kita hanya meminta ? Mengapa kita mengingati Nya bila kita rasa HAMPIR MATI..!!!..Memang payah untuk kita berhadapan dengan kenyataan yakni diri kita sendiri..


Setelah agak lama aku menyelami masalah kehidupan, ternyata aku telah pelajari sesuatu yang bermakna, belajar untuk bertindak lebih waras. Tidak guna emosi tapi guna akal. Walau tidak tahu menyelesaikan masalah kalian, menjadi pendengar yang setia sudah cukup untuk dihulurkan. . .Aku hanya seorang pelajar jurusan jurutera elektrik kuasa


Lain lain yang menarik

.



Tutorial Blog atasi masalah page Redirect link ke adiwidget.com

.



A
ssalamualaikum...

S
kang nie beberapa orang blogger telah mengalami perkara nie mungkin ramai..bila klik je link blog dia orang dan beberapa saat lepas tu Blog tu terus ke page Adiwidget..Adakah korang mengetahui permasalahan tersebut??dan tahukah cara untuk mengatasi nya...Jangan risau...Dengan ada nya Tutorial ini Blog korang akan terselamat..Eceh dan macam buat iklan lak..hehehe


Redirect blog Blogger disebabkan oleh penggunaan widget/gadget yg mengandung javascript yg memberi perintah untuk mengarah ke salah satu url ripway.com. Dalam hal ini redirect dilakukan oleh http://pagesinxt.com. Perintah itu tentunya disebabkan oleh dua kemungkinan:

1. Pemilik blog yg memasukkan widget/gadget external tertentu ke dalam blog.
2. Ada pihak lain yg secara sengaja mengubah isi blog melalui hacking/hijacking. (Semoga yg terjadi tidak demikian.


Kalau ada yang mengalami riderict ke ripway klik nie k..
Tutorial Blog atasi masalah page Redirect link ke Ripway.com

K lah korang tanpa membuang masa lagi..Wan akan kongsikan Tutorial nak atasi direct link Adiwidget.com nie..So jom tutorial.

Mula mula

Dashboard>Design>

Korang kena cari kat mana tempat korang simpan koding yang ada adiwidget..macam kat bawah nie..


Kalau dah jumpa korang remove koding tu k.

Lepas tu view..Kalau dah tak de so dah lah..ehehhe.kalau masih ada..masih adalah koding adiwidget tu..

Dan ada kemungkinan widget follower yang korang guna juga mengandungi redirect link ke ripway.com tanpa korang duga..Try delete widget follower korang jika permasalahan yang sama masih terjadi..Dan feedjit jugak boleh menyebabkan permasalahan yang sama.


Semoga semuanya bermanfaat...


Papai

Eh sebelum tu..bagi korang yang dah habis baca tu boleh tak tolong Wan..Sampai 28 januari nie je..Vote untuk blog Wan..

Dah baca dah guna jom Vote Wan kat sini.Terima kasih..
Tamat 28 jan 2011





Lain lain yang menarik

.