
Assalamualaikum...
Dalam ramai ramai jiwa manusia hanya ada beberapa jiwa je yang akan mengambil masa menyiapkan diri dan memperkemaskan diri Kerana Allah..Lain lain semua kerana pandangan orang luar.. Mungkin ada yang berfikir dan kemungkinan benar hanya untuk memenuhi tuntutan agama tapi adakah hakikat sebenarnya kerana Allah..? Atau semata mata kerana berfesyen..?

Wan pernah menulis mengenai..Fesyen tampilkan keindahan Islam namun...Comelnya wanita bertudung . Dan ramai yang tertanya pengakhir ayat Wan pada entri tersebut iaitu
Sebenarnya Wan tak suka Wanita bertudung namun Wan suka Wanita yang menutup aurat..
Disini Wan cuba sampaikan " bukan semua wanita bertudung itu menutup aurat dengan sebaiknya".Dan di sini Wan bukan hendak menunjuk alim.. Kalau berbicara mengenai agama pasti banyak lagi yang Wan perlu selongkari , pelajari dan korek sedalam dalamnya..Tapi Setiap manusia tu adalah khalifah dimuka bumi.. Perlu ada rasa bertanggung jawab..Kalau bukan Wan siapa lagi..Wan cuba menggunakan medium Blog ini sebaik baiknya sebagai kegiatan yang berfaedah disamping memberi sedikit ilmu didada malah berkongsi lumrah kehidupan yang perlu kita sedari..Dunia semakin maju dan kita semakin maju menempuhi liku liku dosa tanpa kita sedar.
Insya Allah jika entri ini berkesan dihati mungkin ramai yang akan berfikir kedua kali nya adakah kita berkemas hanya sekadar memenuhi tuntutan atau sebalik nya.. Esok , lusa dan hari hari yang seterusnya harap kalian melihat diri di hadapan cermin dan bertanya pada diri adakah aku layak digelar ISLAM..Bukan hanya pada Wanita namun semua kita..Lelaki pun sama.
ISLAM itu mudah..Islam itu Indah..
Sama ada kita mati dalam menegakkan ISLAM atau mati ISLAM hanya sekadar pada nama..
Renungkan fikirkan..
Yang baik itu semuanya datang dari Allah dan yang sebaliknya datang dari diri Wan sendiri..
Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan rm0.20 ..senang je klik nie.Louis Koo or Daniel Wu? What's your pick?..Atau klik button Donate..
Terima kasih
.






































