Wednesday, May 9, 2012

Gagal hari nie bukan gagal selamanya...

.



Assalamualaikum...


Entri nie bukan bertujuan membangga diri dengan hasil yang tak seberapa . Sesapa yang tak dapat IPT , tak dapat masuk U tak dapat masuk Tingkatan 6.  Atau lebih mudah nak cakap ..keputusan SPM korang sangat sangat teruk . Korang teruskanlah membaca sebab situasi kita sama..Wan dulu pun teruk dalam pelajaran dan sampai sekarang masih teruk.. Usaha gigih macam mana pun kalau bukan rezeki tu yang ALLAH bagi , kita tak kan dapat. Kalau orang tanya kenapa ALLAH biarkan kita begini setelah puas kita berusaha.. Korang nak taw apa jawapan yang sebaik baiknya ?? Semestinya Rezeki untuk korang ada di hari kemudian..  Allah akan bagi dan dah tentukan apa yang akan kita kecapi..


Wan dulu adalah orang yang selalu dikritik dalam kelas. Kalau korang skarang selalu dikritik dan selalu direndahkan biarkan dan biarkan.Sebab semua tu tak tentukan nasib korang.Jadikan semua tu dorongan untuk korang. Bagi Wan keputusan atas kertas tu tak de makna pun. Kalau dalam kehidupan semua tu tak berguna. Cubalah buat ini kalau boleh dan cubalah buat ini kalau boleh.. Jangan terlalu berbangga dengan hasil hanya diatas kertas. Bukan nak merendahkan semua yang berjaya tapi nak tingkatkan kualiti kehidupan yang tak berjaya.


Kalau dulu Wan berhenti dari berusaha sebab kegagalan Wan yang dulu semestinya Wan tak kan seperti sekarang. Wan tak pandai cakap english .. tak bermakna Wan tak faham dan tak bermakna Wan gagal selamanya . Orang yang hebat cakap english laung laung tu dalam periksa pun tak hebat mana pun. Jumpa orang tetap duduk terperuk jugak. Jadi apa Wan nak tekankan kat sini ialah kehidupan yang sebenar kehidupan luar. Bukan gagal SPM korang terus gagal selamanya. Semua tu rezeki. Rezeki korang tak de..


Korang cuba tanya pelajar yang cemerlang dalam sesuatu subjek tu..macam mana nak buat sesuatu tu ..Contohnya macam mana nak wiring untuk kipas..Mesti dia orang akan jawab..Owh mudah je.Sambung wayar tu sambung wayar nie . Neutral/hijau masuk neutral/hijau.. Wayar life/merah masuk suis dan keluar baru masuk kipas. Tapi adakah mereka tahu macam mana nak pecahkan simen untuk sorokkan kabel tu supaya tak nampak dan macam mana nak sangkut kipas tu kat siling.. ? Mereka tak taw ..entah entah pegang tukul pun belum tentu betul.. Jadi siapa yang buat semua nie..Mestilah orang yang lebih berpengalaman dan semestinya kemungkinan orang tu tak pernah ambik mana mana jurusan elektrik..Betul tak?sebab tu kita jangan pandang hina kat orang yang rendah dari kita..


SPM gagal tak semestinya tu titik terakhir dalam hidup kita..Usaha lagi .. yang penting target ada usaha. Target target... semua orang ada target. Budak kecik pun ada target dan impian..jadi kejar impian tu..Tak berjaya dalam pelajaran kita cuba yang lain.Bekerja , buat bisnes jual itu ini , Insya Allah boleh berjaya.


"Orang yang bodoh adalah orang yang lebih kreatif dari yang pandai sebab mereka akan berfikir macam mana nak selesaikan kerja dengan cepat tanpa penatkan otak." 
-Kata kata motivasi untuk diri Wan sendiri-

Jadi sebab apa kita perlu berhenti dan bersedih?? Percaya Allah percaya akan rezeki . . .


Pasti akan ada kejutan untuk kita dihari kemudian..Dan ingat semua , restu kedua ibu bapa kita tu amat penting .. Restu itulah jaminan kejayaan kita. . .



Papai



.






Tuesday, May 8, 2012

Malas seeeeeeeeeeeekali


.



Assalamualaikum...


Hari nie pergi jumpa Yuyu Zulaikha.. enjoy sangat tapi masa pergi tu tersesat lak.Al Maklumlah jarang nak ke luar Sarawak.Jumpa jumpa Yuyu pun dah berpeluh peluh.Nasib bek lah lepas tu Yuyu ajak makan kat entah apa nama bangunan tu.Makan kemain mahal..Nasib baik Yuyu belanja..Lepas tu tengok wayang..Duit pun cukup cukup untuk balik je lagi..Nasib baik lah kali ini Yuyu jugak belanja..Semua Yuyu belanja.Best tak???Seronok sangat..Hahahaha.Ok semua..Jangan percaya semua tu tipu je..Tak de nye jumpa Yuyu.. Dulu dulu masa Yuyu jemput untuk rancangan Al hijrah Wan terpaksa tolak plak bab Wan jauh dan Yuyu pun SMS Wan last minit.Nak tempah tiket pergi pun dah lambat jadi Wan tolak lah..Wan ada no Hp Yuyu .yeah...Hahahha..Yang nie betul tak tipu.Mengada lak kan..Ok lupakan..


Dua tiga hari nie terasa sangat malas..Malas nak update blog malas nak Blogwalking , Malas nak design , Padahal tempahan dah berlambak..Skang tengah nak siapkan Kad kahwin yang ada Doodle, Doodle tu plak ada lima peringkat Tadika , sekolah rendah , Konvo , kerja dan last kahwin..Hope besok leh siapkan doodle dan le lah attach kat dalam kad lak. Lepas selesai tu siapkan template lak..harap sangat mulai esok tak malas lagi..Dan tak de perkara perkara yang mengganggu.


K lah korang setakat ni je untuk hari nie.. Blog Wan pun dah makin sunyi dah skang nie.. : (



Papai



.





Monday, May 7, 2012

Tutorial Ray of Light (ROL)_Adobe Photoshop

.



Assalamualaikum...


Hari nie Wan nak ajar korang macam mana nak jadikan gambar korang ada kesan ray of ligth..Nie bukan tutorial untuk photography k..Tapi nie fake punya editing guna adobe photoshop..Ray of light adalah satu pemandangan yang cantek . Bagi Wan sendiri , kalau boleh shoot ray of ligth dekat awan mesti syok punya..hehehe.Kalau dalam photography korang nak dapatkan effect ray of light nie korang leh guna asap untuk nampakkan cahaya korang .K lah korang tanpa membuang masa..


Jom Tutorial



Seperti biasa open adobe korang dan file yang korang nak guna..Lepas tu korang duplicatekan gambar korang..Nanti dapatlah hasil macam kat gambar atas tu..CTRL + J untuk duplicate.



Lepas tu korang klik kat image > adjustment > threshold macma dalam gamabr kat atas tu..pastikan layer korang ..Korang select layer yang korang duplicate tadi k..Paling atas





Bila dah..nanti korang akan dapat pop up box macam dalam gambar kat atas tu dan hasil macam kat atas tu jugak..Value dalam tu korang leh agak agak nak letak brapa..bergantung dengan size dan gambar korang.Dan klik OK




Selesai tu korang klik lak pada Filter > Blur> Radial Blur..nanti korang akan dapat pop up box macma kat bawah nie.


Korang setkan amount korang 100 Quality best dan blur center korang tu korang klik dan bawak ke tepi atau kat mana arah yang korang rasa sesuai untuk gambar korang..klik dan alih..Dan klik OK





Nanti dapat lah hasil macam dalam gambar kat atas tu..



Selepas tu korang ubah jenis layer korang tu ke Lighten atau screen dan opacity korang adjust ikut kesesuaian..Tengok kat gambar atas tu k.



Langkah terakhir..Korang guna eraser korang dan hardness korang kurangkan dan padamkan bahagian yang nampak macam tak lojik boleh keluar cahaya kat situ..Dah selesai semua nanti dapatlah gambar yang OK..



Senang dan mudah bukan..Jadi selamat mencuba...
 Gambar hasil dari carian Google..
 
Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan ..senang je klik nie.Satu je taw.Klik biar iklhas.
(klik kanan > open new tab)

Atau klik button Donate..


Papai
 
 
.
 





Sunday, May 6, 2012

Tutorial Layer mask_Adobe Photoshop

.





Assalamualaikum...


Hai korang..Kali nie Wan nak kongsi apa tu layer Mask dan macam mana nak guna layer mask nie..teknik sering jugak Photographer guna untuk cantumkan gambar..dengan background gambar yang sama tapi ada berlainan objek.. Seperti dalam tutorial nie.dengan teknik yang berbeza

-Wat diri kita banyak banyak dalam satu gambar

 Kalau korang nak belajar layer mask

Jom Tutorial..





Mula mula korang open adobe korang dan file korang..Masukkan gambar dan gambar latar yang korang nak guna dalam satu file..Wan andaikan korang semua dah tahu caranya k..Kalau tak tahu jugak..Rujuk tutorial Wan yang lain lain..banyak dah Wan ajar , jadi Wan tak ulang lagi langkah yang basic nie..Macam gambar kat atas tu.




Lepas tu klik pada layer atas > klik kat anak panah no 1 dan nanti korang akan dapat hasil macam kat anak panah no 2 tu..Pastikan korang dapat hasil macam kat atas tu k..




 Lepas tu korang pastikan warna korang adalah warna hitam..yang kat bahagian atas tu hitam..Hitam nie untuk hilangkan warna..Lepas nie korang akan tahu kenapa dan mengapa..




Seterusnya kroang klik pada tool brush dan pastikan warna adalah hitam..




Seterusnya korang kene pastikan plak korang klik pada layer mask..Yang warna putih macam kat anak panah dalam gambar kat atas tu.




Dan korang warnakan lah pada gambar korang jadi korang akan dapat lihat gambar latar korang.Mamcam dalam gamabr kat atas tu.Dan mesti ramai yang tertanya tanya kenapa nak guna cara nie Susah lah....Kan eraser boleh je buat nie..Macam dalam tutorial nie..


Sebenarnya kalau kita guna layer mask nie kita boleh dapatkan balik gambar yang sebelum jika/kalau/mungkin kita tak nak hasil yang dah kita dah buat..Dan apa tindakan nya...Senang je..



Korang tukar warna korang ke putih plak dan masih dengan penggunaan tool brush..


 

Masih pada kedudukan layer mask yang sama




Korang warnakan lak pada gambar yang korang nak baiki tu..Nanti dapatlah hasil yang sebelum macam kat gambar atas tu korang leh dapat gambar tadi tanpa cacat dan tanpa UNDO...Kalau kita guna eraser dan kalau kita nak undo edit kita Undo mempunyai limit jugak kan..Betul tak..Jadi teknik layer mask nie adalah yang terbaik bergantung dengan situasi editing kita..




Seterusnya teknik yang nie plak..Ramai yang tanya Wan macam mana nak wat gambar macam nie macam tu..Siap kasi gambar kat Wan ..hehehe..Jadi kali nie Wan kongsikan rahsia yang terlampau mudah dan korang tak sedar akan nya..eceh..Korang klik seperti biasa..Warna hitam guna tool brush dan korang kurangkan Opacity brush korang..macam dalam gambar kat atas tu..Itu je lah rahsia nya..Dan korang leh mula warna kat gambar korang dan nanti korang akan dapat lah gambar macam kat bawah nie..




Senang dan mudah bukan..Jadi selamat mencuba...



 Gambar hasil dari carian Google..

Wishlist tahun nie
-jadi pak we Heliza..Insya Allah..ahhahahaha...(ketawa guling guling)

Terima kasih..


Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan ..senang je klik nie.Satu je taw.Klik biar iklhas.

(klik kanan > open new tab)

Atau klik button Donate..


Papai
.






Saturday, May 5, 2012

Super Real Iron man cosplay/custome (Proud to be Asian)

.





Assalamualaikum..


Hai korang...kali nie Wan nak kongsi video kat korang.. Video yang wat kan Wan ternganga jap..Costume yang dibuat dengan barang kitar semula dan dibuat sendri..entah lah otak kejuruteraan apa budak nie kan.. Rasanya budak nie dari japan kot..Tak pasti..betulkan Wan jika salah.


K lah korang..korang layan je Video tu k..Kalau boleh Wan nak satu costume nie..ahahha..leh wat show .. hahaha..dan kalau costume nie dijual mungkin rata rata orang nak beli..


Hebatkan otak nie.. Siapa yang berusaha dan berfkir mesti boleh..Tak gitu ??? kebanyakan orang yang berjaya tak belajar pun.. Apa yang mereka ada ialah semangat , yakin dan usaha.. seterusnya Tawakal


.



Friday, May 4, 2012

Freebies Doodle kahwin (just married)

.



Assalamualaikum....


Hai korang..Kali nie Wan nak bagi freebies doodle kawen lak...Jai bagi sesapa dah kawen dan nak kawen tu leh lah guna nie..Mana taw nak wat  kad ke..Apa ke..Korang guna je lah k..Korang leh print out dan buat apa saja..Tak kisah..Sebab nie Wan bagi secara percuma sebab tak jadi nak jual..ahahha.Gambar kat atas nie kalau korang ada adobe atau perisian lain untuk warnakan doodle nie silakan..boleh je..boleh rujuk entri kat bawah nie.

-Melukis Doodle dan mewarna Doodle
-Wat tudung dan baju Doodle bercorak
-Tutorial melukis dan mewarna Doodle - Adobe Photoshop (Versi Video)  


Dan kat bawah nie Doodle kawen untuk korang..Terima lah walau tak seberapa..
klik kanan > view image > save













Terima kasih..


Kalau suka entri kali nie klik like atau sponsor Wan ..senang je klik nie.Satu je taw.Klik biar iklhas.

(klik kanan > open new tab)

Atau klik button Donate..


Papai
 





Thursday, May 3, 2012

Kita bukan sapa sapa..

.




Assalamualaikum....


Kekadang apa yang kita buat nie bukan semua orang nak hadap.Dan bukan semua tapi kesemua nya orang tak kan layan.Ini realiti kehidupan yang kita tempuh hari hari..Tiap tiap saat ada rajuk dalam diri kita tanpa kita sedar. Sebaliknya jika anda bukan dikalangan kami..


Bila mana sebaik baik ukiran di blog kita..Sebaik baik ilmu yang kita curahkan dan sebaik baik bahasa yang kita gunakan..Orang tak pernah layan tapi bila saat yang sama seseorang yang lain itu menulis hanya sekadar menulis contengan kosong semua orang baca malahan dapat berpuluh puluh komen..Jangan risau kerna kita punya blog dan kita ada pendapat..Teruskan.


Saat kita ukirkan status di ruang muka buku mempersoalkan tentang kehidupan dan perlukan sokongan.saat itu tiada siapa yang melihat tiada siapa yang memberi sokongan tapi bila seseorang mengukir dengan hanya sepatah kata berpuluh puluh komen melulu dibawahnya..adilkah sebegitu.Jangan risau .. Teruskan kerna kita punya DIA.


Sebesar mana pun pengorbanan yang kita lakukan , sebesar mana pun ilmu yang kita curahkan bukan mahukan balasan tapi sedikit ingatan tapi sebesar zarah pun orang tak pernah nak ingat.Bila mana seseorang yang "retis" hanya habiskan seminit masa , orang akan ingat seumur hidup.Jangan risau.Biarkan.Mereka bukan sapa sapa bagi kita.


Bila mana kita tak pernah dilihat,seolah olah kita sekeping kaca yang yang tembus dipana mata.Orang tak pernah rasa kehadiran kita.Walau sebesar mana perhatian kita berikan tapi bila watak kegemaran "say hai" semua rasa kehadirannya, rasa dekat.Jangan risau.Dunia ini hanya tumpangan.


Bila mana kita bukan orang yang dikenali walaupun sehebat mana pun gambar yang kita ambil orang tak kan pandang sebab kita bukan sapa sapa.Tapi bila mana seseorang yang dikenali memaparkan gambar yang hanya sekadar rupa orang puji melambung , berjuta view berjuta like hakikatnya gambar itu hanya sekadar gambar biasa. 


Lihat lihat beginilah kehidupan yang kita tempuh hari hari..Orang hanya pandang dari sudut yang berbeza..Dan inilah kenyataan..


Hidup nie berbeza beza ada yang terbaik ada yang lebih baik.Tapi tak semua kita berada ditangga yang sama.Tapi akan ada satu yang tetap sama jika kita dikelompok yang sama apa yang kita perlu ialah usaha dan teruskan..

Bila semua orang kata "tidak" tak bermakna kita terus berhenti.Teruskan dan lakukan yang lebih baik.


Semoga entri kali ini memberi sedikit motivasi untuk kalian..
Realiti kehidupan yang saya tempoh hari.
Kadang kadang sahabat bukan kawan bagi kita..dan kawan bukan sahabat.



-Aku juga punya mimpi-




.