Wadah Madrasah Pengalaman: Apa itu takdir .. part 3


Thursday, March 6, 2014

Apa itu takdir .. part 3

 .



Sambungan entri Apa itu takdir part 2
http://wanhazel.blogspot.com/2014/03/apa-itu-takdir-part-2.html

3. SOAL HATI

Baiklah aku pergi perlahan-lahan, Sebenarnya bolehlah di buat kesimpulan bahawa ada 4 perkara yang Allah telah tetapkan atau takdirkan kepada semua orang, dan korang semua akan dapat 4 perkara ini yang mana bukan 4 perkara ini yang menentukan shurga dan neraka tetapi ‘soal hati’ yang bakal menentukan hari akhirat kelak..!!!

a).KESENANGAN
b).KESUSAHAN
c).PAHALA
d).DOSA
Korang tentu tak paham bukan? Jika semuanya telah di tetapkan kenapa perlu kita ajak orang buat baik? Kenapa perlu kita mencegah mungkar?

OK, macam nie, Allah pernah tegur Nabi Muhammad SAW yang sedih kerana dah banyak kali ajak bapak saudara dia masuk islam tapi tak dapat kerana Hidayat di tangan Allah.. dan sudah di takdirkan yang Abu Talib tak masuk islam kerana Allah dah tengok hati dia memang tak nak!! Ini adalah soal hati!!

Jika korang nak tahu apabila ummat jahiliah minum arak dalam tengkorak berdarah, tawaf kaabah dengan berbogel, sembah 360 tuhan, apakah perkara pertama sekali yang Allah buat pada nabi sebelum jadi Nabi?

Ya! Allah hantar malaikat jibrail a.s supaya "cuci" HATI Nabi saw..

Dan Nabi bersabda lebih kurang maksud: dalam diri manusia jika hatinya baik, maka selamatlah dia!!!

Maka kerana itu apabila Nabi ajak sahabat masuk islam, perkara pertama yang Nabi saw ajar adalah SHUKUR!!!
Syukur dengan nikmat IMAN!!

Syukur kerana tanpa iman korang akan kekal dalam api nereka selama-lamanya!!
Tapi jika korang ada iman walaupun sebesar zarahpun akan masuk shurga akhirnya..Syurga yg paling kecil.. tapi luasnya adalah 10x ganda dunia.Menjadi raja yg Lebih Hebat dari kerajaan Nabi sulaiman as.Yg mana rakyatnya adalah malaikat dan bidadari..Dan kekallah mereka di dalam shurga selama-lamanya..

Dan Nabi SAW pernah solat sampai bengkak kaki, bila di tegur aisyah r.a, kenapa tuan solat sampai bengak kaki?, bukankah tuan takde dosa..?
NAbi bagitahu aku ingin jadi hamba Allah yang bershukur!!!
Apa itu syukur, keinginan untuk berkongsi nikmat dengan orang lain!!

Kerana itu semua sahabat bila dapat kalimah Tauhid terus nak kongsi dengan orang lain, terus dakwah orang lain , itulah shukur, macam korang jalan jalan tiba tiba nampak pemandangan cantik maka korang akn ajak orang lain sama, lainlah jika korang tamak,

Hari ini ummat islam tamak dengan nikmat islam bila tak nak ajak orang kapir masuk islam (macamlah aku buat,,oh.. tentu celaka pada diriku sendiri bila cakap benda yang tak amal..is..isk..)

.................
a) KESENANGAN

Perkara pertama kita pergi bab kesenangan yang telah di takdirkan…Jadi bila korang di takdirkan SENANG, memang itu dari Allah, bukan Kerajaan, pejabat, ladang yang bagi senang, semuanya dari Allah!! Dan jika korang bershukur dengan nikmat itu, itulah jalan yang membawa korang ke shurga!!

Dan jika korang sombong dengan nikmat tu pasti masuk neraka!! Jadi orang kaya jangan nak berlagak!! Tsunami datang tak sampai 10 minit habis musnah harta korang, jangan nak berbangga dengan takdir tuhan, buat buku rahsia kejayaan, bla bla bla bla .. ingat orang yang ada sombong walaupun sebesar zarah pasti akan masuk neraka, kerana sombong ini adalah ‘pakaian’ Allah, dan Allah tak benarkan mana-mana hamba dia pakai ‘pakaian’ ini..

Jadi secara kesimpulanya masuk shurga bukan sebab korang miskan atau kaya, kerana itu sudah di takdirkan Allah, masuk shurga atau neraka di tentukan oleh hati korang iaitu SHUKUR atau SOMBONG !!
Ingat!! Shukur dan sombong adalah SOAL HATI!!!!

................
b) KESUSAHAN

Begitu juga jika korang susah, miskin, anak kecik mati, suami curang, muka hodoh , tak pas exam, dan lain-lain..jangan nak menangis atau melolong macam orang gila!! Semuanya dah di takdirkan Allah, Jadi bila korang sudah di takdirkan SUSAH, memang itu dari Allah, bukan Kerajaan, pejabat, ladang yang bagi susah, semuanya dari Allah!!

Dan jika korang bersabar dengan kesusahan itu, itulah jalan yang membawa korang ke shurga!! Dan jika korang berburuk sangka dengan tuhan yang bagi korang susah tu pasti masuk neraka!! Jadi secara kesimpulanya masuk shurga bukan sebab korang miskan .., kerana itu sudah di takdirkan Allah, masuk shurga atau neraka di tentukan oleh hati korang iaitu SABAR atau BERBURUK SANGGKA!!!BERKELUH KESAH!!!

Ingat!! SABAR dan BERBURUK SANGGKA adalah SOAL HATI!!!!

Kerana itulah terdapat kisah seorang ahli neraka apabila hendak dilontarkan kedalam neraka lalu ia berkata, sesungguhnya aku berbaik sangka dengan Allah.. maka Allah buat keputusan dia adalah ahli shurga, kerana di dunia dulupun mungkin dia kurang amal ibadat, tapi setiap keputusan Allah dalam hidup dia berbaik sangka.. semuanya dari Allah, langsung tak komplen..

Dan aku pernah cerita dulu, jika muka korang tak cun langsung (hodoh gila babi) lalu korang dengan sedihnya berdoa kepada Allah:
“Ya Allah jadikanlah wajahku secantik Siti Nurhaliza...”
lepas doa karang, cuba korang pergi tengok cermin.. apa yg berlaku? Muka buruk tu jugakyg korang nampakkan?
Apa perasaan korang? Sedih? Kecewa,? Nak mampos? Nak bunuh diri..oh..
Sebenarnya doa macam tu salah, dan menyusahkan orang, sebab perkara yang korang doakan itu termasuk dalam takdir Allah…
Sepatutnya korang doa macam nih…“Ya Allah..jadikanlah aku bersabar dengan wajahku yang hodoh ini:
(sambil bersyukur kerana hakikatnya ada lagi org yg muka lebih buruk dari korang)
lepas doa, korang pergi tengok cermin..apa yg berlaku?
Kalau doa ‘sabar’korang makbul.. tentu korang cakap: “cantik jugak aku nih..he he he”

Jadi perkara yg patut korang mintak dengan Allah hari-hari adalah KESABARAN!!!Apa yg Allah telah takdirkan, macam rezeki, ajal, jodoh…korang tak payahlah nak kena doa sampai keluar air mata darah…ada benda lain lagi yg patut korang doa sampai kelaur air mata darah!!!Antaranya..HIDAYAT DAN HATI YANG SENTIASA BERSABAR…..Ini SOAL HATI!!!

.............
c) PAHALA
Berkenaan pahala pulak, aku dah malas nak cerita, Cuma aku nak bagitahu jika korang dah buat amal sebanyak manapun, janganlah nak berlagak, kerana itu adalah pilihan Allah atau dalam takdir Allah, sebab masuk shurga bukan kerana banyaknya amal, tapi semata mata rahmat Allah, Setan lagi banyak amalannya dulu sebelum jadi iblis, sebab tu bila korang buat amalan kebaikan tak semestinya korang boleh berpuas hati sebab bila korang RIAK.. alamak celakalah padahnya, kerana hanya amalan yang ikhlas sahaja di terima Allah…

Apa itu riak? Buat kerana ada kepentingan lain, nak orang puji dan bla bla blahhh
Jadi secara kesimpulannya masuk shurga bukan sebab korang banyak amal.., kerana itu sudah di takdirkan Allah, masuk shurga atau neraka di tentukan oleh hati korang iaitu IKHLAS atau RIAK!!!
Ingat!! IKHLAS atau RIAK adalah SOAL HATI!!!!

.........................
d) DOSA
Berbalik pada dosa, pun sama!! Jangan hina orang yang buat dosa, kerana dia telah di takdirkan oleh Allah, Allah boleh buat korang pulak terlibat dengan dosa yang di buat mereka, dan Allah bagitahu jika dosa korang banyak manapun Allah akan ampunkan, dengan syarat korang taubat, apa itu taubat? korang NIAT tak nak buat lagi..

Jadi secara kesimpulannya masuk Neraka bukan sebab korang banyak dosa, kerana itu sudah di takdirkan Allah, masuk neraka di tentukan oleh hati korang iaitu korang ada NIAT tak nak buat lagi yang bermaksud TAUBAT… so ini soal hati, ada orang yang buat dosa dan rasa bangga, dan ada orang yang buat dosa lalu beristigfar dan menangis, so, ini soal hati !!!!
Ingat!! BANGGA dengan dosa atau menyesal dengan dosa adalah soal hati!!!
Adakah korang rasa menyesal dengan dosa korang atau adakah korang bangga dengan dosa korang? Isk..isk…

----

Jadi , secara mudah fahamnya, bila Allah ciptakan roh dulu-dulu..Allah telak letakkan hati kedalam setiap diri manusia, melalui pengetahuan Allah yang Maha Bijaksana, maka Allah telah tahu apa soal hati korang masing-masing, maka dengan pengetahuan Allah maka diperintahnya kalam menulis masa depan korang masing masing, dan NAbi SAW bagitahu, pena menulis takdir telah di angkat dari buku takdir dan dakwat di buku itu juga sudah kering yang bermaksud, segalanya sudah tidak berubah lagi!!!!

Lalu bila jasad korang berumur 4 bulan maka sekali lagi Allah perintahkan malaikat menulis segala perjalan hidup korang termasuk, rezeki, jodoh, amalan kebaikkan, keburukkan, kesenangan, kesusahan, dosa, pahala, cuma satu jer malaikat tak tulis dan malaikatpun tak tahu iaitu SOAL HATI…
Dan bila korang start baligh maka dua malaikat di kiri kanan akan di tugaskan sekali lagi menulis apa yang korang dah buat samada baik ataupun buruk dan sudah tentu perkara itu adalah sama dengan apa yang sudah tertulis di kitab takdir, , cuma satu jer malaikat tak tulis dan malaikatpun tak tahu iaitu SOAL HATI…

Oleh yang demikian, Ada riwayat menyatakan bila mana seorang hamba Allah di hadapkan ke muka pengadilan kelak, malaikat faham dia adalah ahli neraka, sebab buku amalan kejahatannya tebal.. tapi Allah buat keputusan dia adalah ahli shurga, dan ada seorang pelacur yang bagi minum air pada anjing tapi masuk shurga, kerana ini adalah SOAL HATI.

Riwayat yang lain pula menyatakan bila mana seorang hamba Allah di hadapkan ke muka pengadilan kelak, malaikat faham dia adalah ahli shurga, sebab buku amalan kebaikkannya tebal.. tapi Allah buat keputusan dia adalah ahli Neraka, sebab tak ikhlas, ikhlas adalah SOAL HATI.

Ada pembunuh yang telah membunuh seratus orang dan malaikat faham dia adalah ahli neraka, sebab tak pernah buat baik.... tapi Allah buat keputusan dia adalah ahli shurga, walaupun dia seorang pembunuh kerana ini adalah SOAL HATI…(rujuk ustaz)

Bermakana secara mudah nak bagi faham: Malaikat tulis apa yang telah di takdirkan Allah, namun keputusan kat akhirat adalah berdasarkan hati korang…ini adalah soal hati!!

Jadi oleh kerana malaikat tak tahu soal hati korang, dan Nabi SAW telah ajar sahabat tentang soal hati…
Maka buatlah usaha dan doa untuk dapatkan sifat2 hati yang membawa ke shurga
seperti :Shukur, Sabar, khusuk, khuduk, tawadduk, Husnul Zon, Ikhlas, Redha dan lain-lain lagi soal hati, dan..

Hindarilah dan doalah di selamatkan dari penyakit hati yang boleh membawa ke neraka seperti Kufur, Buruk Sangka, sombong, riak, ajub, takkabur, dan lain-lain lagi soal hati..oh..

Ketahulah bahawa hati korang yang sama itulah akan di bawa ke hadapan Allah dan akan di putuskan kelak samaada hati itu mendapat nikmat shurga atau mendapat azab Neraka…oh…


 Untuk

4-NIAT

Sambung dientri yang lain

Sumber :http://keretamayat.blogspot.com/


nak baca part 1 dan part 2 klik bawah nie

Apa itu takdir .. part 1
http://wanhazel.blogspot.com/2014/03/apa-itu-takdir-part-1.html


Apa itu takdir .. part 2
http://wanhazel.blogspot.com/2014/03/apa-itu-takdir-part-2.html





.



1 comment:

♥ Nana BamBam ♥ said...

bila baca entri ni, buat aku muhasabah diri sejenak.

saat aku dalam kubur dan akhirat nanti. bagaimanakah keadaan aku, adakah ke neraka jahanam atau syurga? wallahu'alam.

Dia maha mengetahui setiap takdir hamba2Nya dan dia juga maha menentukan segala-galanya.