Teringat saya kata kata; dalam banyak jiwa manusia di dunia, tidak ada yang berfikir mengapa jika buah epal jatuh maka seharusnya ke bawah sehinggalah Newton yang kelihatan termenung di bawah pokok epal cuba menyelesaikan persoalan tersebut iaitu berlakunya tarikan graviti.
Manusia yang genius mungkin ramai yang dilahirkan di dunia ini, tetapi manusia yang berfikir seperti genius hanya wujud pada satu satu zaman sahaja. Manusia lahir dengan latar belakang yang berbeza. Setiap hari yang dilalui menjadi pengalaman dan memori yang terpenting dalam hidup. Kesilapan yang dilakukan sentiasa menjadi sempadan. Namun tidak ramai manusia yang belajar daripada kesilapan sedangkan kata kata itu meniti di bibir kita dari satu generasi ke satu generasi. Kebanyakan manusia melakukan sesuatu dengan hujah bahawa perkara itu telah dilakukan sejak zaman berzaman lagi. Mengapakah kita harus mengubah perkara lama dan berfikir dengan cara baru? Begitu kata kata daripada orang yang mencari alasan untuk tidak mencuba kaedah baru pada tempat dan keadaan sekarang. Pemikiran yang dangkal seumpama ini telah menghalang kemajuan.
Hayatilah sajak The Little Boy oleh Helen Buckley di bawah dan cuba fikirkan sejenak tentang kesilapan yang kita lakukan. Jika budak lelaki tersebut tidak berpindah sekolah, tentu dia menjadi mangsa kesilapan berfikir kita - mempertahankan kaedah lama yang mungkin tidak menguntungkan.
Si Budak Lelaki Kecil
(The Little Boy by Helen Buckley)
Seorang budak lelaki kecil pergi ke sekolah,
Hebat juga budak kecil ini,
Dan hebat juga sekolahnya yang besar,
Tetapi apabila si budak kecil ini mendapati dia dapat memasuki biliknya dengan masuk ke dalam dari pintu luar,
Ri budak kecil gembira,
Sekolahnya yang hebat itu,
Tidaklah sebesar yang disangka
Suatu pagi,
Apabila si budak kecil bersekolah sekian lama cikgu berkata:
"Hari ini kita akan melukis gambar"
"Baik!" kata si budak kecil,
Si budak kecil suka melukis gambar,
Si budak kecil pandai melukis gambar,
Gambar singa dan harimau,
Gambar ayam dan lembu,
Gambar keretapi dan perahu,
Dan si budak kecil mengeluarkan warna krayonnya,
Dan si budak kecil mulalah melukis.
Tetapi cikgu berkata:
"Tunggu!"
"Belum masanya untuk bermula!"
Dan cikgu menunggu semua pelajar bersedia..
"Sekarang," kata cikgu,
"Kita akan melukis gambar bunga."
"Baik!" kata si budak kecil,
Si budak kecil suka melukis bunga,
Si budak kecil mula melukis bunga yang cantik dengan krayonnya yang merah jambu,jingga dan biru.
Tetapi cikgu berkata,
"Tunggu"
"Cikgu akan tunjukkan."
Dan cikgu melukis bunga diatas papan hitam,
Bunganya merah,batangnya hijau,
"Nah," kata cikgu,
"Sekarang boleh mulakan."
Si budak kecil melihat bunga gurunya,
Kemudian melihat pula bunganya,
Si budak kecil suka bunga yang dilukisnya,
Tetapi si budak kecil tidak bersuara,
Si budak kecil hanya memalingkan kertasnya,
Dan melukis gambar bunga serupa bunga cikgu,
Merah bunganya,hijau batangnya,
Pada suatu hari yang lain,
Bila si budak kecil membuka pintu,
Masuk sendiri dari luar ke dalam,
Cikgu berkata:
"Hari ini kita akam membuat sesuatu dengan tanah liat"
"Baik!"kata si budak kecil,
Si budak kecil sukakan tanah liat,
Tetapi cikgu berkata:
"Tunggu!"
"Belu masanya untuk bermula."
Dan cikgu menunggu semuanya bersedia...
"sekarang!"kata cikgu
"kita akan membuat piring"
"Baik!" kata si budak kecil
Si budak kecil suka membuat piring,
Pelbagai bentuk,pelbagai rupa,
Tetapi cikgu berkata:
"Tunggu!"
"Cikgu akan tunjukkan"
Dan cikgu mengajar semua orang,
Bagaimana membuat piring yang dalam,
Si budak kecil melihat piring gurunya,
Kemudian melihat piringnya,
Si budak kecil suka piring yang dibuatnya lebih dari gurunya,
Tetapi si budak kecil tidak bersuara,
Si budak kecil hanya menguli tanah liatnya,
Dan membuat piring yang serupa piring cikgu piring yang dalam,
Dan tidak lama kemudiam,
Si budak kecil belajar menunggu dan melihat,
Dan membuat semuanya seperti cara cikgu,
Dan tidak lama kemudian si budak kecil tidak lagi membuat caranya sendiri kemudian terjadilah,
Si budak kecil dan keluarganya berpindah rumah,
Berpindah ke bandar,
Dan si budak kecil terpaksa pergi ke sekolah yang lain,
Sekolah barunya lebih besar,
Lebih hebat dari yang lama,
Dan tiada pintu dari luar masuk ke dalam biliknya,
Si budak kecil terpaksa menaiki tangga,
Dan berjalan melalui dewan yang panjang untuk masuk ke biliknya,
Dan hari pertamanya si budak kecil di situ,
Cikgu berkata:
"Hari ini kita akan melukis gambar"
"Baik!" fikir si budak kecil,
Dan si budak kecil menunggu cikgu memberi arahan,
Tetapi cikgu berkata apa,
Cikgu hanya berjalan sekeliling kelas,
Apabila cikgu sampai kepada si budak kecil,
Cikgu bertanya
"Tak tahukah awak melukis gambar?"
"Apa yang hendak dilukis?"
"Cikgu takkan tahu sehingga awak lukis?" kata cikgu,
"Bagaimana hendak saya lukis?" tanya si budak kecil,
"Bagaimana yang awak mahu?"kata cikgu,
"Warna apa sahaja?" tanya si budak kecil,
"Warna apa sahaja." kata cikgu,
"Kalau semua orang melukis gambar yang sama,
Menggunakan warna yang sama,
Bagaimana cikgu nak tahu siapa lukis apa dan mana satu yang mana?"
"Entahlah," kata si budak kecil,
Dan dia mula melukis,
Gambar bunga, merah jambu dan jingga pun ada,
Si budak kecil sukakan sekolah barunya...
Sekalipun tiada pintu dari luar masuk ke dalam biliknya!

Noktah
Wan_Hazel
Wan_Hazel
2 comments:
hye i mean wow.cool
blog u have there,
did u mind go to
www.iliblog13.blogspot.com
just fur fun.
appreciate it.
ty(:
i cant find ur blog...
Post a Comment