Sumber: 
http://ezhan-artwork.blogspot.com/2011/10/photography-jenis-jenis-lens-dslr.html
Salam  semua reader, lama rasanya tak mencurahkan idea kat blog ni. Setiap  kali nak update je mesti ada halangan yang datang. Haishh. Tapi hari ni,  berjaya jugak aku update. Hari ni aku akan berkongsi serba sedikit ilmu  berkaitan photography.Kita belajar mengenai lensa2 yang boleh diguna pakai pada DSLR.
Rasanya  kita semua tahukan yang lens ni merupakan salah 1 aksesori utama dan  terpenting untuk pengguna DSLR. Takde lens memang tak boleh nak tangkap  gambar la kan. Kalau kita tengok kat pasaran sekarang. Ada bermacam2  jenis lensa ditawarkan dan setiap lensa mempunyai specialty nya masing2.  Kalau dari segi harga pula, kita boleh jumpa dipasaran lensa yang  harganya serendah RM300 sehinggalah ada yang mencecah Ratusan ribu  ringgit. Gila mahalkan. Dah boleh beli kereta sebijik. Tapi hari ni kita  taknak bincangkan pasal harga, tapi kita nak tengok apa kegunaan setiap  jenis lensa ni...
KIT LENS

Kit  lens (lensa standard) ini adalah lens yang selalunya akan disertakan  sewaktu kita membeli DSLR. Selalunya lens ini dalam range (18-55mm)  (18-70mm) (18-135mm) dan (18-200mm). Kualitinya tidak lah sehebat mana.  Tetapi tak bermakna ianya tidak bagus kerana lens ini sesuai untuk  digunakan dalam semua situasi tak kiralah aktiviti indoor ataupun  outdoor. Jika korang just gunakan DSLR hanya sekadar suka2 maka kit lens  ni dah cukup sempurna untuk korang menangkap gambar. Tak perlu nak beli  lens mahal2
Kegunaan : Semua jenis situasi ( wedding, portrait, landscape, permandangan , street, dokumentari ) 
Range harga: Bermula dari RM800 dan ke atas
Contoh Gambar:
ULTRA WIDE ANGLE

Ultra  wide angle selalunya digunakan untuk menangkap gambar dengan perspektif  atau sudut yang lebih luas. Lens ini sangat sesuai untuk menangkap  gambar pemandangan, architecture ( bangunan ) dan juga interior. Wide  angle ni juga selalu digunakan dalam wedding photography kerana boleh  mengkap perspektif yang lebih menarik dan imej yang lebih menonjol.
Kegunaan: Wedding photography, lanscape, architecture, interior, group photo. 
Price Range: Bermula dari RM1500 dan ke atas
Contoh gambar:
FISH EYE LENS

Lens  ni range dia lebih kurang dengan lens wide angle. Tapi yang membezakan  lens ini ialah ianya dapat menghasilkan imej yang melengkung dan  perspektif pemandangan belakang yang luas. Lens ini sesuai untuk  creative shot kerana imejnya yang sangat unik. 
Kegunaan: wedding photography, creative portrait, bangunan, landscape, aksi, kanak-kanak
Price Range: Bermula dari RM2000 dan ke atas
Contoh gambar: 

PRIME LENS

Prime  lens atau nama timangannya ialah fix lens. Kenapa fix? Kerana lens ini  hanya mempunyai range yang tetap. Contohnya macam Canon 28mm f 1.8 .  Lens ni tak boleh nak di zoom in atau pon zoom out. Walaupun rangenya  fix, tetapi lens ini sangat sesuai digunakan untuk portrait shot. Lens  ini juga sesuai digunakan jika korang inginkan efek bokeh ( blur ) yang  hebat sebabnya lens ini mempunyai nilai aperture yang tinggi sehingga f  1.2.
Kegunaan: Portrait, Makanan, product.
Price range: Bermula dari RM290 dan keatas
Contoh gambar:
TELEPHOTO LENS

Telephoto  ni selalunya digunakan untuk menangkap  gambar objek yang jauh. Lens  telephoto ni selalunya bermula dari range 135 sehingga 1000mm. Lens ni  sangatlah besar dan berat kalau nk dibawa berjalan2. Sebab itu sekiranya  korang ingin menggunakan lens telephoto ni seelok eloknya digunakan  bersama monopod ataupun tripod. Lens ni juga sesuai digunakan untuk  menangkap gambar portrait kerana mampu meng-compress background supaya  gambar objek lebih menonjol.  
Kegunaan: Sukan, Haiwan, wedding, portrait.
Price Range: dari RM2000 dan ke atas
Contoh gambar:
Photographer yang menggunakan lens telephoto
MACRO LENS
Macro  lens ini merupakan lens yang boleh digunakan untuk menangkap gambar  dalam jarak dekat ataupun close up. Mesti korang pernah nampakkan  gambar2 serangga yang ditangkap pada jarak dekat. Lens ni la yang  diorang gunakan. Korang memang tak boleh gunakan lens lain kalau nak  tangkap gambar pada jarak dekat sebab lens takkan boleh fokus. Jika  korang nak cari lens macro yang bagus, carilah lens yang boleh  menghasilkan 1:1 reproduction ratio sebab lens ini mampu memfokus dengan  lebih dekat lagi. 
Kegunaan: Serangga, tumbuhan
Price Range: Dari Rm1200 dan ke atas (lens yang kualiti macronya bagus)
Contoh gambar:
Jadi  itulah dia 6 jenis lens yang selalu photographer2 amature dan  professional guna kat luar sana. Setiap jenis lens ni ada kelebihan dan  kekurangan masing2. Tapi ada beberapa lagi jenis lens yang aku tak ulas  sebab tak ramai yang pakai lens2 ni. Contohnya Tilt Shift Lens dan Lens  Baby. Kalau korang nak tau pasal lens2 yang lain rajin2 la buat reseach  ye. Jadi sebelum korang nak beli lens kamera tu, pilih la dengan sebaik  mungkin mengikut apa yang korang nak tangkap. Takkan nak tangkap gambar  pemandangan pon nak pakai macro lens kan. Tak berapa nak sesuai la  pulak. haha. Nanti membazir je duit. Dah la harga lens ni beribu2.
.