Thursday, November 12, 2015

kalau aku punya satu masa

.


Assalamualaikum ...

Kali ini ..
Aku mungkin cukup tegar untuk meluah
Tidaklah hanya pada mereka pembaca setia
Malah aku tak pernah lupa meluah pada sang Pencipta
Yang memberi ilham untuk ku mengarang didada wadah
Ilham ini hanya pinjaman untuk ku sementara
Saat ini aku terasa penulisan ku semakin kaku tidak punya bahasa
Mungkin kerna aku jarang ada
Atau mungkin ALLAH memberi perasaan yang berbeda
Aku rindu sang wadah

Dulu ..
Aku mahu jadi
Jarang ada tapi bermakna
Namun aku kini jarang ada tiada makna
Walau ada tak punya apa

Aku masih mahu penulisan ku dijadikan ilham dan pedoman hidup

Kadang
Akan ada DUKA
Yang tidak akan mampu kita kongsi
Walau ada seribu telinga yang mahu mendengar
Walau ada seribu mulut yang bertanya
Hatta
Walau ada begitu banyak bahu untuk kita sandarkan untuk MENANGIS..
Pasti akan ada duka yang masih terbungkam dan tersimpan
Disimpan rapi dalam hati..
Tersembunyi dalam senyum dan tawa


Buat dia ..
Kalau nanti aku tak punya apa
Aku mohon kau sentiasa ada
Jika aku jatuh dan tersungkur aku mohon akan ada tangan yang kau hulur
Perjalanan kita perjalanan yang masih jauh
Pasti ada duri tajam disetiap langkah
Moga nanti aku akan sentiasa mencintaimu kerana ALLAH ..




.