Wadah Madrasah Pengalaman: majalah yezz _ aku tak kesampaian


Saturday, July 4, 2009

majalah yezz _ aku tak kesampaian

Salam
kitty icon

Owh,owh ya kasih...hehehe,saya mulakan dengan sedikit lirik dari drama Nur kasih. Sangat suka akan drama tersebut. Sebuah pengorbanan cinta,keluarga,kasih,sayang dan emosi. But bukan tu yang saya nak lakarkan di entri kali nie.so apa tunggu lagi. Jum kita mulakan.

ini kisah hari semalam. Jumaat


                                                                  ini carian di google

Hari nie kehidupan saya dimulakan dengan anak mata yang membesar tatkala kecerahan sinar cahaya memasuki retina lantas mencari fokus dan menghantar imej kepada otak,lantas berfikir sewajarnya. Owh,indahnya pagi jumaat. Sebahagian dari hari nie saya habiskan dengan mencari majalah Yezz. Dan akhirnya kosong tangan tanpa habuan. Bengang,tersangat bengang kawasan kediaman tiada yang menjual majalah Yezz. Hm,tak dapatlah nak baca kan. Sebenarnya sebab saya nak beli majalah tu coz saya nak tengok link blog saya yang dipamerkan didalam nya.

Bermula sebuah bicara. Sebuah cerita,ada kisah dibalik yang terlakar. Ucapan terima kasih barangkalinya. Buat majalah Yezz berjuta juta terima kasih saya hamparkan kerna memberi impak yang positif terhadap populasi pengunjung yang menyinggahi teratak ini. Buat teman yang bertanya. Tanpa sedar saya ruangan saya termasuk agaknya didalam ruangan majalah Yezz. Maaf teman saya juga tidak mengetahui bagaimana teratak usang saya ini terlakar di majalah Yezz. Ketahuilah,saya sendiri belum lagi melihat sebagaimana nya ruangan saya ini di link kan di dalam majalah Yezz tersebut. Ingin sekali membaca dan melihat malah menyentuh majalah Yezz tersebut. Memiliki majalah Yezz jauh sekali belum kesampaian. Diharap dengan harapan saya kesampaian memiliki majalah Yezz edisi julai.

Entah,kurang pasti saya akan bisikan hati kecil saya, berbisik bersama minda yang menganggapi diri ini seakan artis. Artis blog agaknya. Atau saya hanya sekadar hendak menyenangkan perasaan bangga saya. Provokasi benar diri ini. Sememangnya ada kebenaran dibaliknya. Teruja,bangga,terharu, mungkin itu perkataan yang dapat mengambarkan perasaan saya ketika ini, atau saya sudah berlebihan. Perasan sungguh frekuensi saya kali ini.

Sekali lagi ucapan terima kasih saya lakarkan disini buat majalah Yezz. Thankz ya. And buat semua teman yang menyingahi teratak usang saya ini jutaan terima kasih jua saya lakarkan. Ingatlah walaupun kita berjauhan,mata tidak bertentang,gelak tak serentak,tangis tak senada adanya saya disini sudah semestinya saya amat menyayangi kalian semua. Tanpa kalian sunyi sepilah teratak usang ini.Photobucket Siapalah saya.eceh,pasan nak jadi artis plak.hehehe.




Selepas ini kemungkinan saya akan ditugas di kawasan yang jauh dari kediaman saya so mulai dari hari ini saya tidak dapat lepak bersama kalian diteratak ini. Buat kalian jaga lah diri, and for my love. Take care, i misz u. Seperti katanya,selagi ada cinta selagi itulah ada kita.

Photobucket

Noktah

Wan_Hazel





No comments: