Salam
Ini pula kisah tentang jodoh.. Ada yang berusaha untuk nya ada jua yang hanya berserah pada nya. Benar jodoh itu telah ditentukan,telah ditetapkan siapa untuk mu dan siapa untuk ku. Namun, sukar untuk kita pastikan adakah dia untuk diri ini...yang perlu, kita kekal berusaha mempertahankan sebuah perhubungan cinta itu. Andai kekal itu lah jodoh kita,andai sebaliknya terimalah dengan redha,itu bukan untuk kita,bukan jodoh kita. Ada jua yang menyalahkan pasangan masing masing kerna tidak mempertahankan perhubungan itu,namun sewajarnya kita berfikiran terbuka mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita. Pasti Tuhan akan temui untuk kita selepas itu ialah seseorang yang lebih baik untuk kita, ingatlah apa yang terjadi ada hikmahnya..mengapa perlu bersedih,mengapa perlu menyalahkan takdir...andai difikirkan kisah cinta yang sebelum ini pasti agak lucu bukan..?renungkanlah..
Ini pula satu peringatan bagi yang mula bercinta dan yang pernah putus cinta..
"Apabila dirimu menyayangi seseorang,maka tinggalkanlh sedikit rasa benci untuk dirinya.Supaya dirimu tidak terlalu kecewa apabila dia tiada..Apabila dirimu membenci seseorang,maka tinggalkanlah sedikit rasa sayang buat dirinya kerana mungkin satu hari nanti,dialah yang akan membahagiakan dirimu.."
Ini pula untuk direnungkan dan difikirkan..
Betapa pun merananya cinta,akan selalu ada kenangan yang indah,biarpun lautan menjadi benteng pemisah antara dua jasad,namun ia tidak dapat menjadi benteng pemisah antara dua hati,cinta berlandaskan kecantikan akan pudar dimamah usia,cinta berteraskan pangkat dan darjat,akan hanyut bersama hilangnya kedudukan.. Dan cinta bersendikan budi akan mati bersama terkuburnya jasad..cinta pertama amat sukar dilupakan kerna amat indah untuk dikenang,tetapi cinta kedua dan seterusnya walaupun tak seindah cinta pertama namun ia boleh menjadikan diri kita semakin matang..cinta tetap cinta meskipun tak dapat bersama,segala kenangan akan terus hidup walaupun beribu tahun lamanya..
Kata nya pengalaman mengajar kita erti kehidupan...
3 comments:
mek suka entri tok.heeeee
memang penuh pengertian hehehe~
hehehe,,,penuh pengertian,,,thankz u all..
Post a Comment