Showing posts with label kata bermadah. Show all posts
Showing posts with label kata bermadah. Show all posts

Monday, January 19, 2015

Saya hanyalah seorang yang sudah dewasa



Assalamualaikum ...

Lama sungguh tak bersua .
Sebelum nie pun sekadar beberapa lembar patah ayat je yang saya nurkilkan.
Masih sempat lagi kiranya saya bercerita mengenai tahun 2014 yang rasanya begitu banyak langkah yang berubah ubah..

Lembaran kali ini mungkin sedikit panjang dari biasa . Masih sempat lagi jika kalian menukar bacaan kalian dari lembaran ini . Ya lembaran kali ini hanya sebagai diari yang suatu masa nanti akan dibaca pula oleh bakal zaujah dan anak anak . Insya ALLAH .

2015 menampakkan diri
Dan bagi saya
Saya tetap akan bertanya
Selepas ini kemana pula saya dicampakkan ???

Dalam kenangan lalu
2014 adalah tahun yang begitu banyak mengubah langkah kehidupan saya
Ingat lagi Doodle story  ..
Ingat lagi Tutorial Photography 
Ingat lagi Tutorial Adobe Photoshop , Freebies Doodle dll


April 2014 .. Salah satu titik perubahan dalam kehidupan . Bekerja dengan salah sebuah IPT sebagai marketer ( Education Counselor ) namun kerjaya ini berakhir dengan konflik yang mungkin hanya akan aku simpan sebagai pengalaman . Pahit manis dalam setiap langkah sehingga akhir tahun 2014 menjadi salah satu corak yang rumit dalam biodata kehidupan .

Dipindahkan ke Kuala Lumpur untuk latihan selama 2 bulan. Ya kali pertama berjauhan dirantau orang . Tidaklah seindah perkhabaran , tidaklah seburuk gambaran . Bagi yang tahu akan tahu dan bagi yang tidak pasti akan bertanya . sepanjang tempoh 2 bulan disana , saya ditempatkan di puchong kampung No 14 . keadaan sesak yang hari hari dilalui . kadang rasa bosan kadang rasa marah kadang rasa hairan .. Kemana semua kenderaan bersesak sesak . Hingga rasa sekelumit simpati buat mereka si penunggang motosikal . Bila hujan mereka akan berhenti dibawah jambatan.. apatah lagi ada diantara kenderaan besar tidak menghiraukan mereka si penunggang motosikal.. dijirus air dengan rakus nya.. Alahai... Apatah nasib mereka selepas itu .. Jika ada lorong lorong motosikal itu sudah cukup baik .. Namun kadang banjir jua dibawah jambatan bagi lorong motosikal . ok cukup ..

Sejak saya mula bekerja , Banyak perkara yang saya mula hentikan .. Tempahan dari semua , freebies , mengarang entri diblog , photography semua terjejas akibat dari kekangan kekangan masa . Ya ... Siapa yang tak terasa sedih meninggalkan beberapa perkara yang menjadi "income pasif" suatu masa dulu . Hidup ini biasalah .. kadang jika tidak diberikan rezeki itu.. Maka Allah dah sediakan seribu satu rezeki pada tempat yang lain ..




Alhamdullillah ..
Kini saya sudah berkereta sendiri  . Sebelum ini hanya dengan kereta keluarga . Selepas ini mungkin mahu mendirikan masjid pula .. Insya ALLAH .. Doakan semoga semua dipermudahkan .. Bertemu jodoh dipanjangkan jodoh dengan yang baik baik .

Setinggi gunung pun tak kan dapat menyamai rasa syukur ku ..

Kini saya bekerja dengan sebuah syarikat yang lebih menitik beratkan pekerja .
Bagi saya dari dulu hingga kini

Biar terlihat biasa biasa saya suka ... >.<

Insya ALLAH dilain lembaran saya akan berkongsi lagi perihalyang seterusnya ..



.








Friday, July 18, 2014

Ramadhan semakin menjauh . . .




Assalamualaikum

Sejuk kekadang berkabus..

Aku duduk disudut jendela bas 
Berpura memandang ke luar tingkap
Menyembunyikan terjunan air mata yang laju sekali.
Ketika itu juga aku disentuh rindu yang paling dalam.
Tika dibuai rindu, 
Emosiku menyentuh di dasar paling rendah yang pernah dicapai dalam hidup ini.

Rindu akan keluarga ..
Sekadar meratap kepingan gambar dan kiriman warkah berbentuk maya. 
Pandanganku berkaca kaca. 
Satu persatu manik cairan menghentam kepingan yang sedang terbuka. 
Dengan pantas aku menggosok kelopaknya, 
Aku meneruskan bacaan mengawal sesak didada, 
Memaksa semua kabur pandangan tulisan ditancap mata.  

Entah mengapa saat semakin mengakhiri Ramadhan aku akan mula rasa keseorangan Sedangkan ramai teman yang sudi berkongsi perasaan malah luahan.
Mungkin aku sedikit malu berkongsi bersama teman realiti 
Dan biarlah aku memuntahkan rasa disini kerna aku tahu kalian hanya sekadar menerjah tulisanku dan bukan hatiku yang bertengek didahan yang rapuh..


"Wan..tauk sik kitak cuaca time pagi raya 1 Syawal ya mesti sama dengan Cuaca 1 Ramadhan..."

"Eh pa mek rasa cam biasa jak o..Pa lah kitak rasa??"

"ya kitak..sik posa mena..Mek dapat rasa eh..1 Ramadhan tok lain sikit..Cuaca nya hening jak..Sejuk..Terasa gilak Rahmat ALLAH ya datang mencurah curah..And mun tak rasa juak 1 Syawal dengan 1 Ramadhan tahun depan kelak...Cuaca nya nang lain...nak orang slalu madah..Bulan Ramadhan tok AlLLAH bukakkan pintu Syurga seluas luasnya and nutup pintu neraka serapat rapatnya"

"hahaha...mena ka..Insya ALLAH mun umur panjang dapatlah mek merasa cuaca ya lak o..Aamiin"


Sejak detik itu, aku tak pernah tido di pagi 1 Ramadan..
Sejak itu jugak 1 Ramadan bagi aku sangat bermakna..
1 Ramadan dan 1 Syawal lebih membuatkan aku insaf..

Terima Kasih .
Kerna mengingatkan aku…
Cuma kita tak merasakannya…

Ramadan berulang lagi..
Keseorangan..
Tanpa sesiapa..
Tahun ini benar benar membuat aku bertambah sayu.

Salam dari kejauhan
Salam perantauan

Mungkin Ramadhan kali ini
Nostalgia Ramadhan terakhir buat kita. 
Barangkali... 







.




Saturday, October 20, 2012

Owh...Siapakah yang bertuah itu... :)

.



Assalamualaikum..


Aku seringkali bertanya. Bertanya itu dan ini. Namun , Kadang yang ditanyai itu bukanlah yang benar - benar dimaksudkannya. Benarkah aku "benar-benar" bertanya? Atau sekadar mengisi ruang kosong. Atau sekadar menghabiskan sisa rindu . Jika kiriman pesanan ringkas itu alat penghapus rindu terlampau murah lah harga sebuah kerinduan.. Jeda..


Hari hari ku kini ibarat menantikan untuk mengkagumi keindahan langit petang bersama pelangi ciptaan, yang tidak pernah tamat. Persisnya, begitulah lagaknya diriku, yang masih mentah untuk mengenal sejauhmana kematangan diri dalam meniti hari - hari di dunia ini. Walau terasa sejumlah besar hati ini terlalu sensitif pada patah patah kata yang terluah mungkin kerna angka hidupku sudah melepasi 24 tahun... Atau sayang itu semakin merebak .

Aku tidak seperti orang lain. Tidak mempnyai impian dan harapan yang tinggi. Tidak juga terlalu spesifik.Cuma rindu itu semakin berkarang dilubuk hati.. Dia mungkin tidak pernah tahu..Ya.. tidak pernah tahu...


Sudah menjadi lumrah hidupku bermain dalam angan , menjadi pengarah dalam angan ku , aku yang mengarah aku jua pelakon nya.Angan ku itu berupa harapan dan boleh jadi ia sebuah Doa hadapan ku.Aku mahukan sebuah rumah yang indah lanskapnya. Mungkin dipagari dengan pagar kayu yang bersilang dengan tona warna kayu yang alami. Punyai tembok dinding yang kasar dan berbatu. Punyai pohon pohon hijau yang rendang , Pohon bunga kertas pelbagai warna , boleh bersemayam atas selasar pangkin kayu. Waktu itu, aku dengan DSLR ku dan dia Suri hidup ku...


Owh...Siapakah yang bertuah itu... :)







.






Sunday, October 14, 2012

Kerna pada hari ini hati itu lebih penting dari silaturahim

.




Assalamualaikum...


Bila mana aku terlampau gembira.. Aku cepat cepat beristighfar .. Hujan pagi ini di daerah Samarahan Sarawak..Rahmat ALLAH yang begitu bernilai.. Tanpa hujan manakan hidup pohon pohon yang mendamaikan dan tanpa air mata manakan teguh iman didada ...


Seketika aku terkenang , tahun ini, ketika khutbah Hari Raya AidilFitri di tempatku, Imamnya sebak apabila membicarakan tentang kepermegian Ramadhan.Bayangkanlah, imam itu memberhentikan seketika bacaan khutbahnya apabila menuturkan sepangkal ayat


"Adakah kan ada lagi Ramadhan untuk kita pada tahun hadapan"


Entah mengapa, pada ketika itu aku begitu sebak hingga menitiskan air mata menuruti air mata yang turun bersama beberapa para makmum yang lain.


Dan sepanjang Ramadhan itu bagaimana setiap doa ku berlalu dengan pelbagai nikmat yang ALLAH berikan.. Di datang nikmat SAHABAT , Diambil nya kembali beberapa nikmat . Dan didatang dengan pelbagai ujian.. Sehinggalah kehari ini.. Dimana aku yang kini sedikit sebanyak memperjuangan ISLAM .. AGAMA ku .. Semoga AGAMA ku bukan hanya kerna atau pada nama ku.. Dan bagaimana secebis Doa ku pada waktu itu berupa hadiah yang bernilai dalam hidupku pada hari ini.. Ku mohon ke Redhaan MU YA ALLAH.. Dan biarlah ia seiring usia ku .



" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan 
"Kami telah beriman" 
sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan, sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang Benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang Dusta. "  
Al – Ankabut : 2-3


Dan aku kekadang risau..


Benar kah perbuatan yang baik itu hanya untuk orang yang selayak layak nya.. ??


maka apa yang aku lakukan sepanjang ini adalah sesuatu yang terpesong dari AGAMA ku... ??


Jika benar , selepas ini hanya untuk SURI ku sajalah yang layak .. dan keluarga ku..


Belajar lah menasihat diri dan memperingati diri kalian sendiri ... Kerna pada hari ini hati itu lebih penting dari silaturahim ... Jika Rumah ALLAH itu tempat dimana kita memperkukuhkan Silaturahim namun pada hari ini , setiap kali usai solat ..semua pasti berlalu terus tanpa bersalam teman yang saling mengingatkan... 


Renungkan..






.




Saturday, October 6, 2012

adakah perlu ditolak atau ditarik

.




Assalamualaikum...


Seteguk demi seteguk kopi panas ku hirup.. Padahal ulser masih tegar menyewa dicelah lidah..Argh.. sakit saban hari , menutur kata lagi kan payah apatah lagi mengunyah makanan..Alhamdullillah hari demi hari yang hampir dua minggu ulser semakin hilang.. Lepas nie boleh makan dengan kadar maksimum..


Tatkala mata terpana pada pintu bilik justeru timbul kisah yang membuka mata hatiku.. Perjalanan rutin yang biasa kita lalui namun bagiku ia ada kisah yang tersembunyi.



Aku berjalan dengan Puan Arisita ..Tiba tepat di depan pintu puan Arisita membuka kunci pintu ..ditolak tolak dengan penuh semangat sambil memulas tombol pintu..Cubaan pertama masih tidak menampakkan hasil..Cubaan kedua tetap sama.. cubaan ketiga ..tombol pintu dipulas dan puan Arisita menarik daun pintu... Kedua kami berpandangan.. tergelak kencang ..


"Kitak bena juak , Pintu ditarit keluar bukan di tolak... nie lah dapat" sambil tergelak puan Arisita menutur tiap baris kata ... (awak betul jugak, Pintu yang ditarik tapi ditolak manalah dapat)


aku... hanya tergelak...


Dan sebegitu jua lah kehidupan nie..kadang kita asyik menolak nolak untuk mendapatkan sesuatu padahal bila kita melepaskan tolakan itu pasti sesuatu itu akan datang.. Boleh jadi sesuatu itu datang dari tempat yang tidak kita duga... disekeliling kita yang hampir setiap hari kita melalui nya.. dan kadang kadang jua kita perlu menarik dari menolak.. Bagaimana pula hendak menariknya dalam kehidupan.. Jawapan ku mudah.. kau iklhas kepada ALLAH .. ALLAH akan berikan cintanya kepada mu..


Sekuat mana pun kita berusaha jika sesuatu itu datang dari laluan dan cara yang bertentangan semesti nya segala galanya sia..


Pabila mengenangkan semua ini. Terasa begitu kerdil diri aku di sisi ilahi. Banyaknya dosa yang menggunung. Terlalu kecil jasa dan pahala yang kulakukan.  Setiap orang diuji dengan cabaran yang berlainan.Mohon kita restu keinsafan daripada yang KHALIQ. Andai kita tahu, betapa besarnya rahmat tuhan itu, pasti ramai yang mengucap syukur nikmat Tuhan sepanjang masa. Semoga aku diizinkan menjadi insan yang lebih baik daripada yang dulu.Bukannya menyimpang jauh dari diriMu. Kerna itu jualah aku akan melihat dahulu dari bertindak terus.. adakah perlu ditolak atau ditarik...


Mengapa ya, semua perkara yang berkait rapat belakangan ini seperti mahu membuatkan aku menangis terharu. Sudah lama aku tidak menangis hiba. Arghh beginilah menjadi seorang yang begitu Melankolik.


Diri ini merancang dgn cita cita tapi Allah merancang dgn Cintanya.. Aku amat terkesan dengan kata kata ini..





.



Tuesday, September 25, 2012

25 september

.



Assalamualaikum...

Syukur aku disini.Kini usia ku menjangkau 24 tahun.Setiap hari adalah hari-hari yang sarat dengan ilmu yang baru. Insan-insan yang aku temu punya laut ilmu yang harus aku ceduk satu persatu. Lalu dicurahkan kembali buat telaga kering yang tergali. Bukan jua hanya untuk ku , malahan biar kalian bersama mencapai nikmat ilmu yang ada moga nanti menjadi yang soleh dan solehah..Semoga ALLAH redha.

Terima kasih semua kerna memanjatkan lafaz "happy bday" hinggakan kadang aku mula risau kerna suatu hari nanti aku tidak pula melafazkan perkara yang sama kepada kalian... Untuk kalian semua

Jazakallahu khairan kathira ..

Saat aku melayari madrasah pengalaman , pelbagai peristiwa yang aku lalui.. Lebih lebih lagi ditahun ini.. Di saat Ramadhan yang lalu dan aku lah salah seorang yang kira nya beruntung mengahadapi liku liku Ramadhan di tahun ini.. Alhamdullillah aku tidak tersungkur di pintu terakher Ramadhan...

Putaran masa tu buatkan kita rindu..dan rindu itu buatkan kita berfikir . Adakah yang semakin hampir dengan kita Kiamat atau kematian dan adakah kita risau akan kematian/kiamat atau kita risau akan IBADAH kita yang masih belum cukup...


Hingga saat ini aku berpegang dengan satu ranting ayat yang teguh "Jika Kita kejar Cinta ALLAH Insya ALLAH ..ALLAH akan beri kita cinta yang terbaik .."


Aku sering bertanya diri..Dimana letak kehidupan sebenar ku..??atau aku hanya berfikir


 Owh ..Rupa nya aku sudah 24 tahun... :)



.



Saturday, September 22, 2012

Pautkan lah jua rindu ku ini pada MU ..

.

Photog : wan hazel|Sony alpha a55

Assalamualaikum...


Suatu masa Dulu aku pernah berjanji, bahawa tidak akan ada lagi coretan sebegini , tak akan sekali lagi aku mencalari teratak ini. Dan hari ini malahan hari hari yang lalu aku memungkirinya dengan karya hati . Ya ,kerna aku tahu cinta bukan permasalahan dunia untuk dikongsi kongsi.. Dari sepuncak ubun ke tumit kaki, aku merendah diri agar maaf terlurut dari hati. Dan kini baru ku tahu siapa aku untuk menolak fitrah ini.


Usai ku melurut wajah ku dengan tadahan doa yang hanya akan ku kongsikan dengan Si Pemilik cinta , Maha Suci ALLAH . Detak jantung ku berketuk beribu sesaat membuatkan jalur nafasku terputus-putus. Berbatuk aku menjahitnya semula . Segala jari tangan dan kaki berjangkit pucatnya wajah, jentera darah segan berkejaran. Aku terketar-ketar menggigil kedinginan.  "Demam apa pula kali ini"  Rungut hati ku melipat sejadah subuh ku..


Tuhan, Kau lebih tahu pedih yang kulalu. Butir kilauan cilik yang tertampung sedari tadi di bucu mata, lambat mengesot. Lalu membasahkan permukaan bantal yang menanggung kepala. Jika demam rindu ini menghapuskan dosa dosa ku dengan linangan air mata ku , pasti saja ku ikut rentak nya , namun aku khuatir demam ini usikan syaitan yang berkerangka di dasar hati ini.. Ya ALLAH aku benar benar rindu pada nya . bukan pula aku melebihkan rindu ku pada MU.. Aku hanya hamba MU yang hina disisi MU.. Sesekali aku tarbiah kan diri dengan kematian semakin aku rindu dengan Cinta MU.  Dan semakin itu aku gusar Diam Diam simpan cinta ini kerna ALLAH.


Andai benar ini rindu ,cukuplah perasaan ini ku kirim melalui doa ,biar rasa ini berlagu dihati .. ku coretkan dalam warkah sepi yang isinya cuma ALLAH yang tahu.. Jangan kerna aku , kau gugur dari perjuangan mu mencari redha NYA .. Jangan kerna aku , kau terus lena dalam kealpaan dunia...



Ya ALLAH Pautkan lah jua rindu ku ini pada MU ..




.





Wednesday, September 12, 2012

Aku yang mencari NUR didalam diri

.


Hidup kita nie bukan sekadar mencari cahaya ketika gelap..
Tapi kita mencari NUR didalam diri .. 

Assalamualaikum..

Berbakul bakul masalah yang aku cuba halakan terus keruangan tong kitar semula "delete" . Rupa nya menyelesaikan masalah kalian lebih mudah dari menyelesaikan masalah sendiri..


Selirat ragaku meluruh, syahdu. Sungai tangis di pipi tidak terempang lagi. Andai kuselami irama sendu itu, semestinya dapat kubaca perasaan, bahawa bukan dek kepudaran sudi yang rajukkan lafaz kata.Mungkin inilah kalimah yang sedang dibisikkan ALLAH kepada ku..Diam diam ALLAH aturkan segalanya ..


Meluah disini bukan bererti aku tidak pernah mengadu dengan ALLAH..Cuma aku ambil sedikit langkah agar bisa ku luahkan apa yang tersirat kepada yang tesurat.Terkesan jua sang hati bila segalanya terperuk didasar jiwa...Moga moga ada manfaat yang bisa ku ukir untuk tatapan bersama..


Belakangan ini aku sering memanjangkan masa solat ku. Biar tenang jiwa ku menghabiskan masa bersama ALLAH. Walau kekadang khusyuk ku diuji oleh lelaci lelaci memori ukiran kehidupan..Aku percaya akan hikmah dan ujian Mu .. YA ALLAH jika kau tarik nikmat bahagia ku jangan pula kau tarik nikmat CINTA KU PADA MU.



"Kau mahukan kejujuran ini yang tiada manis nya atau 
kau inginkan kemanisan saat bile waktu sesuai untuk jujur??"


Aku sendiri hampir hilang akal.. Tatkala perasaan ini kalau di layan mungkin boleh jadi permainan syaitan. Tapi tatkala kalau kita berpisah untuk 3/4 tahun. Dan Saat Allah temukan kita smula dengan sebab sebab DIA sendiri itu lah yang dinama kan . "RAHSIA ITU MANIS"........

Kita belajar dalam madrasah pengalaman bukan sesaat dua tapi bertahun tahun.. Semoga terdidik hati ini..Dan percayalah jodoh itu rahsia ALLAH .






Tak ternilai doa seorang yang diam diam simpan cinta kerana ALLAH..




.



Sunday, September 9, 2012

hakikat itu lebih dari 10 000 langkah

.




Assalamualaikum....


Sebelum berangkat tadi, sempat kucongak ke atas merenung bentangan yang sebiru laut, tercari-cari di mana letaknya rembulan. Cahaya mentari mula mengukir senyuman mencurah curah menyeliputi segenap lapisan dunia Bumi kenyalang..Alhamdullillah , cahaya nya tidaklah seterik nama nya , seakan mendung pagi ini..


“Tuhan. Setiap langkah ini, hujankanku dengan ilmu. Matikan aku di jalan redha-Mu.”



Acap kali menuturkan khalimah di atas, Pasti aku mula mengarang setiap bait bait ayat untuk ku lafazkan di warkah maya ini. Begitu juga setiap langkah kaki ku. Percayalah, Ia bukan permainan hati. 10 000 langkah seperti sepelaung jaraknya. Aku tak pernah teruja berdoa sambil merenung langit . Sehinggalah aku ditemukan dengan beberapa kalangan orang yang baik hatinya.. MAHA suci ALLAH.. aku melihat segala yang kau ciptakan ..ketahuilah aku takkan sekali lupa diri MU. Mari renyukkan suara sumbang yang menuduhku mengikut buta. Nama MU juga contohi akhlak mulia. YA ALLAH..




Mutiara masin mula terjatuh di wajah ku.. Ingin saja aku menamatkan langkah ini .. Hampir pelbagai langkah ku gubah untuk menamatkan 10 000 langkah ini.. Dengan jalan mengundur yang hampir terbabas , dengan langkah ku seakan ketam .. aher sekali aku mencuba acara lompat kijang.. melompat seakan anak anak kecil yang keriangan ...Argh.. jangan diragut semangat ku ini..

Langkah ini memberi beribu pengetahuan lebih dari 10 000 langkah yang ku lalui..dan baru ku tahu


" Meminta pertolongan itu lebih susah dari memberi pertolongan.."







.









Friday, September 7, 2012

"KALAU" Tidak jua susah namun penat saban hari

.




Assalamualaikum ...


Salam Jumaat.. Ramai yang tak sabar sabar nak bertemu Jumaat kan apa tak nya esok nak Cuti dan ada jugak yang tak sabar sebab nak solat jumaat..Jumaat kan penghulu segala hari.. Aku pun sama walau dalam minda separa sedar takutkan jumaat.. sebab ape?sebab KIAMAT akan terjadi pada hari Jumaat..Tak meriau darah dengar?? Ah.Pentas kehidupan , dunia ini umpama syurga bagi yang tidak berfikir untuk akhirat... Tak pe tak pe.. Biarlah terasa ..  :)


Usai solat asar aku mencapai secawan nescafe yang tadi nya sudah terbancuh sebelum solat jumaat lagi..Sejuk ,tidak lagi panas.. Seteguk demi seteguk aku menghirup .. Sambil aku menerka apa yang bermain diminda . Sambil aku bermain dengan butang anak panah bulat di penjuru atas applikasi carian google "refresh page".


Terpetik rasa hati kali ini untuk melafazkan warkah tak bersuara diteratak usang yang semakin sarat menunggu roboh.Padahal berkali kali entri nie terbiar kosong.. Hendak diteruskan atau dibiar tersimpan didalam kotak yang bernama "Draft" .. KALAU difikirkan rasa tak berapa nak penting plak.. Ahhh.."KALAU" lagi.. sekadar hendak melepaskan tanggungjawab... ye lah kan "KALAU" ..


Kali nie baru ku tahu menjinak KEDEGILAN itu bagai mengopak balak dengan kapak.. Kadang hendak saja ditetak biar patah..Tapi sudah menjadi tugas untuk ku membentuk mereka terus ke arah kejayaan.. Bukan sekarang hasilnya yang pasti semua nya berbaki baki untuk masa hadapan.. Sayang kekadang KALAU itu selalu dijadi tunjang mengelak tugas..


Buluh itu hendak ku lenturkan terus risau pula akan patah dipertengahan.. biar kuning warnanya tua pasti tetap akan ku lentur jua .. Hendak ku lentur dari rebung tidak pula kesampaian.. Maka aku ambil jalan mudah melentur dengan penuh kesabaran ... Insya ALLAH pasti berhasil.. Aku percaya Jika niat itu kerna ALLAH pasti ALLAH memudahkan apa yang payah dimata hamba NYA..


Menjinak KEDEGILAN itu bagai mengopak balak dengan kapak, Tidak jua susah namun penat saban hari..


Entri ini dituju terus biar terpana tembus dimata hati sang pembaca... ah..kan kan "kalau"

Nak tahu sapa degil..tanya diri


.








Thursday, September 6, 2012

NUR ..Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki,

.



Malam ini , sujudku kian berlagu sendu, membuat sejadah berlecun air masinan mata walau sekuat hati ku cuba mengukir manisan diwajah. Tak tahu apa lagi yang mesti dipinta dari Si Maha Mengetahui yang tahu keberadaan ini. Terasa berbongkah-bongkah besi berdiri di atas bucu yang merodok bahu.Adakah hakikatnya hajatku tak punya cahaya lagi.. Gelap..


NUR ..


Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki,
-potongan ayat surah an nur


Hakikat. Yang kadang-kala sentiasa tidak diambil pusing oleh mereka yang selalu menadah tangan, meminta itu dan ini dari hadrat Nya. Sedangkan permintaan itu tidak dicermin dulu dengan kaca muhasabah. Begitu jua lah aku..


Bila mana Doa yang ALLAH tak makbulkan bukan bererti dia membenci . dan bukan jua bererti dia menganjakkan permintaan itu untuk kesekian hari nya.. ALLAH menguji hamba Nya dan memperlihatkan kekurangan diri.. dan memberikan ruang untuk kita berfikir kekurangan diri..


"Ya ALLAH lembutkan lah hati dia yang terlalu garang bagi ku" 

Walau makbulnya itu bersilang dengan pintaan, ikhtiar ini menjadi asbab.


Tanpa henti mulutnya menyumpah seranah diri ini.. Aku tetap sebegitu. Masih tenang dengan mata tertunduk ke lantai. Ugh. Mujur bahu yang ditunjal-tunjal. Kalau dahiku yang jadi mainan, entah mungkin tunggang terbalik meja di depan ni agaknya. (istighfar). Mengapalah aku ditempatkan sekelas dengan nya..errr..

Terasa sungguh bersyukur, dengan hadirnya sejuk di dada dikurnia Dia.


"bodoh"

"Gila"

"lembat"

"Tolol"

"Tak kuasa aku "


Sehinggalah satu saat aku terkesan mengapa Doa ku tidak termakbul.. Rupa nya dalam jiwa ku hampir hilang rasa "SABAR" .. YA ALLAH .. indah sungguh pengaturan Mu.. Baru ku sedar dahan kesabaran ku semakin rapuh..


Sesungguhnya, apa yang dipohon belum tentu terbaik buat diri. Dia selayak mengerti apa yang mampu dipikul tubuh. Tak perlu ku ulang lagi. Dia memang Maha Mengetahui.

Comelnya Janji ALLAH..





.



Thursday, August 9, 2012

Aku si pengemis mimpi

.



Assalamualaikum..


Saat mata terpejam,disaat itu angan ku terbit...Mula mencipta bongkah bongkah kebahagian rekaan yang penuh pura pura atau senang dengan samarannya yang bernama "PLASTIK".Suasana dalamnya penuh dengan permintaan yang bisa kutunaikan,yang mampu menciptakan setiap impianku.jarang untuk ku berfikir secara rasianol,kerna disitu ku tahu,itu alamku,tempatku,,,bukan sama sekali tempat kamu,tempat itu hanya singgahan kamu yg wataknya aku ciptakan,yang aku perwatakan,yang aku berikan dialog,seolah olah disitu,akulah pengarah.akulah yang mendondangkan syair permainan hati,tanpa bantahan,tanpa sempadan,dan tanpa menunding jari walau sesaat.


Kian lama ku bernaung di alam angan angan.kini lena mula menjemputku.membwaku berlayar,entah kemana,bukan inginku,dan bukan jua pintaku.kadang kadang di ajak nya ku pantai,ke hutan,malahan ke laut,hampir terlemas aku,tercekik tanpa udara secara am nya,oksigen secara khususnya,namun kekadangnya aku tak mengerti,kemana nya membawa aku berlayar.Merantau,aku terlalu asing berhadapan dengan suasana yang sukar untuk kutafsirkan.Mungkin ini yang dinamakan permainan tidur..."mimpi".Aku terlalu kekok berhadapan dengan suasana dialam mimpi.Seakan nya aku dijadikan dagang yang merantau,disini bukan aku yang memerintah,bukan aku yang mengawal semuanya.kian wujud diri kamu,malah kamu,kamu dan juga kamu,hidup dalam alam mimpiku,sekadar menyinggah atau aku yang merantau jauh menyinggahi alam mimpimu.aku tak pasti.



Tersedarku disekerat mimpiku,dipertengahan jalan mimpiku,kemudiannya,aku cuba memejamkan mataku.mengingatkan kembali pada mimpiku,ingin saja niat hatiku menyambung rangkap rangkap mimpiku,namun disaat terlena ku semula.aku dibawa menerjah ke destinasi lain.jauh melencong dari yang sebelumnya...


Aku sering bermimpi dia berulang kali..Ya ALLAH jika ini mimpi kesejahteraan ,kebahagian , jodoh dunia dan akhirat yang kau beri ..ingin sekali ku, KAU makbulkan namun jika ini mainan syaitan dalam lamunan mimpiku maka jauhilah aku dari nya..Aku hanya si pengemis mimpi..












.




Saturday, May 19, 2012

Saat hatiku termenung (2)

.


Assalamualaikum...


Kekadang segala yang ingin aku lupakan berputar kembali dalam angan. Sejauh mana pun aku berjalan, Bertahun lama pun masa yang berlalu ingatan itu pasti wujud..Sering kali aku jadikan teratak ini sebagai penghapus rindu namun segala ruang yang ada mencampakkan aku lagi ke dalam cerun kenangan lampau...Pernah seketika dulu aku biarkan teratak ini bersawang.


Ramadhan tinggal beberapa  bulan saja lagi.Semakin hari semakin takut untuk ku melangkah. Walau sudah bertahun tahun pemergian Sasha , Detik hitam itu tak pernah padam walau secebis zarah sekalipun..



"Shasa ,Saya tak setabah awak". 


Andai diri ini hilang pertimbangan ingin saja ku gores besi tajam mencengkam pergelangan tangan. Kenapa Tuhan beri ujian sebegini berat..??? Apa hikmahnya Ya ALLAH?.Mungkin aku bukan penikmat garam yang "TEGAR"..Rasa hati ingin saja dihempuk kelibat perasaan aneh yang terpampang dimaya fikiran..Tapi aku bukan sekeras tukul besi berkepala besar.Seketika aku hilang ketenangan, meronta ronta menyalahkan takdir seperti hilang Agama , hilang iman didada..


Andai hari ini aku bisa saja gerakkan setiap saat pasti akan ku undur setiap detik yang berlalu.Pasti saja aku hilangkan setiap pertemuan bersama nya agar aku tak merasa siksanya terseksa.Namun segalanya sudah tersirat dan tersurat . Hampir berpuluh kali aku draftkan entri ini menunggu untuk dipersembahkan. aku mengeluh, berkerut wajahku sebentar. Terhentak hentak rasa hatiku seperti mempunyai sepasang kaki. Keluhan aku berpanjangan namun tiada riak yang terhasil, kali ini aku biarkan suasana menyelami aku.


Bukan aku hendak menolak atau aku hendak mempersoalkan perancangan Allah..Tapi sukar untukku terima kenyataan..Hakikat yang hari ini bukan mimpi...Yang hari ini mesti diteruskan seperti biasa..Aku sering bertelagah dengan minda.."mengapa aku di uji sedemikan rupa"..Mungkin bagi kalian senang hendak memuntahkan kata dari mengalami..Atau aku  tak setabah karang dilautan..Sapa yang mengerti??


Benar perpisahan itu punya nikmat yang perit..Dan perpisahan antara dunia dan alam seterusnya punya perit yang lebih..Mungkin perpisahan jarak atau tempat mampu berikan kita perit yang mendalam..Bayangkan perpisahan untuk selama lamanya di dunia..Tiada sapa yang mampu menduga bukan??Sanggup untuk merasanya??Jauh sekali tidak..
 

Kali nie biarlah Aku relakan pemergian nya dengan tenang..

Tabahkan lah hamba Mu ini Ya Allah..Biarlah aku mampu tersenyum seperti masa yang sudah sudah..Tapi janganlah Kau hapuskan kenangan ku.....

Al Fatihah..



Kisah rekaan



.




Sunday, January 22, 2012

Mengejar cinta Ilahi

.


Pagi ini sewaktu bangkit,sekonyong konyong kelopak mata dibuka, hati berderum tak keruan. Entah kenapa tiba tiba menangis bersendirian.Dada seperti dicengkam keluar wayar wayar yang berselirat. Terputus perintang pengawal arus, menjadikan nafasku sesak terbatuk batuk.

Aku rindu akan MU ya Allah...
Hindarkanlah aku dari hanya mengejar kesenangan Dunia..
Amin

Assalamualaikum...

Sekali lagi aku digegarkan dengan email yang bercerpenkan cinta (maaf andai ada yang terasa) . Dan kadang kala mata ku mencedok sedikit masalah cinta yang jadi ukiran diteratak kalian. Owh, kerana pedasnya entri aku kali ini,aku bersedia kehilangan pengunjung ke teratak ku kali ini, biar hilang separuh atau sepenuhnya traffic ke teratak ku kerna sebahagian besar pengunjung ku adalah kaum Hawa.


Bukan hendak meremehkan atau memperkecilkan kaum Hawa, tapi sekali sekala apa salahnya aku meluah apa yang ku rasa dari meludah muntah memendam rasa.


Mengapa masalah cinta perlu dikongsi ? Murah sungguh cinta bila cerita sendu hendak dijaja untuk tatapan umun atau perseorangan (menghantar email kepadaku). Atau begitu mudah mereka mencari lelaki yang entah emailnya diceduk dari mana dan menambah bilangan teman di laman sesawang MUKABUKU 'Facebook'. Tak takut terpedaya? Buaya dialam maya berencam spesisnya. Aku tidak menuduh sapa sapa memakai topeng, tapi yang bermuka muka lampau banyak jumlahnya. Juga siapa tahu aku juga buaya?. Siapa tahu bukan? Baik baik memilih teman. Betulkan dulu niat sebelum bersahabat.


Aku hampir gila bila memikirkan masalah cinta kalian jadi masalah dunia, rasa hampir kiamat dunia kerna permasalahan cinta lantas bermurung muka. (aku bukan tak hirau tentang cinta tapi berpada pada).


Aku lebih rela menangani masalah cinta dari kiriman meseg dan email terus ke ruangan tong sampah 'delete' dari aku bersikap hipokrit, kan itu lebih mulia dari membaca sebaris ayat dan membalas ringkas "Owh, begitukah? ". Atau "nanti ada cinta yang lain , sabarlah erk". (murahnya harga cinta... )


Itulah aku jarang hendak membaca masalah cinta di ruangan blog kalian. Apakah selesai ? Apakah berasa lega? 'rambut sama hitam hati lain lain bukan'.


Mengapa tidak kita kejar cinta Ilahi? mengapa tidak kita bersedih bila hilang rasa cinta terhadap Nya.. Mengapa kita hanya meminta ? Mengapa kita mengingati Nya bila kita rasa HAMPIR MATI..!!!..Memang payah untuk kita berhadapan dengan kenyataan yakni diri kita sendiri..


Setelah agak lama aku menyelami masalah kehidupan, ternyata aku telah pelajari sesuatu yang bermakna, belajar untuk bertindak lebih waras. Tidak guna emosi tapi guna akal. Walau tidak tahu menyelesaikan masalah kalian, menjadi pendengar yang setia sudah cukup untuk dihulurkan. . .Aku hanya seorang pelajar jurusan jurutera elektrik kuasa


Lain lain yang menarik

.



Saturday, December 17, 2011

Adakah kita semua yang berubah



Assalamualaikum..

Dulu masa dulu sering je dengar nyanyian dan sekumpulan keluarga ber shuffle di sekeliling rumah..Si ibu dengan tekun mengajar anak anak teknik ber shuffle yang betul..dari A - Z..Si ayah pula dengan lagak nya ber shuffle dihadapan anak anak, Si bujang pula dengan aksi yang lincah dihadapan si dara...Namum kini..semua nya hilang..Adakah kita semakin maju?? dimana pergi nyanyian kokokan ayam yang ber shuffle tekun mencari rezeki..Kais pagi makan pagi , kais petang makan petang..


Dunia semakin maju..teknologi semakin moden..Set sahaja bunyi kokokan ayam pada telefon...Ayam hanya untuk dimakan..Owh..Alangkah sedihnya jika si ayam membaca setiap baris baris kejam kata kata manusia...Namun itulah dasar kemanusian berperang teknologi justeru pemikiran dijajah ole minda minda yahudi..Adakah kita tahu atau kita semakin seronok dengan kemodenan.


Jari telunjuk pun berjalan, mengunjuk setiap baris baris kata Tuhan yang Esa (Al-Quran). Semuanya dibaca hati, tanpa sepatah pun bersuara. Walau anak mata bergerak rancak. Khalimah yang tercetak kadang membuat leher lenguh membengkok.


Sesampainya disuatu rangkap (bacaan ku punya pengertian 'arab ke melayu'),
sekonyong konyong cetakan itu kian berkabus.
Pandanganku berkaca kaca.
Satu persatu manik cairan menghentam helaian yang sedang terbuka.
Dengan pantas aku menggosok kelopaknya, aku meneruskan bacaan mengawal sesak didada, memaksa semua kabur pandangan tulisan ditancap mata.


~dan penghuni neraka menyeru penghuni syurga: "limpahkanlah kepada kami sedikit air atau makanan yang telah direzekikan Allah kepadamu", (mereka penghuni syurga) menjawab. "sesungguhnya Allah telah mengharamkan kedua duanya keatas orang kafir (Al A raaf 50)







Sunday, December 11, 2011

Saat hatiku termenung

.
Halwa telinga

Sayu sayu udara menyentuh pipiku. Saat ini aku terkenang kembali kisah lampau, hampir tujuh bulan sudah pemergian Sasha. Sasha seorang gadis yang sama kuliah dengan ku suatu ketika dulu. Menetap di Mukah dan belajar di Kuching. Sengaja ku lakarkan bicara bisu diteratakku ini, bukan untuk berkongsi penderitaan cuma untuk melepas keluhan rindu dihati.

Tanpa kusedari, dipipi mengalir air mata, menitis membasahi papan kekunci lappy ku. Aku terlampau cengeng ketika ini. Teresak esak nafasku.
Hampir sahaja aku melarikan pandang dari teratak ini.


Beberapa bulan jua aku biarkan teratak aku ini bersawang, syukurlah ketika ini, teratak ini dipenuhi kembali dengan kunjungan kalian. Dan senyum ku mula terukir,entah nyata atau palsu. Entah bohong atau benar. Aku biarkan luaran menjadi penghakiman sifat ku.


Ramadhan bulan yang amat mulia dan Syawal bulan yang amat gembira namun bagiku Ramadhan bulan segala seksa dan Syawal bulan yang benar benar merubah kehidupanku.


XXXXX

1Syawal, selepas Magrhib takbir raya bergema, sebaik saja keluar dari surau darul ukhwah aku segera mendapatkan telefon bimbitku didalam kereta.

Aku membuka telfon bimbitku, aku mendapati 10 pabggilan tak terjawab dari Wawa adik kepada Shasa. Entah mengapa saat itu hatiku mula kelu. Aku segera menelefon Wawa,

Berlatar belakang suara takbir. Wawa menangis.

"Abang Wan, kak Shasa dah sik da..."(abang Wan, Kak Shasa dah tak de)
cukup ringkas.

Tangisan Wawa sudah cukup meleburkan ego seorang lelaki.

Yang selama ini hanya meratap tangis dalam hati.

Aku sebentar mencongak dada langit, menyeka air mata yang mengalir. Sukar untuk ku gambarkan saat itu.


Innallillahi wainna ilaihi ra ji' un. Hanya itu mampu ku ucapkan.

Dari Dia ia datang kepada Dia ia pergi. Itulah selayak layaknya.

Pada siapa ingin kutuju. Susah benar aku berada jauh dari nya. . .


XXXXX

Pagi Syawal, merubah aku dari seorang yang gembira kepada yang pendiam menyepi hiba. Sedih nya aku saban hari, membawa aku terkenang saat di bulan Ramadhan.


" Wan mun Sasha dah sik da lak, kitak jaga dirik ah"
( Wan kalaw Sasha tak de nanti, awak jaga dirik ah)


Aku hanya terdiam, selepas selesai berbuka bersama. Aku membawa Sasha ke klinik untuk pemeriksaan yang seterusnya.

Duka ku diselang senyum. Aku amat terseksa. Mungkin aku tak setabah Sasha, walau kanser yang menyerang senyum nya tetap terlakar.


Kanser tahap kritikal.. Sasha redha terhadap takdir nya. Namun aku sebaliknya. Jiwa aku terseksa, disetiap kali solat ku. Doa ku titipkan tanpa henti agar diberi kesejahteraan kesihatan terhadap nya.


Puasa yang ke 28, kuliah yang terakhir. Selepas berbuka, aku menghantarnya ke airport. Terdetik benar hati ku. Ini lah saat terakhir aku melihat wajah nya, gadis bertudung,wajah bujur sireh, dan senyum manja dari nya. Aku tikam jauh jauh fikiran itu. . .

Lambaian terakhir dari Sasha dan sekeping surat untuk ku.

"lepas tok mun umur panjang kita jumpa gik ah. Mbak Sasha g umah Wan k. Mok raya kat umah Wan wak."
(lepas ni law umur panjang kita jumpa lagi ah, bawa Sasha ke rumah Wan. Nak raya kat umah Wan gak)

XXXXX_


Saat ini, hanya tinggal aku keseorangan. Sukar untuk ku buka pintu hatiku terhadap yang lain.

Sasha tiada yang mampu menganti.

Peringatan buat Sasha.

Sasha,
Dalam hidup ini,
kau banyak mengajar aku erti kehidupan.
Ajar aku erti kesabaran,ketabahan,kejujuran,keiklhasan, dan kesetian.


Masih segar diingatan ku suara terakhir mu.
" Wan, kamek sayang kitak sampey bila bila"


'ST12_saat terakhir' Menjadi halwa telinga ku saban hari tatkala merindui mu. Aku tahu ini lagu kegemaran mu. Mengapa perlu pergi...Kau pergi jua,tanpa ku disisi mu. . .


Salam rindu buat mu.
Tuhan lebih menyayangi mu.


Bukan derita kau beri,
Namun ketabahan ku kau uji,
Bukan pilu yang kau tinggalkan,
Namun sebuah Cinta yang terukir yang kau tinggalkan,
Bukan tangis yang kau mahukan,
Namun senyuman yang kau inginkan,

Disini kisah,
Ada kisah yang terpisah,
Ada rindu yang tak sudah,
Dan kekecewaan yang kian bertambah,


Ku ukir madah gembira sebagai helah, Disebaliknya aku bukan itu, Tidak mengerti, Tidak mengetahui, Dan tidak memahami, Maknanya aku menipu selama ini, Kata ku, Aku gembira, Namun realiti nya bukan seperti yang ku kata, Maaf atas segala... Yang pasti itulah aku, Insan tak setabah dirimu. Wan Hazel



.
Fanfic untuk BBB
(kisah rekaan)


Lain lain yang menarik


.





Monday, December 5, 2011

Kerna aku jua manusia

.


Assalamualaikum..


Huh...aku mengeluh, berkerut wajahku sebentar. Terhentak hentak rasa hatiku seperti mempunyai sepasang kaki. Keluhan aku berpanjangan namun tiada riak yang terhasil, kali ini aku biarkan suasana menyelami aku, siapakah aku yang dihakimi sebegitu rupa. Jarang sekali aku berasa seperti ini, mungkin akibat terlalu terkilan. Mungkin terlalu menurut kata hati.

Pesan ibu

Jangan fikir yang lain selain pembelajaran.

Aku semat dalam dalam kata ibu, namun tetap tidak berhasil. Ah,anugerah aku barangkalinya,aku terlalu keras kepala.

Kali ini aku sering menyoal sistem penghakiman manusia dengan manusia. Ada silapnya pada penghakiman, dari mata kasar kita yang menglihat pasti adil bagi kita. Sebaliknya tidak bagi yang diadili. Aku berbicara kerna aku sering menilai, sering berbahas dengan suasana luar lingkup dimensi panca indra ku.

Aku begitu,kerna aku sering dihakimi, aku titipkan kata kata sahabatku, azrulnaim



Lain lain yang menarik

.



Tuesday, October 18, 2011

Jalan Kenangan Kuala Lumpur bahagian 2



.


Mood: Diruang Rindu

Sony Alpha a350 | ISO 100
Minolta - AF 100-300 xi F4.5-5.6



Assalammualaikum...


Belum hilang lagi bait bait ayat dalam entri "Jalan Kenangan Kuala Lumpur _Yeah dah balik Sarawak" , Masih jua melekat setiap butir dan patah perkataan yang tertera di medan fikiran...Selepas ini mungkin tidak berpeluang lagi untuk menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur, Entah bila lagi..Jika ada rezeki dan umur yang panjang pasti jejak kaki ini akan meninggalkan lagi bekasnya di Lapangan terbang Kuala Lumpur...



Ini kali kedua harapan Wan tak kesampaian dan tak berpeluang nak jumpa Kak WanSteddy, Jodoh tak kesampaian ada ada saja aral yang melintang masa.Kalau di ikutkan janji temu dah berbulan bulan dimenterai..Argh...Kapan lagi kita ketemu???Segala nya hanya bermain di angan bukan ditangan..


Kadang kadang apa yang Wan lalui dalam susur alur kehidupan Wan, segala nya buatkan Wan terkenang akan masa lampau..Kata orang patah tumbuh hilang berganti...Wan rindu sangat dengan Kak SriSufie...Rindu rindu..Kak SriSufie pertemuan kita tak pernah ada kan...Atau tak berpeluang nak jumpa..Jodoh pertemuan tak kesampaian...


.



Saturday, October 1, 2011

Seketika ...


.

Sony Alpha
Lokasi:Dalam kereta
Mood:??


Assalammualaikum...


A
kher akher nie terasa asing dimedan nie..Rasanya macam dah tak nak menaip dalam teratak nie..Padahal rindu tu semakin menebal.Mungkin aku bukan penikmat garam yang "TEGAR"..Rasa hati ingin saja dihempuk kelibat perasaan aneh yang terpampang dimaya fikiran..Tapi aku bukan sekeras tukul besi berkepala besar.


A
ku punya rasa dan aku punya hati..Aku sememang nya insan yang selalu bertelagah dengan ad-din dan jarang bertanya kepada Al-Khalik.



.


.



Friday, September 2, 2011

Syawal Di rai bahagian dua_manusia berfikir,tapi bukan berfikiran untuk kebaikan

.



Sengaja menggunakan kata ganti diri pertama Sebagai Abang Wan..

Salam Korang....


Salam Aidilfitri...Masih Syawal lagi kan..Camne duit Raya korang???Banyak???Abang Wan tak de Duit Raya koz dah Tua katakan..ahahha..Abang Wan kan...Mana lah nak dapat Duit Raya..Abang Wan pun tak bagi Duit Raya kat bebudak...Bajet kurang tahun nie..Eh bukan tahun nie je..Tiap tiap tahun pun kurang..Masih study..faham faham lah kene simpan duit untuk pembelajaran..Semester nie abang Wan akan ke Kuala Lumpur lagi , awal bulan 10 nanti..Hope adalah Wang untuk ke Sana..Kalau tak kerana exam makmal kat UTM Semarak abang Wan tak kan pergi..Oleh kerna semua nie..Abang Wan terpaksa..Berkorban sedikit untuk masa Depan.Dan harap masa depan Abang Wan terjamin nanti..Amin..Doakan Abang Wan taw...Terima kasih..Abang Wan ambek jurusan engineering electrical power utm


Kali nie nak story pasal kehidupan Masyarakat sekeliling kita..Kadang kadang kita tak pernah nak fikir pasal orang lain..Yang kaya pandang serong je dengan orang miskin.Kaya terlalu kaya , sampaikan duit puluhan ringgit rasa macam sen sen je.. Kadang terjadi gak kat diri nie..Orang kaya selalu kata.."Alahai bende yang harga Rm5.00 pun tak leh nak ganti!!"..Tapi dia orang tak pernah terfikir pun..Rm5.oo tu digunakan untuk beli atau simpanan dihari lain..Korang mesti macam tu jugak kan..Tanya diri tu..Jangan kerana kita ada semua kita padang rendah kat orang miskin..


B
ila dekat Raya macam nie..Mesti korang semua akan marah atau kecil hati kalau kalau kawan kawan korang tak datang rumah korang..Tapi pernah tak korang fikir kenapa dia orang tak datang??Kot kot dia orang tak de duit nak beli minyak..Kita nie manusia kan..Diberi akal untuk berfikir..Tapi akal yang Tuhan beri tu kita fikir ke arah negatif..Jangann hairan kalau bermacam je alasan yang dia orang beri.. Bukan nak mengelak tapi terpaksa.. Sampaikan korang label kawan kawan macam nie tak ingat kawan..lupa kawan.semua lah..Kedekut bukan bermakna seperti yang korang fikir..


Bila direnung balik masa lampau abang Wan nie..Abang Wan mula rasa..Alangkah indah nya kalau dulu abang Wan tak sia siakan masa belajar abang Wan..Dan mungkin masa nie abang Wan dah dapat kerjaya dah dapat jaga makan minum mama dan papa dan adik adik abang Wan..Ada hikmah untuk semua bende yang terjadi..Selagi abang Wan mampu berusaha, selagi tu lah Wan cekal berdoa..Berdoa lah berdoalah kerna sesuatu hari nanti doa kita akn termakbul..


Buat adik adik semua yang tengah baca nie..Belajar lah rajin rajin..Apa yang kita gapai masa nie..Itulah penentu masa depan kita..kalau kita malas..maka malas lah kejayaan menghampiri kita..kalau kita rajin maka rajinlah kejayaan tu tiba..jangan sampai suatu hari nanti apa yang korang inginkan dalam hidup pergi macam tu je.." Yang pipih tak akan datang melayang,yang bulat tidak akan datang bergolek ".





Salam kejayan dari Wan..

P
apai


.