Ketemu lagi diruang daerah ini. Maaf kepada kalian kerna baru sekarang saya mempunyai kesempatan dalam kesempitan masa untuk meng'update' ruangan blog ini.
Kehidupan ini susah hendak kita duga, pelbagai corak dalam perjalanan hidup kita, ada resah,suka dan pelbagai lagi, secara tak sedar kita,semua yang berlaku ada kaitan nya. Benar kata orang 'hidup ini umpama roda'_ 'what goes around will came back around'. Begitu lah seberapa dari kisah kehidupan yang saya harungi sepanjang ketiadaan saya di daerah ini. Ada kisah hendak dikongsi, ada pengalaman yang perlu disampaikan. Kata orang tua tua 'saya lebih dulu makan garam' erti nya yang sudah meningkat umur dari kita lebih tahu tetang kehidupan dan corak corak dunia namun kita tidak sedar, adakala nya yang muda lebih mengetahui dari yang tua, semua nya berkisarkan tentang pengalaman. Andai hari ini kita melalui denai maka tahu lah kita dimana itu dan dimana ini dari yang belum melaluinya. Entri kali ini sedikit sebanyak dari lakaran kenangan saya. Insya-Allah dilain hari saya akan bercerita lagi diteratak ini.
Ini pengalaman dalam kenangan hendak saya ukirkan. Sepanjang ketiadaan saya diteratak ini ada pekerjaan yang saya laksananakan. Agak penat, masih jua berbaki keringat kepenatan dijasad ini. Jadi disinilah saya bersandar mengukir sebahagian kenangan disamping menyampaikan sebutir demi sebutir nota kata dan lakaran wajah kepada keluarga yang jauh diseberang. Dengan harapan agar dapat menyelinap menyentuh dalam warkah kenangan ini.
Selasa, 07.07.2009 teratak ini saya tinggalkan. Dengan beberapa patah kata ucapan selamat tinggal buat sementara. Saya mula melangkah beredar ke kampung Asajaya, Sebandi Matang. Agak tenang kawasan nya, benar tiada hiruk pikuk kicauan hutan besi, jauh benar beda nya. Owh,hampir terlupa saya memberitahu pekerjaan saya. Saya ke kampung berkenaan bagi membantu Pak Ngah dan Mak Ngah saya (Haji Alihan dan Hajah Rahmah) mendirikan sebuah rumah. Dalam kepenatan ada kenangan manis terukir. Disana saya belajar erti kehidupan, sebagaimana keluarga yang tiada kemampuan meneruskan hidupnya. Benar benar kelihatan seakan 'Bersamamu'. Jenaka pula rasanya. Disini lah kediaman saya bersama ayah saya.
rumah dapur dan ruang tamu semua disini,hehehe
Masa berbaki seminggu lagi untuk saya melangkah ke semester kedua. So,wat masa seminggu nie saya akan kesana lagi bagi membantu apa yang patut.
Noktah
Wan_Hazel
I misz you my dear...
No comments:
Post a Comment