Wadah Madrasah Pengalaman: di antara dua pilihan itu Qada’ dan Qadar-Nya


Friday, September 21, 2012

di antara dua pilihan itu Qada’ dan Qadar-Nya

.


Assalamualaikum..


Rintis hujan , Rahmat ALLAH melimpah lagi dibumi kenyalang ketika ini.. Alhamdullillah. Seketika aku mengecilkan mata membiarkan apa yang aku lihat samar samar , Biar "berbokeh bokeh" pandangan ku. (Bokeh istilah photog bermaksud kabur yang diambil dari bahasa jepun) . Sepoi bahasa angin membisik ditelinga ku . Ya ALLAH adakah ini kiriman rindu MU padu ku , hinggakan ku tangkupkan wajah ku dengan tadahan tangan ku.. Ya ALLAH.. kau beri nikmat sebegitu besar pada penghuni bumi ini..


Belakangan ini aku sering memerhati perkara yang remeh , perkara yang sebelum ini aku lihat hanya sekadar debu dalam persekitaran kehidupan ku.  Seperti mana aku memilih antara dua pen yang setiap satu nya seiras rupa , namun satu nya masih berisi dakwat manakala yang satu lagi sudah kehabisan dakwat. Bagaimana setiap kali aku memilih dengan rawak kekadang pilihan ku tidak tepat lantas aku tidak boleh menyiat nyiat daging buku nota ku. Mata pena jua setajam mata pedang.


Saban hari aku akan memilih pen yang sama.. peratusan yang aku dapat 50:50 tidak jua ku tanda setiap satu nya.. 


"kali ini aku mesti berjaya" bisik aku sendirian dari tadinya aku sudah bersedia untuk memilih salah satu pen yang berada dalam bekas pensil ku.


Penuh keyakinan aku memilih pen secara rawak yang nisbahnya tetap sama 50:50 .. Tapi kali ini nisbah ku bertambah dari 50:50 menjadi 60:40 tambahan keyakinan ku... Bilamana aku menambah lafaz "bismillah" pilihan ku berubah secara total menjadi 70:30.Lebih mengembirakan setiap kali aku mencuba pilihan ku tepat .. 100:0 .. jadi bagaimana aku memilih?? ini lah yang aku pelajari dalam madrasah kehidupan..Subjek yang menguatkan peganganku pada Qada’ dan Qadar-Nya.


Dan begitulah jua aku melihat pada kehidupan yang sebenar.. Dalam kehidupan kita pasti akan ada dua pilihan malah lebih dari dua.. Setiap manusia pasti akan dihumban persoalan yang sama. "mengapa yang ini dan bukan yang itu" , "yang mana satu erk" , "kenapa yang ini dan kenapa bukan yang itu" .


Jika kita percaya pada Qada’ dan Qadar-Nya insya ALLAH setiap yang berlaku ada kemanisan nya... Jika ada yang bertanya.. "Bagaimana pula dengan Cinta?"


Adakah kalian hairan, bagaimana aku sendiri, saat ditanyakan oleh sahabatku,

"Wan, maaf tanya, kenapa kau memilih gadis ini?Diam diam simpan cinta kerna ALLAH"

Aku sekadar tersenyum. Tidak pula kujawab ianya kerna ALLAH, seperti yang 'cliche’ kita dengari.Aku mengucap syukur pada-Nya. Kerna aku sendiri belum pasti semua nya ... :)



Aku percaya dan yakin akan ketentuan NYA... jika betul pilihan dengan lafaz bismillah ku Insya ALLAH pilihan itu jua bernisbah 100:0 .




P/S: aku sendiri kurang faham apa yang aku ukirkan kali nie.. hahaha.. semoga bermanfaat ..




.



4 comments:

BeLLa said...

hahhaha sweetnye :D

miz ruha said...

betul.. setiap pilihan yang kita buat ade nisbahnya.. yang mungkin baik dan mungkin juga tidak baik..
sesungguhnya itu telah ditentukan oleh Allah.
cuma kita yang terkadang menidakkan apa yang terbaik buat kita yang mana telah ditentukan oleh Allah.
Allah Maha Mengetahui. ^_^

Cik Anis said...

setiap perkara ada sebab. setiap kejadian ada hikmahnya~

shuhadaothman said...

Ketetapan Allah itu yang terbaik. Terima Qada' dan Qadar :)