Wadah Madrasah Pengalaman: Jodoh itu pasti ada


Friday, March 22, 2013

Jodoh itu pasti ada

.

Disalin 100% dari http://persediaanperkahwinan.com/blog/tanda-jodoh-itu-kuat-bersama-si-dia.html/

Assalamualaikum...


Secara umum yang kita tahu, tanda-tanda jodoh adalah keserasian, saling memahami, masing-masing pandai bertanggungjawab dan saling bertolak ansur. Itu adalah secara asasnya. Tapi dalam artikel kali ini, kita akan membincangkan perkara yang berbeza. Masih tentang tanda-tanda jodoh kita kuat bersama seseorang tetapi dalam konteks yang sedikit berbeza. Bukan senang untuk membicarakan soal jodoh kerana ia milik Allah. Macam mana pun manusia boleh merancang dan berusaha, selebihnya hati kita harus kuat menyerahkan soal jodoh kepada Allah.

Orang kata cinta tidak selalu bersama jodoh, tetapi jodoh selalu bersama cinta? Tidak semestinya! Kisah cinta nyata bukan macam kisah cinta dalam novel. Tidak semestinya sesuatu perkahwinan itu membahagiakan. Mereka ada jodoh, tetapi mereka masih tiada cinta. Jadi jangan terlalu menekan atau mempercayai sesuatu mitos. Jadi apa yang penting sebenarnya adalah cinta dan jodoh. Ia harus datang bersama. Jika sesebuah cinta itu tidak ada dalam hati seseorang, sampai bila-bila lah dia tidak akan ada.

Cinta boleh dipupuk? Adakah ia benar? Bagi saya, jika cinta itu dipupuk bermakna ia bukan semula jadi. Dipupuk bermaksud kita berusaha menekan diri kita melakukan sesuatu yang bukan asalnya kita mahu. Boleh kalau korang nak cuba. Tapi seeloknya cinta itu datang dari hati secara semula jadi. Barulah sesuatu cinta itu akan kekal. Berbalik kepada persoalan cinta dan jodoh. Memang kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang, tapi Allah sebenarnya dah tunjuk pada kita secara halus siapa jodoh kita. Tak percaya? Pernah tak korang dengar atau berdepan dengan situasi macam ni:-
“Hisyh, asyik asyik terserempak dengan dia je, hari-hari pandang muka dia je”,
“Dulu saya cari jodoh di tempat yang jauh, rupa-rupanya dia selama ini dekat dengan saya!”

Ha, tu tandanya apa tu? Hehe, memang lah tidak semuanya betul mereka yang selalu terserempak bersama tu memang berjodoh, tapi kebanyakkannya macam tu kan? Cuba perhatikan mereka yang berpasangan, kebanyakkannya dari bidang yang sama atau dekat-dekat. Paling tidak pun mempunyai minat yang sama secara kebetulan. Contohnya macam seseorang di bidang perniagaan akan mendapat jodoh dengan orang yang minat berniaga dan seseorang doktor akan bertemu jodoh dengan seorang peguam mungkin. Ini hanya kemungkinan, tidak semua, tetapi banyak yang berlaku.


Antara beberapa persoalan dan tanda berkaitan soal jodoh adalah:-

Orang yang kita cari sebenarnya berada dekat dengan kita
Percaya tak, sebenarnya jodoh yang korang cari berada berdekatan dengan korang. Korang mungkin tak nampak sekarang, tapi mana tahu suatu hari korang akan bertemu dengan seseorang yang sangat dekat dengan korang. Bahkan korang akan jatuh cinta dengan seseorang yang korang kenal suatu masa dulu. Tak sangka kan? Kuasa Allah ini besar. Kita cari jodoh jauh jauh, rupanya dia berada dekat dengan kita.

Entah-entah jodoh kita adalah seseorang yang telah lama cintakan kita dalam diam. Atau jodoh korang adalah daripada kenalan korang di suatu masa dahulu. Jadi jangan menekan sangat soal jodoh. Mungkin ada di antara korang yang sudah bersedia untuk menikah tetapi masih belum bertemu jodoh. Usah risau, pedulikan apa orang kata, yang penting jodoh untuk korang akan tetap juga sampai nanti.
Sebenarnya, jika kita perhatikan betul betul, Allah telah mengurniakan sesuatu yang sangat baik untuk kita dalam soal jodoh ni. Jika dulu kita pernah bercinta, mengangankan suatu perkahwinan yang indah tetapi kita kecewa sehingga pintu hati tertutup, tapi sekarang Allah beri seseorang yang lebih daripada yang dulu untuk menemani hidup kita. Usah khuatir soal jodoh itu, kerana bila seseorang itu sudah ditakdirkan menjadi jodoh dan pasangan korang, ia tetap akan jadi milik korang. Datanglah beribu halangan sekalipun, takkan ada yang boleh mengubah kuasa Allah.


Apa pun dugaan, semuanya dapat diatasi
Ok, sekarang adalah situasi di mana korang sedang bercinta dan merancang untuk menikah. Korang sedang berusaha kumpul duit dan menghadapi susah dan senang bersama sama. Tidak dinafikan, pasti wujud konflik di saat ini kan? Tak kira lah masalah apa pun, pasti ada yang datang untuk menguji cinta korang kan? Di saat itu mungkin ada yang merasakan bahawa pasangan dia sekarang bukan jodohnya. Lalu mulalah tanggapan negatif tersebar dan mengeruhkan hubungan.

Ketidakpercayaan mula timbul dan mengugat hubungan korang. Di sinilah sebenarnya korang kena main peranan yang sangat penting. Walau apa pun dugaan jangan sesekali cepat putus asa.
Ok, jika korang berdua berjaya mengharungi apa saja dugaan bermakna dia memang dijodohkan untuk korang. Contohnya, berlaku konflik yang sangat besar dalam sesuatu hubungan yang menyebabkan pergaduhan. Suasana jadi begitu tegang dan masing-masing berfikiran seolah seolah hubungan itu tidak dapat diselamatkan lagi. Korang pulak dah mula rasa kecewa, pasrah dan redha atas apa saja yang bakal terjadi. Tiba-tiba, dengan kuasa Allah, konflik itu dapat diselesaikan, hubungan korang berdua kembali seperti dulu lagi. Malah mungkin semakin memahami dan bahagia.

Setiap kali berlaku konflik yang menyebabkan korang rasa putus asa, Allah tunjukkan jalan korang untuk berbaik semula. Itu adalah salah satu tanda jodoh korang kuat bersama si dia InsyaAllah. Banyakkan berdoa dan sabar dengan setiap dugaan yang diberikan. Jangan sesekali mudah mengalah. Apa apa pun ia sebenarnya bergantung pada sikap kita sendiri juga. Jika korang jenis yang cepat putus asa dan kuat mengalah, macam mana nak kekalkan jodoh?


Berpisahlah macam mana pun, jika jodoh itu milik kita ia pasti milik kita!
Pernah juga terjadi, pasangan kekasih yang telah berpisah suatu masa dahulu berjumpa balik dan berkahwin! Itu juga namanya jodoh. Berpisahlah macam mana pun, jika Allah tetapkan jodoh itu milik korang, maka ia milik korang. Mungkin Allah mahu korang berpisah untuk memperbaiki diri masing masing dan menguji rasa cinta antara korang. Hakikat ayat ini, “kalau jodoh, ia tetap jodoh” sentiasa menguatkan hati manusia tentang persoalan jodoh. Memang sangat menyakitkan jika jodoh korang bukan bersama seseorang yang korang cintai. Tapi bersangka baiklah kepada Allah.

Dia akan mengurniakan seseorang yang baik untuk korang. Tidak mudah, korang perlu menjadi seseorang yang sangat kuat dan tabah. Tapi ingatlah, jika si dia memang jodoh korang, tiada satu manusia pun dapat halang dia menikah secara sah dengan korang. Tapi jika bukan, buatlah macam mana pun, dia tetap bukan milik korang. Jalan penyelesaian yang baik untuk menghindar kita dari berasa sedih dan was-was mengenai persoalan jodoh adalah kembali kepada Allah. Dia yang mencipta segala jenis perasaan yang ada di muka bumi ini. Dia yang memberikan kebahagiaan kepada semua hamba hambaNya.

Minta lah kepada Nya sedikit kebahagiaan, InsyaAllah jika kita ikhlas dan redha menerima segala ketentuan Allah, kita akan tenang dan hidup bahagia. Buatlah solat istikharah dengan cara yang betul. Ia dapat membantu korang dalam membuat keputusan. Jika korang dah cukup berusaha, dan takdir menentukan sesuatu yang berbeza untuk korang, terimalah dengan sabar dan ikhlas. Memang sukar tetapi kan Allah itu Maha Mengetahui. Sakit yang korang rasa sekarang adalah bayaran untuk kebahagiaan untuk korang di masa akan datang nanti InsyaAllah.


Jangan serahkan pada takdir semata-mata
Soal jodoh memang lah milik Allah, tapi kita tidak boleh duduk diam tanpa berbuat apa apa dan tunggu bulan jatuh ke riba. Allah benci orang yang suka berputus asa dan tidak mahu berusaha. Ada yang kata jodoh tak perlu dicari, tetapi ia datang sendiri. Benar, tapi tetap juga kita perlu berusaha. Bagaimana? Persiapkan diri kita menjadi seseorang yang lebih baik dari hari ke hari. Berkawan dengan ramai orang tidak kira lelaki dan perempuan, asalkan korang tahu batas-batasnya dan luaskan lah pandangan terhadap kehidupan.

Jangan kurung diri korang daripada cinta kerana beranggapan jodoh korang sudah ditentukan. Hiduplah dengan normal dan bersosiallah seperti orang lain. Asalkan korang tahu jaga batas, itu sudah mencukupi. Tidak mustahil korang akan berkenalan dengan seseorang dan bertemu jodoh dari situ. Elakkan mengamalkan sikap duduk diam dan tunggu tanpa berusaha apa-apa. Mungkin korang adalah seorang lelaki yang sedang meminati seorang gadis dalam diam. Korang mahu memperisterikan dia. Jadi apa yang korang perlu lakukan?

Duduk diam? Salah tu. Sekurang kurangnya korang harus mencuba. Tak cuba tak tahu kan? Allah tidak menghadirkan seseorang dalam hidup kita tanpa sebarang sebab. Ia adalah sama ada Allah mahu kita belajar sesuatu dari orang-orang yang kita jumpa dalam hidup kita ataupun Allah menghadirkan seseorang itu sebagai tanda kita akan hidup bersama nya selama-lamanya!
Jadi jangan lepaskan setiap peluang yang ada. Tidak salah untuk kita berusaha dalam soal jodoh ni. InsyaAllah jika kita berusaha keras, ia akan jadi milik kita. Yang penting cubalah dulu. Jangan awal awal dah putus asa.


Jodoh itu milik Allah, tapi ia dicipta khas untuk manusia agar kita dapat menikmati nikmat bahagia hidup di dunia ini bertemankan seseorang yang sangat kita sayangi. Ada orang yang dapat jodoh dengan orang yang dicintai, ada yang tidak. Semua itu kuasa Allah, kita tak layak mempersoalkannya. Tetapi kita boleh belajar daripada pengalaman yang kita dapat. Bila dah dapat jodoh dengan seseorang yang kita cinta tu, jagalah elok elok. Jangan lancang sangat untuk bercerai jika ada konflik berlaku. Walau apa berlaku sekalipun, belajarlah cara untuk mempertahankan rumah tangga korang.

Allah telah mengurniakan satu jodoh untuk korang. Orang lain yang terlalu berharap tak dapat, tapi korang dah dapat. Kenapa kena sia siakan? Jaga hubungan elok elok. Hargai apa yang ada sekarang. Penceraian adalah sesuatu yang paling dibenci Allah walaupun ianya tidak salah. Takdir takdir memang takdir tapi usaha usaha tetap usaha. Persoalan jodoh itu sangat sulit, tetapi manusia boleh mencuba dan terus mencuba. Allah tidak kejam. Dia Maha Menyayangi. Pasti Dia akan mendengar setiap doa dan rintihan kita sekaligus menghadiahkan jodoh yang terbaik untuk kita semua, InsyaAllah.

Disalin 100% dari http://persediaanperkahwinan.com/blog/tanda-jodoh-itu-kuat-bersama-si-dia.html/


Ktk..dah baca msg mek ah..ehhehe..


.



9 comments:

Emas Putih said...

panjang entry ini tapi tekun baca nak tau :) hehe

Crafty Nieya said...

insyaallah :)

Wanie Zunidan said...

Perancangan Allah untuk umatnya indah . Jangan pertikaikan apa yang terjadi dalam suatu perhubungan kerana ada hikmah disebaliknya .

coretan lia iqmalia said...

baiklah..sedang memperbaiki diri dari masa ke semasa

Eza Boom Boom :) said...

percaya pada jodoh okey :)

miss lyianne said...

nice one , keep it up :D

Mieza Jhaa K said...

Ye jodoh itu pasti ada, cuma kita tak tahu dengan siapakah...

Semoga bertemu dgn jodoh yg baik yee ~>_<~

zool said...

amin..
harap gitu juga

Princess Bieber said...

hmm..susahnya bila minat orang yg x kenal kita sangat..kalau care lebih2 nanti cakap ape pulak.. huh ~ apa2 pun saya tetap xkan putus mendoakan kebahagiaan masing2 ! amin ~

p/s:Allah telah menentukan jodoh setiap insan. Dia tahu yang terbaik untuk makhlukNya !