Wadah Madrasah Pengalaman: persoalan jodoh


Tuesday, April 16, 2013

persoalan jodoh

.

Cover Photo



persoalan jodoh ini, lebih mudah nak faham kalau kita bandingkan dengan persoalan rezeki. Rezeki juga telah ditetapkan oleh Allah semenjak kita dalam perut ibu lagi.. tapi kita diperintahkan oleh Allah untuk bertebaran atas muka bumi ini untuk mencari rezeki. Bahkan Allah juga menyatakan bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha untuk mengubahnya.

Daripada sini, kita dapat memahami bahawa ada ketetapan (takdir) Allah itu yang tidak akan berubah, dan ada juga yang boleh berubah bergantung kepada usaha kita (atas pilihan kita sama ada nak memilih yang itu atau yang ini). Kita bukanlah berfahaman Jabbariah yang meyakini semua yang berlaku itu ditentukan oleh Allah dan takde kaitan dengan perbuatan manusia.. seolah olah nak menunjukkan yang Allah itu kejam kerana telah menetapkan seseorang itu menjadi baik atau jahat, ataupun menjadi ahli syurga atau neraka tanpa diberi pilihan kepada manusia untuk memilih jalannya sendiri.. Kita juga bukanlah berfahaman Qadariah yang meyakini segala perbuatan manusia tiada kaitan dengan takdir yg ditentukan Allah.. semuanya bergantung atas manusia itu sendiri..

Kita meyakini akan takdir Allah dan kita juga memahami akan kaitannya dengan amalan manusia.. Allah telah mentakdirkan sesuatu, tetapi manusia itu mampu memilih sama ada untuk melalui jalan yang baik mahupun yang buruk dengan panduan akal dan hati, tempat letaknya ilmu dan iman. Sama ada kita nak menjadi seorang yang taat beribadah, atau menjadi ahli maksiat, itu adalah pilihan kita sendiri tanpa menafikan ia juga adalah takdir Allah. Yang tidak boleh diubah adalah sesuatu yang di luar bidang kemampuan manusia seperti waktu kematian, pertukaran malam dan siang, pergerakan planet2 dsb.

Berbalik kepada persoalan jodoh.. ia sama juga kaedahnya macam rezeki.. kita diperintahkan untuk mencarinya.. Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w. menyuruh untuk memilih wanita (pasangan) yang beragama. Ini menunjukkan bahawa ia juga satu usaha dan pilihan manusia untuk mencari pasangan yang beragama, dan bukannya sekadar menunggu jodoh turun daripada langit. Begitu juga dengan rezeki, walaupun ia telah ditetapkan, kita tetap disuruh untuk mencari rezeki Allah di atas muka bumi ini. Ikhtiar dan usaha kita ini adalah sebagai tanda ketaatan kita kepada perintah Allah, juga sebagai ujian terhadap kita sama ada kita meyakini rezeki yang kita cari itu adalah disebabkan usaha kita sendiri, ataupun kita meyakini yang rezeki itu datangnya daripada Allah.. hasil keyakinan inilah yang akan membezakan kedudukan kita, sama ada syirik kepada Allah, atau beriman dengan Allah.. Jika kita meyakini usaha kita mencari rezeki sehingga terlupa dari mana datangnya rezeki itu (dari Allah), maka kita akan menjadi seorang yang kufur nikmat, bongkak, busuk hati, kaki busuk dsb.

Jadi, oleh kerana jodoh itu juga sesuatu yang mampu kita usahakan, maka tiada salahnya untuk kita berdoa semoga disatukan dengan pilihan hati kita. Berdoa itu juga termasuk dalam usaha dan ikhtiar.

istilah ‘mengubah’ takdir tidak baik untuk digunakan, sebab kita tak tahu pun apa takdir kita.. jadi, bagaimana kita nak tahu ia telah diubah atau memang itu yang ditetapkan oleh Allah? Jadi gunalah istilah ‘memilih’.. Allah telah berikan kita akal untuk memilih.. nak pilih jodoh yang baik, ataupun nak pilih jodoh yang tak berapa baik.. itu adalah pilihan kita.





.



8 comments:

Rara Nasiha said...

Nak mencari memang takda masa. Moga jodoh yang datang ni baik, dan mampu membimbing kita.

Isabel Diaz said...

(^_^)

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

suka quote tu

Naimah Ima said...

sedang mencari jodoh? InsyaAllah..ada la tu..

Wan_hazel said...

Insya ALLAH.. skang wan rasa nak kumpul duit + kerja + kalau dah jumpa yang sesuai.. wan terus lamar dia.. bcinta lepas kawen. skang nie sbnar nya ada yang wan suka.. hehehe.. Kalau jodoh pjg dgn dia.. Insya ALLAH nanti leh lamar dia.. prancangan je.. doa kan wan dgn dia taw

Lyana's Page said...

insyaAllah.. semoga wan bertemu jodoh dgn si dia. amin. suka jugak kalau lelaki buat mcm tu, terus jmpa mak abah and bercnta lps kawin. sokong sgt! :)

Diari Si Froggie said...

Setuju dengan entry wan nie.. cakap pasal jodoh kalau kita duduk tak ada usaha memang tak akan dapat.. yela cuba bayangkan kita hanya duduk dalam rumah tanpa keluar rasa2nya boleh jumpa ke jodoh tu? tentu tak kan.. InsyaAllah aida doakan semoga wan bertemu jodoh yang sepadan dengan wan.. :)

Wan_hazel said...

tengs aida.. sapa tahu kan ALLAH perkenankan doa aida.. doa kan jodoh wna pjg dgn yg skang nie ye.. umur pun dah leh kawen nie..hahaha..