Wadah Madrasah Pengalaman: sabar itu sifatnya bukan melulu


Monday, April 1, 2013

sabar itu sifatnya bukan melulu

.



Assalamualaikum...

Sejadah jadi teman menghadap ALLAH . setiap titis air mata membasahi wajah sejadah . Subuh pagi ini begitu sayu sesayu hati yang ingin pulang pada yang MAHA ESA . Bila kah detik terakhir ku didunia ini YA ALLAH ? .waktu solat ku...Setiap bacaan Al fatihah membuatkan aku tersedu sedu

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan 

Mana kah lagi tempat pengantungan ku jika bukan pada MU YA ALLAH. sungguh hati ini begitu sakit ketika ini. YA ALLAH sesungguh nya aku yakin akan perancangan MU dan ujian MU ini. Namun aku tak setabah yang ku harap kan YA ALLAH.. Hati ini semakin berkarang sakit dan rindu nya . Sesekali aku terkesan dengan setiap bait kata yang terpampang. Adakah aku pendosa , adakah aku penuh dengan kesilapan ,Adakah aku jahat , Adakah aku tak sebaik yang aku harapkan.. atau adakah aku manusia yang zalim lagi hina.. 

Kadang kesabaran ini teruji dengan lautan masa yang berlalu. setiap detik saat itu buatkan aku hilang arah seketika aku redha seketika lagi aku takut seketika lagi aku mahukan usaha yang berterusan. Ya ALLAH permudahkan urusan ku YA ALLAH.. detikkan rasa cinta dihati sesungguhnya semua ini kerna MU YA ALLAH.


Aku tahu kesabaran itu sifatnya bukan melulu . ALLAH bantu aku untuk sabar bantu aku menetapkan rasa dan perasaan . YA ALLAH sejujurnya aku begitu berharap dengan sepenuh pengharapan akan waktu itu , akan impian itu dan akan angan ku itu. YA ALLAH bantu aku . Aku jua mahukan kebahagian dan hilangkan lah rasa derita di hati hati kami . ALLAH , KAU lah yang MAHA mengasihi hamba MU . 


Harapan ini adalah impian dan impian ini adalah angan angan dalam doa ku. ALLAH makbulkan DOA ku hamba MU yang hina. Itu saja cara ku berusaha ketika ini YA ALLAH .




saranghaeyo >.<

.





5 comments:

Nur Dzafirah said...

Setiap yang berlaku ada nikmat yang sebaliknya. Dan setiap ujian yang diberi DIA tahu kita mampu hadapinya. Jangan penah putus asa. Allah sentiasa dgn kita. MAHA pendengar. MAHA mengetahui segalanya.

#SemogaBerjayaMenempuhinya...

Wanie Zunidan said...

Sabar adalah sifat yg terpuji , dan Allah mencintai orang yg sabar ^^

Tengku Iji said...

Sabar itu sebahagian daripada iman :)

Tengku Iji said...

Sabar itu sebahagian daripada iman :)

tenku butang said...

kadang2 kesabaran di uji bertalu2..

done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/