Wadah Madrasah Pengalaman: Moga semua nya kerana ALLAH kerna aku punya Tuhan ...


Wednesday, May 7, 2014

Moga semua nya kerana ALLAH kerna aku punya Tuhan ...

.




 Assalamualaikum


Semalam aku belajar sesuatu
Daripada masa laluku
Dari seorang kawan
Dari kisah dia 

Sedang aku duduk sendirian
Fikiranku jauh melayang

Aku terfikir
Kalau berkata soal jodoh
Soal perkahwinan
Pasti ramai yang kata

Kalau mahu yang baik, harus jadi baik dulu
Kalau mahu yang dekat dengan Tuhan
Kamu harus dekat dengan Tuhanmu dulu

Lantas aku terfikir
Apakah aku harus jadi baik hanya untuk jodoh yang baik?

Aku terdiam
Berkerut
Aku tinggalkan keramaian
Fikiran jauh ku luaskan

Apakah kerana itu sebenarnya ramai yang tersalah langkah?
Malah apa mungkin aku juga?

Aku sekadar bisik perlahan.
ALLAH tunjukkan.
ALLAH berikanku jawapan.

Duduk bilik, aku kemas meja
Buku buku kertas kertas.
Tika aku angkat muka
Aku lihat satu kata kata.

" Bila Allah sudah jadi sebab untuk segala galanya, maka segalanya adalah untuk Dia. "

Kalau hatiku kata cinta DIA
Kenapa harus aku lakukan sesuatu kerana manusia?


Dan ku perbaharui lagi niatku Tuhanku.
Untuk-MU.
Aku bimbang.
Aku tahu bila aku melakukan sesuatu untuk manusia.
Ia sangat menyakitkan bila manusia pergi meninggalkan aku.

Sedang bila aku laku untuk-MU Tuhanku.
ENGKAU ada selamanya.
Selagi aku tidak pernah berganjak meninggalkan-MU.





 .





5 comments:

Cik Wa said...

Alhamdulillah...!!

http://bitesmeee.blogspot.sg/

timm_bill said...

huhu, tq ingatkn wan..ritu pun time g dgr ceramah ijazah vs sijil nikah, ada jugk ustazah ingtkn mcm tu..tpi tu la kan..nk brubh krna Allah lebih permanent perubhan tu kan..klu smata2 demi mnusia, klu mnusia tu dah xde kita jdi org yg sma sblum brubah..

Miss-Fatyn said...

emm.. biasanya memang begitulah..orang2 tua cakap, jodoh yang baik ditetapkan dengan orang yang baik2..

pandang diri, adakah kita ni layak dapat yg lebih baik dr yg terbaik?

doa jea semoga dia setia, tak curang dgn kita dan jadi pasangan yg memahami hingga akhir hayat.. hehe

syafeika edora said...

Dia selalu ada untuk kita tak kira senang atau susah. Hanya kita sebagai manusia sahaja yang selalu alpa dan lalai :')

Siti Aishah said...

Salam wan , boleh tak tolong saya ? I need software Adobe illustrator,after effect, flash, indesign for my assignment . link dr blog awak tak available . please do help me please reach me back thru here >> 0182985321 // ecahh@pelajar.kym.edu.my // mizzishah@yahoo.com . Tolong ya !