Monday, October 8, 2012

Nikmat sakit

.

Nampak...Kucingku bernama monyeng sedang memerhati aku bermain dengan cahaya.


Assalamualaikum....


Beribu nikmat yang ALLAH telah beri pada ku..Salah satu nya ialah Nikmat sihat sebelum sakit...Kali terakhir aku sakit adalah awal tahun yang lalu.. bermakna sudah lama sakit tidak menjenguk ku.. Risau pula dosa kecil ku tidak terbasuh .. Dan kekadang aku mula takut bila mana sakit tidak menjenguk ku..adakah ALLAH tidak rindu pada ku atau adakah ALLAH sudah lupa pada ku..


Lantaran itu, tidak semena-mena, aku jadi tidak keruan. Air mata mengalir laju. Menangis tersedu-sedu, kepiluan dan rindu. Dalam hati berdoa, " Ya Allah, aku mensyukuri nikmatmu, terima kasih kerana membenarkan aku merasai bagaimana rasanya menjadi orang yang sakit, (jiwa mahupun tubuhku)"


Aku yang menangis penuh hiba seperti anak kecil. Pada aku, dalam hati yang jauh itu, nikmat itu sesungguhnya hanya dapat kita hargainya apabila kita telah kehilangannya. Ironi bukan?



P/S: Aku sedang mengatur jalan hidupku..Doakan segalanya dipermudahkan.. Semoga ALLAH redha..



.