Wadah Madrasah Pengalaman: Jangan pernah kecewa dengan kegagalan


Friday, September 28, 2012

Jangan pernah kecewa dengan kegagalan

.


Assalamualaikum...


"Kalau hendak menjadi yang hebat tak semesti perlu ke Universiti" 

Semena mena ayat ini terpancul kembali dimedan otak ku.. Dulu pernah ku semat sebaris ayat betul betul dihadapan persimpangan kehidupan ku dan suatu ketika dulu jua ku jadikan ia ayat pengasak semangat bagi adik adik ku..Dan kini boleh jadi ia sepotong ayat yang akan kalian semat didalam setiap jiwa..


Percayalah kalian..Kegagalan pada hari ini hanya lah satu juzuk dalam kehidupan kalian.. Kegagalan pada hari ini bukan lah kegagalan untuk keseluruhan kehidupan korang. Ramai yang berjaya dalam pelajaran tapi tidak berjaya dalam hidup.. Hidup bukan saja jadi doktor , jurutera , cikgu dan sebagai nya..Hidup nie luas..Kejayaan jadi ayah , ibu , isteri , suami dan jadi hamba ALLAH yang terbaik..


" ia kanak budu wa i' ya kanas ta in"  
 hanya kepadamu tempat aku meminta dan memohon pertolongan 


Ramai yang bertanya.. bagaimana dari dunia kejururteraan elektrik aku menceburkan diri dan mencuba dunia yang lain.. aku menjawab

Aku cintakan ilmu

Bukankah setiap dunia yang kau ceburi itu masing masing punya kritikal nya.. Maka aku menjawab lagi

Buku kan ada..


Malah sekarang ilmu itu dihujung jari



Peringatan paling tulusku kepada kamu yang sedang menuju ke menara gading, belajar sampai habis dan usah berhenti di pertengahan jalan! Persampahkan mentor-mentor yang kamu tampal wajahnya di dinding kerana agungkan tindakan mereka keluar dari universiti untuk mengejar misi. Kerana sesungguhnya, bila kamu tanyakan pada mereka tentang kekecewaan yang masih tersisa biar bergelar si pengumpul harta,  jawapan mereka tetap tidak pernah berubah, cuma satu, iaitu;


Tidak menghabiskan dunia ilmu .


Jadi buat kalian yang terasa gagal dalam kehidupan .. Percayalah ada sesuatu yang manis menanti anda..usaha dan usaha..Insya ALLAH kejayaan itu milik anda.. Siapa yang percaya jika aku kata..Aku dahulunya tidak sehebat sperti apa yang kalian fikirkan..Jika kelapangan boleh lah membelek warkah "Harga sebuah kehidupan"


Jangan pernah kecewa dengan kegagalan,
Itu Hanya satu juzuk daripada kehidupan anda yang panjang,
Nabi Muhammad diusir keluar kaumnya namun akhirnya kembali menjadi pemimpin dunia,
Nabi Yusuf dihumban ke penjara namun akhirnya memerintah seluruh Mesir..




.





7 comments:

unsecretostory said...

Kadang bila dah jatuh semangat tue down trus . Tengok kawan2 rasa cemburu jea . Tapi sedar jugak , gagal sekali xbermakna kita gagal selamanya kan . Best entry nie . Bagi semangat :D

Unknown said...

every single obstacle ada hikmah yang Allah letakkan...bersyukur kerana gagal sesekali kerana org yang gagal lebih berjaya dan cekal hidup mereka..

Unknown said...

usaha,usaha dan terus usaha..
pasti berjaya..
insyaALLAH :)

Unknown said...

nice entry

Nurul Lyana Kz said...

bila result tak sehebat kawan2 yg lain, terasa down sangat sampai rasa nak tukar course. fikir aku xsehebat diorg. tp akhirnya sedar juga, bila kita sentiasa b'fikiran negatif kita xakan maju.. perlu usaha dan terus usaha. insyaAllah ;)

Adi Herman said...

kacak juak pic kat atas sekali ya wan ooo very inspirational

Unknown said...

ilmu dihujung jari..
sama ada kita mahu terus bermimpi atau sedar untuk terus mengutip ilmu itu...
mengalah tanpa usaha itu hanyalah sia-sia.. ^_^