Nampak...Kucingku bernama monyeng sedang memerhati aku bermain dengan cahaya.
Assalamualaikum....
Beribu nikmat yang ALLAH telah beri pada ku..Salah satu nya ialah Nikmat sihat sebelum sakit...Kali terakhir aku sakit adalah awal tahun yang lalu.. bermakna sudah lama sakit tidak menjenguk ku.. Risau pula dosa kecil ku tidak terbasuh .. Dan kekadang aku mula takut bila mana sakit tidak menjenguk ku..adakah ALLAH tidak rindu pada ku atau adakah ALLAH sudah lupa pada ku..
Lantaran itu, tidak semena-mena, aku jadi tidak keruan. Air mata mengalir laju. Menangis tersedu-sedu, kepiluan dan rindu. Dalam hati berdoa, " Ya Allah, aku mensyukuri nikmatmu, terima kasih kerana membenarkan aku merasai bagaimana rasanya menjadi orang yang sakit, (jiwa mahupun tubuhku)"
Aku yang menangis penuh hiba seperti anak kecil. Pada aku, dalam hati yang jauh itu, nikmat itu sesungguhnya hanya dapat kita hargainya apabila kita telah kehilangannya. Ironi bukan?
P/S: Aku sedang mengatur jalan hidupku..Doakan segalanya dipermudahkan.. Semoga ALLAH redha..
.
10 comments:
Good boy...
amin~ ^^
btw, blog abang memang cool!
tengs coz dah ajar banyak benda kat saya! ^^ arigatou gozaimasu!
Sabarlah abang wan :)
Allah tidak akan memberi bebanan kalau indivindu itu tidak dapat menanggungya :)
ada hikmahnya :)
yess, kebanyakkan nya manusia akan besyukur dengan nikmatnya selepas nikmat itu hilang dengan sendirinya.. xgitu
semoga cepat sembuh :)
moga dipermudahkan segala urusan... ^_^
bila sakit orang kata dosa kecil kita akan terhapus.
aah kan, lupa pulak kalau kita sakit ALLAH nk luruhkan dosa..alhmdulillah, bawu lepas sakit n tgh sakit2 lagi..adoi..
cantik (:
Aminn. semoga semuanya dipermudahkan wan :)
Post a Comment