Wadah Madrasah Pengalaman: Khamis suka duka kehidupanku


Thursday, April 2, 2009

Khamis suka duka kehidupanku

Salam...


Khamis,April fool pun sudah berlalu. Hari yang begitu menarik bagi saya. Bersemangat sungguh saya pada hari ini. Jika ada hari malas maka ada jua lah hari yang menggembirakan bagi saya untuk ke kolej. Sungguh menarik hari ini, bohong lah saya jika saya menyatakan hari ini, hari yang membosankan bagi saya waima hujan membasahi bumi sarawak agak begitu lebat juga, namun tiada yang membataskan saya untuk meneruskan perjalanan saya diruangan waktu yang singkat pada hari ini iaitu hari khamis. Today is a perfect day.



Kehidupan ini rupa rupanya banyak jalan yang mudah dan singkat, tetapi kita sendirilah yang menunding jari untuk melalui jalan yang mana. Terasanya saya semakin mencintai subjek math, bermain dengan angka begitu menerujakan saya. Sedikit silap perhitungan diawalan nya,pasti yang selebihnya memberi jawapan yang salah. Maaf andai saya nyatakan saya tidak suka menggunakan rumus. Why??? Saya lebih suka menggunakan kaedah saya sendiri memudahkan lagi langkah. Contohnya pemfaktoran,saya lebih suka mencongak, dari menggunakan formula @ rumus yang perlu menulis,entah apa apakah itu. Begitu jua lah kehidupan. Jika mahukan kejayaan. Ada caranya, ada jalannya. Pilihlah,laluilah dengan penuh keyakinan. Siapa yang lain hendak mempersoalkan kehidupan kita,kepercayaan kita. They are just a human. Same with us.



Tidak salah bukan, andai saya nyatakan hari khamis adalah hari motivasi bagi saya. Siapa kamu hendak mempersoalkan, kenapa, mengapa, dan bagaimana kepada saya. Maaf sedikit kasar. Saya sudah serik mengikut kata yang tidak memajukan saya, sebalik nya menjatuhkan saya. Saya benci semua itu. Biarlah, saya dengan hidup saya, begitu juga kamu,kamu dan kamu. Saya bukan pakar dalam berbahasa, bermadah , memujuk dan saya tidak suka marah,meronta ronta tidak kena tempatnya, jarang bagi saya untuk mengeluarkan api api kemarahan itu. Itu bukan sikap saya. Mengapa perlu marah andai api bisa dipadam dengan air...correct me if im wrong...



Agaknya saya sudah terikut ikut dengan kelakuan,sikap,falsafahnya dan 100% saya cuba untuk menjadi seperti beliau, 'Sir Dillah'. Begitu terbuka dalam menilai kehidupan. Corak keperibadian yang sukar untuk saya gambarkan,sesiapa yang mengenali, maka tahu lah apa yang saya maksudkan. Maaf saya memahat nama sir disini. Sekadar ingin berkongsi. Tiada maksud lain. Harap difahami. Hari ini saya mempunyai kelas dengan sir Dillah, suasana pembelajaran yang diselang seli dengan renjetan renjetan kehidupan, itulah apa yang saya katakan, hari ini hari Motivasi bagi, sangat gembira pada hari.



Cukup sudah nurkilan saya yang menceritakan tentang gembiranya kehidupan khamis saya, namun disebalik itu terselit kisah duka. Begitulah dengan hari seterusnya selepas ini. Itu rasa saya,saya tidak
Janji, mungkin ya mungkin tidak. Selepas ini kemungkinan sukar bagi saya untuk meng'update' blog lagi. Ada sedikit masalah mengenai dunia tanpa sempadan saya. Masalah internet. Harap harap tidak lah begitu lama. Saya akan sedaya upaya untuk meng'update' blog saya. Sekurang kurangnya tidak lah berhabuk blog saya. Lihat saja entry saya kali ini. Hanya sekadar tulisan, tiada lagi gambar gambar membentuk taman permainan. Mungkin selepas ini, begini sajalah wajah paparan entry saya. Maaf tiada lagi karton yang bkejaran di entry saya.hehehe. Rasanya cukuplah setakat ini, ketemu lagi andai ada jodoh. Take care.








Salam...saya akan cuba sedaya upaya untuk meng'update' blog saya. Doakan kejayaan, saya pasti akan doakan kejayaan kamu. Itu janji saya.



No comments: