Hidup kita nie bukan sekadar mencari cahaya ketika gelap..
Tapi kita mencari NUR didalam diri ..
Berbakul bakul masalah yang aku cuba halakan terus keruangan tong kitar semula "delete" . Rupa nya menyelesaikan masalah kalian lebih mudah dari menyelesaikan masalah sendiri..
Selirat ragaku meluruh, syahdu. Sungai tangis
di pipi tidak terempang lagi. Andai kuselami irama sendu itu, semestinya
dapat kubaca perasaan, bahawa bukan dek kepudaran sudi yang rajukkan
lafaz kata.Mungkin inilah kalimah yang sedang dibisikkan ALLAH kepada
ku..Diam diam ALLAH aturkan segalanya ..
Meluah disini bukan bererti aku tidak pernah mengadu dengan ALLAH..Cuma aku ambil sedikit langkah agar bisa ku luahkan apa yang tersirat kepada yang tesurat.Terkesan jua sang hati bila segalanya terperuk didasar jiwa...Moga moga ada manfaat yang bisa ku ukir untuk tatapan bersama..
Belakangan ini aku sering memanjangkan masa solat ku. Biar tenang jiwa ku menghabiskan masa bersama ALLAH. Walau kekadang khusyuk ku diuji oleh lelaci lelaci memori ukiran kehidupan..Aku percaya akan hikmah dan ujian Mu .. YA ALLAH jika kau tarik nikmat bahagia ku jangan pula kau tarik nikmat CINTA KU PADA MU.
"Kau mahukan kejujuran ini yang tiada manis nya atau
kau inginkan kemanisan saat bile waktu sesuai untuk jujur??"
Kita belajar dalam madrasah pengalaman bukan sesaat dua tapi bertahun tahun.. Semoga terdidik hati ini..Dan percayalah jodoh itu rahsia ALLAH .
Tak ternilai doa seorang yang diam diam simpan cinta kerana ALLAH..
.
15 comments:
yee . :(
semoga awak tabah !
;)
muhasabah diri baik punya
Nice.. Suka baca apa yg ktk share kat blog :D
ad jodoh tak kemana dik wan :)
tertarik hati ini dengan apa yang wan share...
^_^
nicce sharing..love this quote 'Tak ternilai doa seorang yang diam diam simpan cinta kerana ALLAH..'
zz suke sgt entry ni.. TERBAIK!! ada hikmah yg tersembunyi yg Allah sembnyikan... =)
Nice bro! May Allah bless you always. :')
cinta adalah anugerah terhebat darinya...
xterkata..xterucap .....
nice sharing
http://www.jomsinggah.com/2012/09/4th-jom-singgah-anniversary-giveaway.html
Diam-diam simpan cinta kerana Allah. :')
Diam diam Allah aturkan segalanya :')
Post a Comment