Wadah Madrasah Pengalaman: Diam Diam Cintaku pada nya dihurung Diam Diam Cinta MU kepada ku


Saturday, September 15, 2012

Diam Diam Cintaku pada nya dihurung Diam Diam Cinta MU kepada ku

.


Gambar semasa menjadi official photographer wedding
14 sept 2012 


Assalamualaikum...

Saban hari , Hati ini semakin gusar.. sering tertanya pada diri, apakah sebenarnya cabaran ini? setiap waktu tidurku dihanyut resah, inikah yang sebaiknya, atau aku yang sedang diuji?


Siapa kata aku tak pernah risau akan Diam Diam simpan cinta ini kerna ALLAH.. Aku risau Diam Diam Cinta ALLAH lebih cepat menghampiri ku (kematian)  . Tapi sebegitulah selayak layak nya aku. Aku redha akan aturan MU, YA ALLAH.. Diam Diam Cintaku pada nya dihurung Diam Diam Cinta MU kepada ku.. Bukan aku tidak mahu , aku masih belum layak , Aku masih belum bersedia " Aku yang mencari NUR didalam diri " . Biarlah 3 hingga 4 tahun itu menjadi pengukur usia kita. Allah atur segalanya bila kita masing masing sudah bersedia..


Adakah apa yang aku fikir dan Doa sama seperti apa yang kau fikir dan Doa.. 



♥ Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH.
♥ Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG.
♥ Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI.
♥ Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN.
♥ Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA.
♥ Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG.

Kita BERPISAH dalam satu tempoh masa tertentu juga untuk mencapai REDHA-NYA
♥ Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing masing juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita.




Ya Allah,jika benar dia untuk ku. Kau tetapkan lah hati dia untuk ku. Tapi jika sebaliknya. Kau damaikan lah perasaan ini.

Semoga ALLAH permudahkan urusan


"kalau niat kita kerana ALLAH..agak agak ALLAH nak tak permudahkan urusan kita?"

Dan kalau aku dijemput seawal dari yang ku sangka. Saat ini, belum lagi malaikat maut merenggut ruh ku keluar, belum lagi aku dihakimketukkan di liang lahad, namun sudah kutanyakan pada diri sendiri, entah cukup atau tidak kusiapkan diri menghadap-Nya. Entah ada atau tidak peguambela yang tampil menyebelahiku kelak dan semoga Diam Diam simpan cinta ini kerna ALLAH punya keMANISan nya ..






.



9 comments:

Unknown said...

Aminnnn! Semoga Allah Permudahkan Urusan kite ^__^
Entry Hangat : Awek Cantik Makan Tahi

Unknown said...

wahh , aatokk . sape bakal nenek kitee ? nakk jgakk kenal dengan nenek angkat tue . hehe
Jodoh rasia allah tok , cucu doakan atok dprtemukan dgnn insan boleh trme atok seadanya , okeh ! Semoga allah redho .

Unknown said...

moga Allah permudahkan urusan kita.. :)

Unknown said...

semua kuasa Allah, kita lakukan yang terbaik sahaja.. :)

Unknown said...

ada jodoh x kan kemana :D

Anonymous said...

Semoga dipermudahkan :)

ckynnogha78 said...

Allah Maha Mengetahui...

shuhadaothman said...

Persiapkan diri. semoga dipermudahkan urusan wan :)

:: cikNuurul :: said...

Semoga Diam-Diam Cinta Wan Padanya diredhai Allah..aamiin..

:)