Assalamualaikum....
Masih bedenyut kepeningan mecengkam teras kepala selirat wayar wayar darah terasa serabut bercampur campur , namun hakikat nya kerisauan itu semakin surut . Apakan daya aku jua manusia.. Kadang aku terfikir sepeninggalan teratak ini adakah ramai jiwa yang menanti dan adakah aku boleh saja seperti ini "Jarang ada tapi bermakna" .. Hahaha... Aku hanya penulis kerdil.. Sering ada jarang bermakna..
Alhamdullillah .. Final exam ku telah berlalu..Terima kasih buat kalian yang mendoakan... Syukur, Jika bukan doa ku pasti itu doa kalian yang ALLAH makbulkan... Segalanya dipermudahkan... Terima kasih...
Sepanjang aku menduduki peperiksaan.. pelbagai kisah yang aku lalui dari sekeping senyuman , dari sehelai jabat tangan , menjadi sejuta doa kehidupan... Manusia tidak pernah puas akan nikmat dunia.Termasuklah aku..Aku pun seperti orang lain juga, punyai impian, kehendak dan kemahuan, untuk itu dan ini. Tetapi, pabila memikirkan orang yang sentiasa di bawah kita, barulah keinsafan dan nikmat kesyukuran itu kita peroleh.
Hari itu cuaca terlampau panas penghawa dingin kereta lansung tidak membantu..Aku keluar melangkah ke block D pusat peperiksaan ku..
"panas betul hari nie kan pak cik.. Harap harap hujanlah petang nie.. "ku mengomel kepada pak cik tukang kebun. Memulakan perbualan.
"janganlah macam tu nak..susahlah pak cik nak buat kerja" katanya seakan merayu..Banyak lagi yang perlu pak cik selesaikan selepas ini..
Aku terlupa rupanya. Kesenangan yang kita minta, kesusahan pula yang diperoleh oleh mereka. Betapa aku pentingkan diri sendiri... segalanya membuatkan aku terkenang kembali apa yang aku pinta pinta selama ini adalah derita bagi yang lain.. Berbaloi kah perjuangan kita pada hari ini jika segala nya punca derita bagi yang lain...
Seketika kalian renungkan lah persekitaran kalian.. segala yang kalian nikmati pada hari ini..Adakah kalian masih tidak puas.?? Ada sesetengah dari rakan facebook meninggi diri hanya sekadar kenaikan gaji , hanya sekadar secebis rezeki yang ALLAH berikan.. Jangan sampai nikmat itu ALLAH ambil balik..Bagaimanapun kita nak bersyukur pada ALLAH..tak perlu lah kita nak menunjuk yang kita punya segala nya.. Cukuplah dengan ucapan ALHAMDULLILLAH dengan nikmat yang diberikan...
Bersyukur itu jangan dilingkari dengan sifat menunjuk..
P/S : tidak sabar pula aku ingin mengarang entri yang seterusnya.. Setakat ini sajalah untuk hari ini..
.
5 comments:
dah tahu wan habis exam... alhamdulillah... sebab tu tertunggu-tunggu wadah dari wan... ^_^
baru tersedar yang akan ada orang lain mendapat susah diatas kesenangan yang kita minta...
terima kasih wan... :) nice peringatan...
jarang ada tapi bermakna...pergh mendalam ya wan...nang antap...check this out,entri blog saya yg latest bertajuk WHY MUSLIM EAT HALAL MEAT? http://molotovcocktailz.blogspot.com/2012/11/must-see-why-muslim-eat-halal-meat.html
Betul3..saya penah alami situasi macam ni..saya nak sangat hujan turun sebab tak tahan panas plus letih berulang-alik pegi mandi, tapi pakngah saya harap tak hujan. Kalau hujan alamatnya tak dapatlah dia pegi menoreh. Bila tak menoreh, tadaklah duitnya..hmmm..pengalaman tu buat saya sedar yg saya tak boleh pentingkan diri..hehe
penuh makna entri kitak :)
hurmm. fisha lak tgh tertunggu2 final examnyer. hehehe
Post a Comment