Assalamualaikum..
Semilir petang yang menghembus begitu mendamaikan. Kicauan burung berlagu tenang berterbangan pulang kesarang setelah seharian mencari rezeki buat penyambung kehidupan.seketika setiap butir butir persoalan berterbangan menuruti liang lintuk rumput hijau dihembus angin.
Perkara pertama yang selalu berlegar legar diminda ku adalah soal perkerjaan... Bukan bermakna aku menyoal sistem pengaturan Rezeki yang ALLAH telah tetapkan pada Hamba NYA.. namun setiap masa yang berlalu tu punya hela nafas yang semakin berkurang..Semakin aku menuju kejayaan semakin dekat kematian menjemput ku....
Dan kadang aku selalu berpesan pada semua yang aku temui bila berbicara soal pelajaran.ramai kenalanku terkejut bila mendapati aku lebih cenderung ke dunia buku dan grafik dari bidang yang aku ceburi kejuruteraan elektrik (kuasa). Mereka semakin hilang arah melihat aku seakan membelot dengan perjuanganku. Aku cinta akan ilmu.
Peringatan paling tulusku kepada kamu yang sedang melangkah dan menuju ke menara gading, belajarlah sehingga tamat, usah berhenti dipertengahan, persampahkan muka muka mentor yang kamu tampalkan mukanya didinding kerna agungkan tindakan mereka keluar dari Intitusti Pengajian Tinggi demi mengejar misi. Kerna sesungguhnya bila kamu tanyakan pada mereka tentang penyesalan dan kekecewaan yang masih tersisa biar bergelar si pengumpul harta, jawapan mereka tetap tidak pernah berubah.
Tidak menghabiskan dunia ilmu (Intitusti Pengajian Tinggi)
Terasa begitu sukar bagi mendapatkan pekerjaan pada zaman ini...Ingatkan lepas tamat belajar senang nak dapat kerja, rupa nya tak.. :) ..
Aku percaya rezeki itu Allah yang tentukan. Tak cepat, mungkin sedikit lambat.. cuma perlukan kesabaran kerana Allah tak pernah lupa pada hamba hamba Nya
bersabar menunggu kerja... :)
.
19 comments:
sabar la wan. insyaAllah dapat la tu. usaha dan doa :)
same with me...:(
masih mncari kerja...
tp masih percaya dgn rezeki yg Allah dh tentukn utk kite...
insyaAllah...
usaha pun penting juga.. jangan berputus asa.. :)
jangan risau,, you are so very talented,, rezeki ALLAH di mana2,,
sabar yer wa,Insya Allah,tak lama lagi laa tu..hehe
sabar yew wan,insyallah ada tu..."bila kita rasa diri kita susah,ada lagi yang susah" percayala wan ni baru sikit jew pngalaman dlm idup ko~cuma nasihatku...jgn tinggl solat n bykkan berdoa kepadaNya...dan jangan berputus asa sntiasa berusaha ya
btol... percaya pd rezeki allah... jgn mudah mengalah... penah rase x keje 4 bulan... but alhamdulilah... dpt keje
orang terer, bnyk skill ni campak ke laut jd pulau, campak ke tanah jadi pokok, campak ke langit jatuh semula ketanah.. gedebuk! err.. peribahasa apakah ini
dicampak ke laut menjadi permata, dicampak ke langit menjadi kejora. *susah sgt ke peribahasa ini* kuikuikui... #BahasaJiwaBangsa ... padahal dri sendri guna shortform... gara2 mls~~~ -"-
a man with talent has always be the one who sparks an evolution...think about it
insyallah wan ada rezeki insyallah mesti ada semua ditentukan allah :)
yang penting adalah berdoa, berusaha dan bertawakal..tp pd masa dan waktu sekarang ini lebih baik jgn memilih pekerjaan.. dapatkan pengalaman terlebih dahulu..bila dah ada sedikit pengalaman,kadang2 dengan pengalaman itulah yang boleh membawa kita pekerjaan yang lebih baik di masa akan datang..rabbuna yubarik fik..insyaAllah..
Rezeki itu rahsia Allah..adakalanya ia hadir tanpa kita jangka dan ia pergi bila kita perlukannya..yang penting kita bersangka baik kepa Allah..always..
Assalamualaikum wan.. lama tak jejak blog comel wan ni :)
wia pun sama, dah habis belajar..dah apply macam² kerja, tapi belum ada rezeki bekerja :'(
harap kita sama² dpt kerja dalam ms terdekat. Amin
betul tu.. semunaya rezeki allah tentukan.. percaya padaNYA :)
setuju sgt wan..macam saye apa yang ade depan mata grab jer mane tahu dengan kesusahan kita akan membuatkan kita lebih faham dan lebih senang nak hadapi perkara akan datang.Allah dah tetapkan rezki masing-masing kita hanya mampu berusaha
usaha + doa + tawakal....
lamak sik singgah sitok eh....
bagus penghayatan ini wan.. yang penting kita dah berusaha, dan Allah akan tentukan. rezeki ada di mana2..
rezeki itu Allah yang tetapkan...
doa, usaha dan tawakal...
Post a Comment