Wadah Madrasah Pengalaman: Nikmat derita


Thursday, March 28, 2013

Nikmat derita

.

Saban hari , 
Hati ini semakin gusar..
 sering tertanya pada diri, apakah sebenarnya cabaran ini? 
setiap waktu tidurku dihanyut resah, 
inikah yang sebaiknya, 
atau aku yang sedang diuji?

Assalamualaikum...

Seketika , tika aku terduduk aku terfikir jika ALLAH tak datangkan derita alangkah sombongnya aku. kadang bila aku melihat satu benda atau situasi , aku kesian sedalam dalam nya dan aku mula bertanya daripada mana perasaan ini datang kepada ku . Sehingga aku terfikir manusia nie terlampau angkuh sehingga lah datang ujian yang amat besar .. YA ALLAH kesianlah aku.. Dan daripada ini lah kita mula hairan setiap ucapan nasihat yang pernah kita lontarkan mula menikam diri hinggakan tiap tiap satu ayat itu ditepis sehinggalah suatu ketika kita tersedar bukan mudah bersyukur dengan nikmat derita.


Aku tidak pernah meminta derita tapi derita yang ALLAH beri banyak mengajar aku makna kehidupan . Sewaktu kita senang bahagia selesa kita baca


" LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINADZHAALIMIIN "
Tidak ada ILLAH melainkan ENGKAU sesungguhnya aku termasuk dalam golongan yang zalim


Kita tak de perasaan dan kita tak kan dapat rasa nikmat nya

Iyya kanak' budu wa iyya kanas ta'in
(Hanya Engkaulah yang kami ibadahi dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan)

Dan sehinggalah ALLAH berikan nikmat derita kepada kita , kita mula bangun dan solat malam memohon pertolongan ALLAH . YA ALLAH bantulah aku dengan penuh pengharapan.. Perasaan kita itu hanya ALLAH yang mengetahui dan setiap bait bait doa merupakan kesungguhan yang benar benar dipohon .

Nikmat ketika kita kembali kepada Allah dan bertawakkal pada-Nya serta banyak memohon pada-Nya, ini terasa lebih nikmat dari hilangnya derita dunia yang ada. Ingatlah  Semoga kita terus bersabar dan bersabar



Dan penantian itu indah kerana manis nya rahsia itu walau derita menghurung diri .
Aku banyak belajar dari semua ini .. Yang pasti kesetian ini pasti ada penuh pengharapan dan penantian.







.



8 comments:

Tengku Iji said...

setiap apa yang berlaku ada hikmahnya :)

miera said...

InsyaAllah . Amin :)

Badrina Ibtisam said...

Nice post, Abg Wan.. :')
sy juga mcm tu.
betul kata Abg Wan.
'jika ALLAH tak datangkan derita alangkah sombongnya aku'

stay strong yea! :')

Mujahiddah Agama said...

Dugaan & cabaran mematangkan diri seseorang..
Andai diri sedang diduga bergantunglah kepada Pemberi Cinta & Sayang iaitu Allah Azza wajalla..

Azwar Syuhada said...

ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya :)

Ukhti NurliyanaZulkifli said...

Saya suka entry ni benar ujian Allah itu ajar kita banayak benda .Alhamdulillah

Princess Bieber said...

Ujian dari Allah memang perlukan banyak kesabaran.

rabiatuladawiyah said...

awak salin ayat dr asri dr ceramah dia ye...huhu