Wadah Madrasah Pengalaman: Kekuasaan ALLAH mencabar teknologi canggih .. Kita yang semakin lupa


Monday, March 10, 2014

Kekuasaan ALLAH mencabar teknologi canggih .. Kita yang semakin lupa

.




Assalamualaikum ...

Pesawat MH370 masih belum ditemui
Walau sehebat mana pun teknologi untuk mencari
Nyata tanpa izin ALLAH
Semuanya jadi sia sia

Walau sehebat mana pun ciptaan manusia
Namun kekuasaan ALLAH lebih hebat dan tiada tanding taranya

Setiap yang berlaku punya hikmah dan alsan NYA
Siapa tahu
ALLAH menguji dan ingin mengingatkan kita agar sentiasa tahu akan kekuasaan ALLAH tanpa berharap pada mana mana sesuatu

Mungkin
Dizaman yang canggih ini
Manusia semakin lupa untuk berdoa
Solat dan semakin lupa akan ALLAH
Duniawi semakin dikejar
Akhirat pula dianggap dongeng yang tak pasti

Dengan kata lain
Melebihkan Duniawi daripada melebihi Akhirat

Pada ALLAH semakin dilupa
Tapi
Pada Duniawi
Diberi segalanya . Beri hatinya . dikejar . diletak sepenuh harapan .



Lalu
ALLAH hilangkan MH370
Maka terputuslah perhubungan antara kita

Tak kiralah hilang kerana apa
Kerana itu kerana ini
Kerana mereka kerena pesawat
Kerana kecuaian
Itu cumalah asbab

Sedang yang merancang yang mengizinkan
Semua di tangan ALLAH
Sekarang siapa yang di tuju?

ALLAH juga jadi tempat yang dituju.
ALLAH juga jadi tempat mengadu.
Lalu terpacullah dari bibir,
Tertaiplah pada statusmu, blogmu, nukilanmu,

"PRAYFORMH370."
"ALLAH SELAMATKAN MEREKA"

Selama ini kita cabar ALLAH dengan melebihkan duniawi dari DIA
Lalu Dia seru sahaja mengikut iradat-NYA

"Kun Fa Yakun."

Putuslah.
Berakhirlah.

"Kembali sujud pada-KU!"

Sekarang
Siapa yang awak lebih perlukan?

Barulah tersedar,
"Saya perlukan ALLAH...Saya sayang ALLAH."

Akhir kata, jangan cabar ALLAH.
Dengan atau tanpa sengaja


Percayalah
Kita semakin lupa ALLAH

Semoga kita yang masih hidup bisa buka mata
Ambil pengajaran
Terima mesej ALLAH
Bahawa mati itu pasti
Ia akan tiba
Bila bila
Semoga perginya kita nanti dengan banyaknya bakti
Biar langit menanti
Biar bumi setia menangisi

ALLAH..
Kematian itu memang pasti
Tapi kita tetap bersahaja
Kenapa??


ALLAH
Kejadian kehilangan pesawat MH370 adalah perancangan MU
Hebatnya kuasa MU
Kami hanya mampu melihat
Ada takdir MU yang kami setuju
Dan ada yang tidak 
Ampunkan kami 
Bukan menafikan keadilan MU
Cuma menyatakan perasaan sedih yang KAU jua wujudkan dalam diri diri kami
Namun perasaan itu dapat kami kawal dengan keimanan





.




9 comments:

Aqilah Azmi said...

:((((

Syira Lokman said...

...MAAF tak sempat nak terjah semua entry..rindu nak blogwalking..
jom singgah blog syira ..doakan untuk MH370 :)
# Puisi- MH370 Pulanglah ! #

Anonymous said...

Salam wan hazel.
selepas apa yang saya baca diblog awak ni, terdetik hati saya untuk memberi sedikit pandangan.

Tidak wan hazel rasa isi dan content entry kali ni berbaur tahyul ?
Bukan saya tidak percaya akan kekuasaan Allah S.W.T cuma cara penyampai Wan Hazel boleh membawa maksud yang berlainan.

Ya, Allah mempu melakukan segalanya bah kan khimat dunia ini juga dilakukan oleh-Nya.
Tapi, dalam situasi kita sekarang ini, kita tidak boleh terus mempercayai bahawa kehilangan MH370 ini adalah kerana Allah.

Ini sama juga dengan kisah yang berlaku ber-abad dahulu dimana sebuah jet dan kapal terbang yang lalu di laluan tiga segi bermuda telah lenyap. Kisahnya sama seperti kita dimana mereka sendiri tidak dapat mengkaji sebab dan punca kehilangan jet dan kapal terbang itu. Mereka jahil dan tidak mempunya Ilmu yang kukuh, maka untuk mengakhir kan cerita, mereka membuat andai bahawa kapal dan jet itu disedut kedalam kawasan tiga segi bermuda oleh Dajjal dimana Dajjal juga ciptaan Allah.

Adakah kita sebagai umat islam jahil dan naif seperti mereka sehingga cuba mencari jalan mudah untuk terus menyatakan bahawa MH370 itu hilang kerana kekuasaan tuhan ? Ya memang benar Allah menghidup dan mematikan makhluknya, tapi Allah itu Maha berkuasa, mana mungkin Allah menghilangkan MH370 begitu sahaja.
Sekalipun Allah ingin memberi peringatan kepada umatnya ataupun menjatuhkan hukuman, pasti bukan itu caranya. Jangan terlalu taksub kerana segalanya boleh menjadi Tahyul. Mungkin ada konspirasi disebalik yang berlaku.

Maafkan kalau pandangan saya bertentangan dengan Wan Hazel. Saya hanya berkongsi apa yang saya rasa. Wan boleh nilai sendiri.
Tidak lah saya mahu melebih lebih, takut lebih sudu dari kuah. Wallah Hu'Alam. Salam :)

Jika wan ada sebarang pandangan dan bantahan atau komen, boleh email saya di :

sznsrn@Gmail.com saya sedia membalas :)

p/s: maaf kalau ada typo ;p

Fatimah Nabila said...

huhu..i'allah, klu dgn izin-NYA kita dpt jugk brjumpa dgn mngsa samada selmt atau tak..huhu..kita je sbg hmba-NYA kna sntiasa brdoa..

Wan_hazel said...

saudara Anonymous

Jika tidak dengan izin ALLAh semua tak kan terjadi..

Jangan membelakangkan ALLAH saudara.. Saudara sudah membaca artikel bario yg hilang helikopter??

Anonymous said...

Seriously after baca apa yg anon komen tu lebih rasa mcm something not right there... Semua benda yang berlaku di dunia ni adalah kerana kuasa ALLAH.. Kun fa ya kun..

Nur Nainis said...

Betul..semua dengan izin Allah. Kalau ada "makhluk2" lain pun yang merancang, tapi kalau tak ada izin Allah, tak kan terjadi juga. Bukan menyalahkan Allah tapi berfikir bahawa kita sekarang ini terlalu taksub dengan yang "LAIN" selain daripada Allah. Mendahului yang lain selain Allah. Allah nak uji kita. Kita kena kembali pada Dia.

rakyat malaysia said...

Assalamualaikum

kewujudan 2 pasport palsu ini seperti ingin melengah lengahkan sesuatu.

sekadar pandangan
saya hanya memberi main point

Anonymous said...

It offers short-term monetary help to fulfill any unexpected expenses that can annihilate financial or
monthly budget avicii tickets usa (getaviciitickets.com) louis,
opted for a $40 million settlement in a previous federal case over pcb contamination in anniston,
and another lawsuit over waterway pollution was settled
for $43.