Wadah Madrasah Pengalaman: Kisah dan teladan wanita Islam : Saidatina Aminah Bintu Wahb


Monday, March 10, 2014

Kisah dan teladan wanita Islam : Saidatina Aminah Bintu Wahb

.



Saidatina Aminah Bintun Wahb adalah meupakan wanita agung yang telah mengandungkan nutfah yang mulia Saidina Muhammad Saw. Berketurunan Bani Asad Ibn Abd ‘Uzza. Telah dipertemukan Allah jodohnya dengan Abdullah Ibn Abdul Muttallib, pembesar Quraisy. Abdullah Ibn Abdul Mutallib adalah seorang pemuda yang kacak, diceritakan dicelah kedua kening beliau terpancarnya    cahaya dengan cahaya nubuwwah sebagai petanda yang beliau bakal menjadi bapa kepada    segala penghulu anbiya’.

Abdullah adalah anak yang paling disayangi oleh Abdul Muttallib. Tatkala sumpah ayahnya untuk menyembelih salah seorang anaknya sebagaimana lazim adat jahiliyyah pada ketika itu jatuh    keatas Abdullah, lantas diganti dengan seratus ekor unta sebagai menggantikan nyawa Abdullah anak yang paling dikasihi.

Sesungguhnya Allah telah berfiman di dalam surah Ali-Imran yang bermaksud:

 “Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibahim dan keluarga ‘Imran melebihi  segala umat (di masa mereka masing-masing). (Sebagai satu keturunan yang sebahagiannya (keturunan) dari yang lain. Maha Mendengan lagi maha Mengetahui.
(ayat : 33&34 ) 





.



2 comments:

timm_bill said...

kdang2 bnda simple cmni bila mkin dewasa mkin lupa pulk..sedngkn dlu time kecik2 semua sirah nabi dihfalnya..huhu..

Akeyla Azmi said...

<3
rindunyaa nak baca sirah nabi hm