Wadah Madrasah Pengalaman: Kerana sekali istikharah kau mula berubah hati .. :(


Saturday, March 1, 2014

Kerana sekali istikharah kau mula berubah hati .. :(

.




C/P

"Gadis putus tunang: Tunang nampak wanita lain dalam mimpi istikharah."
Aku baca tajuk berita dalam group whatsapp.

Kebetulan kawanku di sebelah terdengarnya. Lantas berkata,

"Itulah akibatnya bila orang jahil kononnya tiba-tiba jadi bijaksana setelah istikharah. Dia rasa itulah petunjuk dari Tuhan. Sedangkan dia terbelit hasutan syaitan."

Dia mengeluh.

"Apa maksud kau? Macam buku sastera SPM pula ayat kau." Aku tanya sambil membalas mesej-mesej di whatsappku.

"Boleh tak kau berhenti whatsapp sekejap?" Kawan suruh.

"Okay. Okay." Aku berhenti balas.

"Tengok. Kau boleh saja berhenti balas mesej para gadis di whatsapp tanpa perlu lakukan istikharah. Sebab kau tahu tiada manfaatnya kau balas ataupun tidak. Tiada beza. Tiada apa yang berubah. Para gadis tu takkan jadi isteri kau selagi kau tak lamar dan meminang mereka dari wali mereka pun. Betul tak? Ayat manis, ayat janji, ayat nak nikah semuanya kosong tanpa kesungguhan dan tekad serta keizinan dari Allah." Kawan beranalogi.

Aku terpanah petir sekejap.

"Ya, engkau bagus. Aku tak bagus."
Aku buat muka merajuk.

Kawan menyambung.

"Baiklah, aku nak kau tahu, ada athar yang berbunyi,

'Tidak akan kecewa orang yang melakukan istikharah dan tidak akan menyesal orang yang bermesyuarat dengan orang lain...'

Maksudnya, tidak ada masalah nak buat istikharah. Buatlah kalau nak. Solatnya pun mudah. Solat sunat dua rakaat dengan niat solat sunat istikharah kerana Allah Taala. Afdhal dilakukan di sebelah malam sebab Allah 'turun' ke langit dunia di sepertiga malam. Namun, boleh juga dilakukan di masa-masa yang lain ikut kesesuaian.

Istikharah tu bagus. Tapi, orang yang beristikharah itu yang kurang bagus etikanya. Kau tahu tak kesilapan yang mereka lakukan bila beristikharah?"

Aku geleng kepala.

"Dengar ni, antara kesilapannya adalah,

1. Istikharah nak pilih pasangan misalnya, dalam keadaan kau dah rasa sayang kepada pasangannya tu. Kalau dah sayang, masuk meminang saja. Yakin dan jangan was-was lagi. Kalau ada dua pilihan, hati dah tahu sayang lebih pada siapa. Pilih yang kau sayang lebih tu lah. Terus-terang saja pada calon-calon.

2. Istikharah dan tidur. Malam tu mimpi, keluar muka orang lain. Terus buat keputusan terburu-buru. Contoh macam kes dah tunang, nak putus tunang. Eh, mana lagi utama? Mimpi atau rasional? Rasionalnya kau akan malukan kedua-dua keluarga terutama keluarga perempuan. Kau nak pilih yang kabur atau yang jelas? Tunang kau jelas di mata, sedangkan bayangan dalam mimpi tu kabur, tiada ikatan dengan kau pun. Jangan tertipu. Itu mainan syaitan. Lainlah kalau kau dah istikharah 3-4 bulan lamanya, jawapan still sama. Ni kau istikharah sehari dua. Orang lain waras, kau yang gila.

3. Istikharah dalam masa pendek, kemudian hati berubah. Kau anggap itulah petunjuk dari Allah. Ini salah. Sebab hati sifatnya berbolak-balik ikut mood. Itu namanya ikut hati. Bukan ikut jawapan Allah.

4. Istikharah kemudian tidak bawa berbincang dengan orang lain. Contohnya, kau istikharah sekian-sekian lepas tu dapat keputusan kau terus buat keputusan. Nanti dulu. Tanyalah pendapat ibu-bapa. Tanya pendapat alim ulama. Tanya pendapat kawan boleh percaya. Apakah alasan kukuh untuk tolak dan terima? Adakah tolak sebab orang itu tak baik? Atau terima sebab orang itu cantik dan kacak semata? Atau kerana agamanya?

Ibnu Hajj al-Maaliki sebut dalam kitab al-Madkhal, Nabi s.a.w. menyuruh kita beristikharah, berbincang minta pendapat orang lain, dan bukan bergantung pada mimpi.

5. Istikharah tapi solat fardhu kau abaikan. Sah-sah istikharah kau tu tak berhasil. Sebab kau pentingkan yang sunat dari yang wajib. Allah marah tau tak? Kalau Dia murka, mana Dia nak beri petunjuk pada kau?

6. Istikharah dalam keadaan kau buat maksiat. Puasalah maksiat kalau nak Allah reda.

Ikhtiar, usaha dan berfikir dengan waras adalah lebih utama. Allah bagi kita pilihan berusaha sungguh-sungguh. Istikharah ibarat penyedap dalam makanan saja. Nasi dah ada lauk ayam masak berempah, tambah daging bakar dan budu jadi makin sedap.

Faham tak?"

Aku siap meniarap dengar kawanku bagi huraian. Sambil komen,

"Panjangnya."

"Oh. Pendek kata, yang wajib adalah usaha sungguh-sungguh dan yakin. Jangan banyak sangat pilih orang itu dan ini. Tetapkan pada satu hati. Yakinkan ibu-bapa dengan satu pilihan itu. Istikharah cuma sunat. Doa berterusan Allah permudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat itu lebih utama. Baca al-Quran sentiasa supaya hati tak was-was diganggu syaitan.

Jangan jadikan yang sunat itu wajib. Sekian usrah kita malam ni."




 ::
Cara solat sunat istikharah
Bagaimana Memahami Petunjuk Istikharah






.



8 comments:

Aisyah azizon said...

setuju 100%. kewajipan perlu diutamakan =).. nice entry bro wan =)

Dina Ibrahim said...

thank you for the sharing info yg sgt berguna.

Nur Haziqah Mohd Rosli said...

Deep. tanya pada Allah bukan time nak kahwin je. dan bukan time susah je nak mintak tolong Allah. note to us , to be a better person . in shaa Allah

Akeyla Azmi said...

whoaaa. Yang last tu best tu.
Yang sunat jgn diwajibkan.
hihihi thanks abg wan :D
the best!!!

Kenari Putih said...

betul tu saya setuju, kalau kita buat istikharah tu biar lama takpa, jangan buat sekali dua, terutama keputusan kita tu nanti akan bagi kesan yang besar pada diri kita.. kalau saya untuk keputusan kahwin dan jodoh ni, satu keputusan yang besar dan akan bagi impak pada banyak pihak, kalau saya, saya buat 6 bulan sebelum saya kawin.. :)

Nurulee said...

agree hundred percent. ive thinked bout that kesilapan before this. but yaaa i dunno how to talk bout this topic bcs i dun have a lot of ilmu dalam bab bab gini. so i decided to diam and most of my friend didnt realize bout all tht kesilapan macam kat atas tu.

and i found this. i really wanna share this benda baik. screenshot can aaaaa? mintak izin ni. hehehe.

peace.

Wan_hazel said...

Nurulee

why not... sharelah.. :)

timm_bill said...

ade pulk kes mcm ni..agknya dia mnjadikn alasan mmpi solt istikrah sdangkan htinya mmg ada pda org lain..huhu..pyah jugk psal jdoh ni ya..