Wadah Madrasah Pengalaman


Saturday, June 13, 2009


Salam

Sekali ku melangkah maju nya terus kehadapan,namun ada masa nya was was membuatkan diri ini berhenti di persimpangan 4. Ada kiri,ada kanan,belakang jua hadapan... Persinggahan nya bukan sementara cuma.singgah nya entah hingga bila.. Ada masa nya ingin saja berundur asa yang semakin putus. Ke kiri nya pula entah menuju kemana begitu jua kanan. Namun kehadapan merangkak mengenang nasib mengenang tujuan kehidupan. Biarlah berdiri disini berpaut pada lalang yang longlai.



Jeda jeda jahil menghembus melalui setiap perjalanan. Kosong tanpa kata,hendak dilawan tiada bermaya. Daif nya langkah ini. Tiada sapa disisi. Berkecamuk pemikiran lantas mengeluh tentang kewujudan jari kaki,apa makna nya,apa guna nya...apa sifatnya... "Gelapnya pemikiran. Hina nya apa yang difikirkan. Pasti setiap ciptaan Nya ada fungsinya tersendiri. Begitu jua kehidupan, yang terjadi pasti ada hikmahnya". Omelan hati yang waras mencelikkan mata ini,dengan nada yang berbaur bengang. Wujud jua sudut terang dalam diri ini. Syukur jalan ini masih bermaya.


love road Pictures, Images and Photos

Langkah ini semakin berani,namun ada rindu tentang masa itu,ada rindu pada yang jauh,jauh nya didaerah sesang. Biar jasad jauh dimata asalkan hati sentiasa berkekalan satu...

Photobucket

Noktah

Wan_Hazel





2 comments:

♥chentaMAYA™ said...

lame sudah tidak singgah!
madah kamu indah!

Wan_hazel said...

thankz chenta maya...