Ada kaitan dengan cara ku dibalik kata nya. Dari awal semester hinggalah ke saat ini. Terima kasih Mildred a.k.a Mudin kerna memberiku buah fikiran untuk berbicara lagi diteratak usang ku ini.
Disini aku melunjurkan kakiku setelah kepenatan menyerang akibat lama nya aku bersimpuh. Sebelum ini aku sudah berbicara tentang sahabat,tentang kenangan dan kini izinkanlah aku berbicara pula tentang kehidupan seorang pelajar di Intitusi Pengajian Tinggi. (benar atau tidak terpulang pada diri yang mengertikannya)
Kulemparkan jauh sudut pandang ku, bermula diawal semesta, aku bergelar budak junior masih mentah lagi dalam alam pengajian tinggi. Kesana sini aku keseorangan,biasalah budak junior kata kan. Hm...lebih baik aku diamkan cerita tentang aku sebagai junior.
kembali ceritakan tentang kisah dari kaca mataku. Kini aku di semestes 3. Memerhati sekalian junior junior ku. Apa yang akan kulakarkan itulah dari sudut pandangku, tiada niat jahat hanya ingin berkongsi kisah.
Junior semesta pertama, minggu pertama, melilau lilau mata memerhati persekitaran, ada rasa takut pada tingkah laku nya,pakaian biasa biasa sahaja, minggu kedua pula,sudah ramai sahabat,suara gelak tawa pula sudah mengalahkan pensyarah, namun disebalik itu masih ada jua yang terdiam. Ada juga yang mengalami kejutan budaya...
Semester kedua pula,yep,kejutan budaya, fesyen mula berubah,"ekot trend katakan". Melayari laman sesawang facebook,friendster,tagged membuatkan mereka ketagih. Siang dan malam berjaga hingga mengabaikan pelajaran.
Aku tidak mengata dan menghina,aku masih bercerminkan diri.
Cukuplah rasanya aku melakar setakat ini. Yang selebihnya aku serahkan kepada kalian untuk merenung. Ingatlah sahabat belajarlah selagi termampu.
Noktah
2 comments:
salam,
ye..betul3x..berkata tentang belajar..kita belajar daripada kesilapan kita..:-)
hehehe,,,yep betol tu...
Post a Comment