Wadah Madrasah Pengalaman: Mampukah 'Hotel Mania' Cetuskan Fenomena Seperti 'Glee'?_ 'Hotel Mania' Bagaikan 'Reunion' Teman Lama


Friday, April 2, 2010

Mampukah 'Hotel Mania' Cetuskan Fenomena Seperti 'Glee'?_ 'Hotel Mania' Bagaikan 'Reunion' Teman Lama

Mampukah 'Hotel Mania' Cetuskan Fenomena Seperti 'Glee'?

'Hotel Mania' Bagaikan 'Reunion' Teman Lama




Hotel mania, hotel mania,bez ke? Bagi aku citer nie bez tapi time mereka orang nyanyi nyanyi tu ade part yang aku tak suka, hm, over sangat. . . Watak Adi tu aku tak suka. Semua chef dalam watak tu pun aku tak suka. Aku suke watak Adam, n pekerja Spa. Hehehe. Pekerja Spa comel. Hehehe.

Ok,ok,law aku diberi pilihan nak pilih watak ape, aku pilih watak Adam..hehehe. Budi bahasa budaya kita. Eceh. . .


------------------------------------------------------





Drama muzikal. Bukan satu idea baru. Ingat lagi 'Kau Dan Aku' lakonan Mila, Aril dan Akim? Satu percubaan berani yang boleh dibanggakan. Cuma pencapaiannya tidak sebaik yang diharapkan. Namun, ini tidak mematahkan semangat KRU Studios untuk menerbitkan drama muzikal mereka sendiri.

Hotel ManiaHotel Mania
'Hotel Mania', drama muzikal 26-episod, arahan Nizam Zakaria yang juga penulis skripnya, membariskan nama-nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tempatan – Anding Indrawani, Marsha, Dafi, Adam, Bob, Zain Ruffedge dan Ryzal. Dan yang lebih menarik, lagu-lagu yang akan dipersembahkan nanti adalah lagu-lagu popular ciptaan KRU.

Mampukah 'Hotel Mania' mencetuskan satu fenomena di sini sepertimana 'Glee' di Amerika Syarikat? Semuanya akan terjawab pada 2 Mac depan bila 'Hotel Mania' menggantikan 'Tari Tirana' di slot Lestary TV3.

Cerita bermula dengan Adiwira (lakonan Anding), seorang graduan dari Sarawak yang ke Hotel Mania untuk mencari bapa kandung yang tidak pernah ditemui.

Di Hotel Mania, Adiwira berkenalan dengan Girang (Dafi) yang menjalani latihan praktikal di situ. Kebetulan, hotel tersebut sedang mengadakan temuduga terbuka untuk pelatih-pelatih baru. Girang mencadangkan kepada Adiwira untuk menghadiri temuduga itu supaya dia mempunyai tempoh yang lama untuk menyelesaikan misi mencari bapa kandungnya.

Ketika bekerja di sana, Adiwira bertemu Emilia (Adeline Anthony) yang bertugas di bahagian spa & sauna. Emilia selalu dibuli Mar (Marsha), pekerja 'front desk' yang menaruh hati pada Adiwira.



Diambil dari gua.com

sambungan klik ke
paparan sebenar




No comments: