Wadah Madrasah Pengalaman: Ramadhan ke duapuluh empat_Salam perantauan


Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan ke duapuluh empat_Salam perantauan

.



Salam korang..


Ecece...Tak sabar ye nak raya..Raya raya juak jangan lupa kesihatan tu..Dan kepada yang nak balik kampung jumaat nie or lepas lepas nie ..Bagi yang memandu tu..INgat lah orang yang sayang kat korang k..Berhati hati memandu tu..jangan laju sangat..Dan jangan lah perlahan sangat ..sedang sedang k..Wan akan Doakn perjalanan korang..


Dan bagi yang tak dapat nak balik tu..Salam perantauan je lah kan..Sila lah wat ucapan kat mana mana medium sesawang ..Yang jauh pun terasa dekat..Cuma yang berbeza adalah suasana..Suasana kampung lain sangat..


Imbas kembali






Mood = Diruang rindu
Lokasi=Dongyang Technical College, South Korea





Salam korang



Penat baru lepas balik dari SEORAKSAN NATIONAL PARK.. Agak jauh perjalanan..naik turun naik turun.. Hari nie baru dapat keluar jalan jalan ngan member lepas selesai peperiksaan..seronok..

Teringat aku panggilan telefon dari adik petang tadi.

”Abang,Sik lamak gik puasa,sebulan gik “ sambil tertawa kecil dihujung suara.


Huh…rindu keluarga di Malaysia. Law tahun nie tak balik gak..alamatnye 3 tahun dah aku beraya di Dongyang Technical College, South Korea.. Alamatnya beraya dikedutaan lagi lah tahun nie.. Raya kuliah raya kuliah…naik bosan gak aku dengan semua tu.. Terpaksa gak aku hadam.. Aku tahu aku tetap akan menyambut Ramdhan dan Syawalku disini.


Tersenyum seorang aku disaat menarikan jemari dipapan kekunci ini tatkala teringat seketika saat puasa keduaku dirai oleh rakan sekelas

"Taniah Wan, taniah Wan, semoga dapat bertahan" yon tei woun semangat memberi perangsang.

"Wan Ramadhan kali nie tak ada buah hitam manis ke.? Rindu nak makan buah hitam manis" shong jun ah bertanyakan pasal buah hitam manis sambil menepuk nepuk bahuku.
(buah hitam manis=buah kurma) Klik untuk ke entri ini


Kali ini aku duduk keseorangan selepas pulang dari makmal , terkebil kebil kelopak mata melihat sekeliling..entah apa yang hebatnya aku disini..Jauh disudut kasih , jauh dari keluarga…kadang hampir rapuh dahan kesabaranku… aku ingin pulang.. sedang didada masih terpuruk rasa sayang untuk meninggalkan langkah disini . Kerana itu, aku cukup menghindar daripada berada di awan genawan kenangan, atau menyerempak dengan mereka yang berkait nostalgia lama (sahabat sahabat dari Malaysia). Melainkan, saat aku sudah cukup tegar, cukup fikir yang ranum, cukup tenung yang dalam. Biar uban berebutan di kepala, atau rambut berkejaran cabut dari akarnya. Waktu itu aku pasti kan cukup kuat mengenang kesemuanya.. sewaktu itu mungkin aku sudah diMalaysia mengenangkan saat aku yang kini disini...

“dansik chukje il chukha hamnida”(selamat hari lebaran?)

bahu aku dipukul oleh sheun jing woon..


Bukan nak bersalam tapi pukulan yang aku terima.. terpancar kat wajah aku keriangan..eceh, Sewaktu pertama kali beraya kat sini.. Banyak plak kenangan yang terimbau saat aku menulis entri nie..


Tika dibuai rindu, emosiku menyentuh di dasar paling rendah yang pernah dicapai dalam hidup ini. Saat ini, aku seperti menjangka akan gagal buat sekelian kali, lebih-lebih lagi dalam perjuangan yang jauh dari keluarga. Benar aku tak mampu berdiri sendiri. Aku masih belajar mencari makna hidup mencari makna kesempurnaan hidup..Syukur aku tidak pernah lupa akan Nya.


Aku pura-pura memandang ke luar tingkap, menyembunyikan terjunan air mata yang laju sekali. Ketika itu juga, sahabatku yang paling akrab menggenggam bahu kananku dengan tangannya. Aku berdegil tidak menoleh. Gigil tubuhku menahan sendu tidak terbendung. Pernahkah kalian alami syahdu yang diserabutkan lesu?




Salam dari kejauhan .







(kisah rekaan)








3 comments:

si kerdil disisiNYA said...

hahah:) selamat beraya di SANA :)

Wafa Aznan said...

2 tahun lepas raya kt perantauan gakk , raya kt UK ^^ tak bestt , lain sangat suasana :( tapi alhamdullilah tahun ni dpt raya kt Malaysia :'>

Ummi_R❀salici❀us said...

wan kat sana lagi ke sekarang nih ??