Wadah Madrasah Pengalaman: belajar menjinak kedegilan,kesombongan dan kemalasan


Friday, August 24, 2012

belajar menjinak kedegilan,kesombongan dan kemalasan

.



Assalamualaikum...

Salam jumaat
----

Saat ini apa yang kau telah ubah?


Persoalan yang sering kali aku ajukan pada diri..Hampir setiap kali lena ku..Kekadang segalanya  seperti diacu pistol dikepala membuatkan semua persekitaran ku terdiam..


Aku masih yang sama

Namun setiap kali itu jua kusangkal dengan sebaris ayat " Aku sudah menjinak kemalasan , kesombongan dan kedegilan ku" .. Jawapan yang tercetus entah dari mana padahal ia hanya sebaris jawapan yang maha kudus . teresak nafas menahan air mata yang tak pernah terkeluar. hati memberontak diam bukan tanda menyetujui tapi telah kukunci dengan helah yang kucipta..


Bukan sesuatu yang mudah untuk menjinak kemalasan , kesombongan dan kedegilan..Ia perlukan satu tempoh masa yang agak panjang..  Kekadang kesombongan itu bergerak selaras dengan perlakuan tanpa kita sedar . Begitu jua dengan kemalasan Sikap yang begitu mudah untuk kita pelajari . Dan kedegilan itu lah peneman setia jiwa jiwa kita semua.. walau jiwa dibadai taufan , walau jemari terhentak hentak mengarang entri ini aku masih belajar menjinak kemalasan ,kedegilan dan kesombongan ku ..


Kerna aku kurang pasti apakah kesombongan dalam pemikiran yanga lain dan apakah kemalasan sebenar dan apakah makna kedegilan sejitunya.  Walau niat hanya ingin berkongsi namun sesetengah pra sangka manusia sukar untuk kita yakini kejujuran nya.. Apatah lagi untuk kita mengujinya.. Kerna kita bukan Tuhan mengetahui apa yang sebaiknya ..

jadi ingatlah..

Bukan bintang yang ingin ku petik, jadi yang paling tinggi mencapai 
pucuk pohonan pun dah memadai bagi ku. 



Kalau kita betul nak berubah Insya ALLAH jalan itu ALLAH akan mudahkan..
Tak susah tapi penat bertelagah dengan imam dan nafsu...

Jadi marilah kita sama sama belajar menjinak kedegilan,kesombongan dan kemalasan untuk berjuang di jalan ALLAH..Solat tu tak sampai 10 minit pun taw...


Peace.



.





10 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

insyaALLAH wan..moga semuanya dipermudahkan..

Cik Anis said...

sama2 lah kita berhijrah kearah yang lebih baik lebih baik dan lebih baik

farez shah said...

terus berdoa dan berusaha untuk berubah.insyaallah..

miz ruha said...

mari... ^_^
semoga dipermudahkan oleh Allah.. =)

Cik Yaya said...

ow..smua tu pasal nak solat ke...
dulu2 mcm tu jgk..tp skrng, Alhamdulillah wat mase ni yaya xde mslh mls atau yg sewaktu dgnnyer lg.. hehe..=D xelok mlewatkn wktu solt.kn =)

Syaza Nazurah said...

Besar maksud entry wan ni. InsyaAllah kite boleh berubah cume nak tak nak je.

Sally Yatiey said...

Semoga dipermudahkan :)

miss fluffy said...

Insyallah..jika itu kemahuan kita, pasti dipermudahkan urusan:)

Syaza Nazurah said...

Assalamualaikum, syaza nak bgthu yg syaza dah tukar link blog. http://nazurahkhamsa.blogspot.com/

Si Matatajam said...

Semoga Allah permudahkan setiap urusan kita...