Wadah Madrasah Pengalaman: Hakikatnya semalam semakin menjauh pergi...


Thursday, August 23, 2012

Hakikatnya semalam semakin menjauh pergi...

.

 Photog by : Yuuka mean Nur | Hemo Hemo Wan dari sarawak terbang ke JB/Singapore
Copyright Yuuka mean Nur
(Wan suka tengok gambar nie..Comel kan macam tuan nye.and macam ada kisah dalam gambar)

Assalamualaikum...

Rindu nye nak tik tak tik tak keyboard kat ruangan entri nie.. Padahal baru 2 3 hari tinggal ruangan nie kepenatan akibat Raya .. Otak pun masih kosong lagi nie nak update pasal apa pun Wan tak tahu.. Sedar tak sedar nak masuk kuliah dah..Assigment masih tak buat .. kiranya jasad nie macam robot je nanti.. esok nak masuk kuliah baru kita siapkan jadi kenelah plug in Google semua dalam otak nie plagiat dari wiki atau carian dah jadi kekasih utama peneman kertas kertas assigment..hahaha..


Lagu lagu raya pun kene ambik alih oleh lagu lagu biasa dah..sambil Wan taip entri nie Wan dengar lagu "safura - jangan menangis sayang" lagu lama .. Suka lak dengar alunan muzik lagu nie..Jadi dengar pun berulang kali..ahhaha..tak de kene mengena antara yang hidup ye..


Hakikat yang perlu kita ketahui ialah kelmarin semakin menjauhi kita..Itu realiti kehidupan , nak tak nak kita terpaksa jugak lalui .. Masa nie kita tak leh nak bengkok , tak leh nak hentikan .. apatah lagi kita nak putar balik..Dan adakah korang dah simpan sesuatu perkara yang mengingatkan korang tentang Ramadhan?


Putaran masa tu buatkan kita rindu..dan rindu itu buatkan kita berfikir . Adakah yang semakin hampir dengan kita Kiamat atau kematian dan adakah kita risau akan kematian/kiamat atau kita risau akan IBADAH kita yang masih belum cukup... Renung renungkan..



Papai

Yang paling jauh dari kita adalah kenangan lalu dan yang makin hampir adalah kematian..

(Mula mula tadi risau entri tak de tajuk..nasib bek sebelum noktah terakhir ada idea skit.hehehe..)


.






7 comments:

miz ruha said...

betul tu wan..
semalam semakin jauh..
yang dekat itu mati,,,

NJihe.am said...

kata Imam Ghazali, yang jauh itu masa silam...yang berlalu biar berlalu, patah tumbuh hilang berganti. Reda dengan apa yang kita dapat dari Ilahi. Kerna Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita nak!

nuyui a.k.a miss YUI said...

btol kata wan tu.. hmmm.

Puan Ira said...

btol..btol..btol..selamat hari raya

Syaza Nazurah said...

Betul lah tu wan. Kadang2 kite tak sedar usia kite makin berkurang dan makin hampir dgn kematian.

Sally Yatiey said...

Betul2 :D

Si Matatajam said...

Yang semakin dekat dgn kita adalah Mati...tingkatkan amalan sebagai bekalan...