Wadah Madrasah Pengalaman: Jika dia bakal jodohku ku..Adakah dia dikalangan yang baik


Friday, August 3, 2012

Jika dia bakal jodohku ku..Adakah dia dikalangan yang baik

.




Assalamualaikum...


Islam itu begitu indah bila kita sedar akan pengaturan kehidupan.. Dari yang sekecil kecil zarah hinggalah sebesar isu dunia.. Bila mana kita asyik berbicara soal Jodoh.. Kita mula melihat mencari dan meneliti sekeliling. Bila ditanya pula.. "siapakah isteri/suami pilihan kamu?" Rata rata akan menjawab.. "seseorang yang mampu memimpin ku syurga" .. Padahal kita semua tahu Jodoh kita sudah ditetapkan oleh ALLAH sejak dari dalam kandungan lagi.. Percayalah ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba NYA .. Jika mana hari ini kita jahat..Kita gagal menjalankan perintah Nya .. Adakah kita tidak layak untuk memilih isteri/suami yang solehah/soleh?..





Insya ALLAH dan mungkin jodoh kita untuk yang soleh/solehah .. Seseorang yang boleh memimpin kita kearah kebaikan.. Kerana hidayah itu ada pada diri kita.. Kekadang kita dikejutkan dengan isu cerai atau isu isteri bertindak zalim terhadap suami dan begitulah sebaliknya..Padahal isteri/suami itu dikalangan yang baik baik.. Adakah ALLAH telah menetapkan semua yang sedemikian.. Kerna itu jualah ALLAH menghalalkan cerai . Meskipun begitu, ia adalah perkara halal yang paling dibenci oleh Allah.. Ini bukan bermaksud kita tidak boleh mengambil jalan terakhir untuk bercerai, tetapi seandainya kita boleh berusaha mengubah pasangan menjadi lebih baik, bersabar dan bertawakkal kepada Allah, maka hendaklah kita berusaha terlebih dahulu. Maka yangbaik itu adalah untuk yang baik..Percayalah manusia itu boleh berubah.


"... Ketika kamu MENCINTAI orang yang mampu MENGUBAH KAMU UNTUK KEBAIKAN, cintailah dia. Ketika dia MENOLAK CINTAMU, lepaskanlah dia, akan tetapi KEKALKANLAH KEBAIKAN, agar ALLAH mempertemukan orang yang LEBIH BAIK BUATMU ..."





Jadi,Untuk mendapatkan yang terbaik, biarlah kita sendiri yang mengubah sikap menjadi yang terbaik. Sesiapa sahaja yang kita dampingi, samada baik atau jahat, kita mungkin tidak akan tahu. Elakkan diri dari memilih orang yang tidak sepatutnya namun elakkan juga dari bersangka buruk dan menghina orang lain. Kita diberikan akal untuk berfikir, maka buatlah pilihan yang baik. Yang kelihatan jahat tak semesti nya ke Neraka dan yang kelihatan alim tak semestinya ke Syurga..


Tidak hairanlah diakhirat esok terdapat 3 golongan yang apabila mereka dicampakkan ke dalam neraka, ahli neraka sendiri akan merasa hairan. Kerana 3 golongan ini kelihatan begitu alim sewaktu hidupnya tetapi siapa tahu, hatinya kotor!




Jodoh itu rahsia ALLAH..Semoga jodoh kita dikalangan yang baik baik..Amiiiinn.




.







18 comments:

Cik Mimey (owner fida's story) said...

jadi untuk mendapatkan yang terbaik jadi kita sendiri mengubah sikap menjadi yang terbaik.. setuju sangat untuk tu,allah pun sudah menjanjikan,lelaki yang baik untuk wanita yang baik,so kalau dapat yang baik bersyukurlah,kalau dapat yang agak kureng,faham-2 lah sendiri mungkin ada yang salahnya..

eimah siti said...

aminn...moga dipertemukan dengan jodoh yang baik2...

miz ruha said...

jodoh kita Allah yang tentukan.
hendaklah yakin,sabar dan percaya dengan ketentuan Allah.
moga jodoh kita dikalangan yang baik baik.amin.

♫ S I T I Z U L A I K H A B T J U S O F F♫ said...

suka entry wan yg ni.. betul tu..sekrang ramai yg tanya pasal jodoh..padahal jodoh kita tlah dittapkan oleh Allah sejak dlm kandungan lagi.. :)

♫ S I T I Z U L A I K H A B T J U S O F F♫ said...

btw comey doddle wan yg ni.. like like :)

misZ eEhan said...

insyaallah :)

Adi Herman said...

sebagai seorang yg dah berumahtangga,apa yg dikatakan oleh wan ini amat benar belaka...haha saya yakin sehingga ke hari ini bahawa isteri saya adalah yg terbaik utk saya..Allah yg tentukan jodoh saya dgn dia...masyaAllah,amat besar kekuasaanNya...

buatbest said...

insyaAllah..semoga dpt yg baik2 hendaknya..~

Nuraihan Kassim said...

semoge Allah pertemukan kite jodoh yg terbek tuk kte.. xperlu mencari yg sempurne, asalkan leh bawak kite ke syurge kan wan :)

Nuraihan Kassim said...

semoge Allah mempertemukan jodoh kite yg terbek... xperlu mencari atau mahukan yg sempurne, asalkan leh mengheret kite ke syurge kan wan :)

Xiao Xandria said...

Doddle wan semua sye akan baca tapi ni lambat sikit sowwy kays :)

ayut said...

nice...adeq jgn isau ye.jodoh itu pasti ada.dan yg baik utk yg baik :) itu mmg btul adeq..
ayut prasan doodle wan mesti tgk ye gitu.hihihi :D

aisya said...

bena kata ktk ya.. mun mok dpt yg tbaik, hati kita pun kenak bersih dolok, jd yg terbaik juak.. hmmm

Secrets of A Teenage Girl said...

insyaAllah... trying to be ;)

thanks for this entry...

Sally Yatiey said...

InsyaAllah :) Nice Entry

Dak Fisha said...

Amin2 Ya Rabb. moge2 begitulah hendaknya :)

Zufar Najib said...

hehehe.bgusnya info nih. :) terutama pada perempuan

Nurul Amirah Anis said...

Amin Ya Rabbal A'la minn