Showing posts with label doodle story. Show all posts
Showing posts with label doodle story. Show all posts

Wednesday, September 5, 2012

Tutorial : teknik rahsia JUTAWAN

.




Assalamualaikum...

Belakangan nie agak sibuk sikit..Blog pun tak ter update . Mana tak nya hari hari kene siapkan tempahan, naik turun kuliah dan sedikit waktu yang ada nak habiskan novel "Suami Aku Ustaz" Novel yang menarik Islamik romatik.. Jadi kesempatan nie Wan nak ajar korang macam mana nak jadi Jutawan , Bukan saja didunia Insya ALLAH bekalan itu kita bawak ke Akhirat.. Korang bukak je entri nie dengan niat yang baik baik Korang dah pun dapat pahala.. Comelkan ISLAM nie.. Nak belajar pun leh dapat PAHALA.. Sebahagian nikmat dunia kita dah kecapi..


Sebenarnya nie bukanlah teknik nak jadi Jutawan online duduk depan laptop dan boleh dapat beribu ribu income dan bukan jugaklah teknik downline. "Tanpa modal leh jadi jutawan" "modal hanya Rm50.00 pun boleh jadi jutawan".. Bukan yang tu yang wan nak kongsi .. Downline , Jutawan internet apa semua tu.. Terpulang kat korang nak percaya ke tak.. Cuma apa yang Wan nak tekankan kat sini Adalah teknik jutawan paling mudah dan paling payah.. "SEDEKAH dengan IKLHAS"


Bila kali terakhir kita pernah menderma/bersedekah/memberi .. Mungkin agak lama atau mungkin tak pernah..Pernah pun mungkin kita mengharap balasan atau mungkin sebab kita hendakkan sesuatu.. Kadang kadang niat kita nie terposong .. Wan tak nak lah ulas panjang pasal niat apa semua nie..rasanya korang semua pun dah tahu.. Apa yang kita buat , perlu redha dari Nya dari mana mana jalan sekalipun. "LiLlahi Ta`ala".


Pekara yang payah dalam hidup kita nie ialah memberi harta ketika susah.. Tapi Sedekah dengan senyuman pun boleh.. Kan kan.. Korang percaya tak ..Bersedekah nie umpama kita menanam pohon yang subur.. Suatu masa kita akan nikmati nikmat yang diberikan oleh pohon tu.. Kira macam berbakti pada tanah dapatlah hasilnya... Macam tu jugaklah bersedekah.. ALLAH tu maha kaya .. Kalau tak didunia kita jadi JUTAWAN di akhirat INSYA ALLAH.. Comelkan janji ALLAH..


Kadang apa yang kita lakukan kat dunia nie kita akan dapat balasan setimpal didunia malah dan mungkin akan dapat lebih dari apa yang kita ada.. Korang leh tengok je bangsa atau agama lain.. Bila mana agama atau bangsa lain suka menyumbangkan harta maka ALLAH berikan lagi kekayaan dengan dia... Supaya rezeki dia tak putus putus. ALLAH punya kuasa tak de sapa leh lawan.. Kunfayakun ... Apatah lagi kalau kita Hamba ALLAH yang berjalan dilandasan ISLAM..Lagikan banyak kelebihan yang kita dapat. tak kisah lah kalau korang nak bagi biru ke hijau ke merah ke.. Tak perlu fikir pasal politik kalau nak bersedekah dan tak perlulah fikir nak masuk majalah/surat khabar nak riak riak untuk bersedekah..


Skang nie apa yang kita ada..Selagi kudrat masih ada dan ada kesenangan sedikit memberilah,bersedekahlah..Rezeki, walaupun sedikit jika dikongsi kongsi itulah REZEKI YANG BERKAT.. Banyak sangat cara nak bersedekah.. dengan top up korang pun boleh.. hah.. bank in kat jabatan yang memerlukan pun boleh.Dunia dah moden.. Dalam kemodenan nie bergeraklah seiring dengan AGAMA ..Bukan memartabatkan kejahilan moden taw..

Tak pernah penat Wan nak kasi taw. "jaga solat , maka terjagalah kehidupan kita"


Cubalah bersedekah..rm 5 ke rm1 ke.. tak salah..nanti suatu masa dan Insya ALLAH korang akan termenung dan berfikir.. "Inikah nilai wang yang aku pernah sedekahkan dulu"...


Jadi.. Selamat beramal..


Nah Wan kongsi ayat nie kat korang lak.. Seseorang kongsi kat Wan..Wan kongsi kat korang lak..ehhee..

H: hanya
A: allah
C: cinta
K: ku
S: seorng

Haaaa.. Baru lah Allah akan bagi org yg cintakan dia utk kita. Hahah.




papai

Kalau sesapa nak kongsikan teknik JUTAWAN nie Dipersilakan..Semoga bermanfaat untuk kita..

Ingat ni taw..

"Comelkan Janji ALLAH"


.







Tuesday, August 28, 2012

Doodle Story : OPPA gangnam Style

.



Assalamualaikum...


Hah... Semua tahu pasal nie kan..Pantang je korang nie.. Pengaruh kuat sangat... Mesti ada diantara korang nie dah tahu camne nak wat tarian gangnam nie kan..Cuba sikit.. Apa lagi kalau kat sekolah tu.. masing masinglah tunjuk hebat korang kan.. terloncat sana terloncat sini.. lelaki perempuan sama je.. Macam tak de perasaan malu plak Wan tengok.. Bukan nak kondem lagu atau ramai orang yang minat..Nie cuma lah apa yang Wan lihat dan pendapat yang terlalu hina dari diri Wan.. Sekadar berkongsi..


Kekadang kita boleh telan lumat apa yang orang lakukan dan kekadang kita terpaksa meluah muntah memendam rasa.. Dalam banyak kekadang tu .. dan dalam ramai jiwa manusia semestinya ada yang tak suka dan ada yang suka.. Jadi kita haruslah berfikiran terbuka.. Entri nie cuma pendapat dari Wan taw.. Kalau korang nak ambil boleh kalau nak buang pun dipersilakan..


Bila Wan tanya.. Senang nye korang nak hafal langkah langakah tarian tu.. Dan akan ada suara suara yang jawab.. "Mudah je pun loncat sana loncat sini pusing pusing.. Senang kan.. lepas tu sambil sebut "Oppa gangnam style"" ... hah.. mana de susah..susah lagi ikat tali kasut kot..ahahha.. Betul lah tu.. Wan sokong sangat mana de susah pun.. Pastu ada yang akan jawab plak.. Yang penting kita orang tak rosakkan agama pun.. Kita orang masih tahu.. Yey korang masih tahu.. Wan pun tahu.. Kalau ISLAM sekadar atas nama .. Semua pun dia akan tahu.. Menjawab menjawab dan menjawab .. hahaha.. jangan lah makan cili tu kang terasa pedasnya...Lepas tu orang akan jawab plak.. "Niat kita orang nak berhibur je.. Allah tahu niat kita orang.". Betul tu.. ALLAH Maha mengetahui.. Tapi korang kene ingat Manusia bukan seperti ALLAH yang tahu mengenai niat korang..baik or buruk..jadi perkara yang sebeginilah yang patut kita elak.. hati manusia sapa tahu.. Bila mana yang tua tua lihat perangai korang terloncat sana terloncat sini apa yang mereka tua tua fikir??? last last dalam otak dia orang.. " Remaja sekaranglah tu.. tak cerdik .. ".. Kan sia sia je korang kene doa macam tu..Kata kata tu satu doa..


Lepas tu ada yang wat video respond untuk video tu..ramai yang nak try.. Ada imej yang melambang ISLAM tapi terkinja kinja dengan tarian tu.. Mana letak malu kita.. Mana letak agama kita.. Ada sesetengah video kita boleh terima.. Kalau setakat pakai baju melayu ok lagi.. Sebab tu hanya baju melayu.Tapi kalau yang dah berjubah dan berkopiah.. macam mana plak tu.eh ade ke???ahaha... hairan tak hairan?




Dan bila mana Di ajukan soalan adakah korang tahu langkah langkah solat?? akan terdiamlah beberapa orang.. Ini realiti ..Realiti yang harus kita depani.. Realiti dunia sebenar ramai yang tak tahu solat..Padahal mudah je pun langkah nye.. Dunia hujung jari nie.. Korang cari je macam mana nak solat dari korang cari benda yang tak berfaedah.. Buka mata buka hati.. HIDAYAH TU KITA YANG KENE CARI .. Korang nak kawen tak?? kalau nak kawen cepat cepatlah belajar solat ye... penting tu.. Hah..! kan dah merepek ke bab perkahwinan lak..ahaha..


Jadi lepas nie apa kata kita semarakan plak fenomena " SOLAT ISLAM STYLE " .. Kita berpesan pesan lah antara kengkawan kita.. Dan korang harus bersyukur sebab kat tempat kita telah dibina masjid yang cantek cantek , yang selesa ada penghawa dingin, ada kipas .. Sejadah yang empuk.. Dan kenapa korang tak ambil peluang nie.. Kat rumah korang pun ada tempat yang selesa sangat nak solat kan.. Kalau kita tak ubah diri. orang lain tak kan dapat ubah kita..Biar berbuih buih pun mulut Wan beri nasihat , kalau hati korang tak kuat... Korang tetap dikancah yang lama ditemani syaitan yang bertengek ketawa terbahak bahak.. "Anak ADAM telah kusesatkan" ..Dan ingat jugak..Kalau kita nak ubah keluarga kita.. Pastikan kita berubah dulu . Iman tu tak dapat diwarisi sayang..


Jangan sedar kejap je taw.. Dan Wan tak halang pun korang nak berhibur.. Cuma sesuatu yang tak baik kita elakkan dan sesuatu yang baik kita perbanyakkan.. Korang semua pun dah tahu dunia nie dunia akher zaman dan kita semakin hampir menuju kiamat .. Dimana letak ibadah kita .. Dimana letak perjuangan ISLAM kita.. jadi mari kita sama sama tegakkan apa yang perlu.. Blog blog jugak Ibadah dan bekalan akhirat kita jangan lupa ye..


Papai

Renung sebentar dan lihat diri.. 



.





Monday, August 27, 2012

Doodle Story : Andai ku bercinta ..

.




Assalamualaikum...

Cewah tajuk entri.. Tajuk dah macam lagu lak.. lagu erm... lagu "MOJO - Andai Ku Bercinta Lagi" .. ecece..Mesti ramai antara korang tahu lagu tu.. lagu sikit...hehehe.. Ok ok .. kita fokus kat tajuk sebenar k.. Kali nie entri santai je.. Biasalah entri "Doodle Story" kekadang penuh santai.. Santai ISLAM.. ada pengisian taw.. Jadi tak salah kalau korang nak teruskan bacaan..ehehhe..


Cinta tak pernah haram pun untuk kita.. Rata rata jiwa manusia penuh dengan rasa Cinta . Cinta kepada ibu bapa , cinta kepada ALLAH , Cinta kepada Rasul , Cinta kepada ISLAM dan banyak lagi.. Jadi apa yang Haram ?? Kenapa ramai yang kata Cinta nie haram..


RAMAI dikalangan kita selalu menyalahkan ilmuan ilmuan atau pendakwah pendakwah dengan mengatakan mereka terlalu kuno.. Betul..Cinta memang tak salah.. Kalau salah , Adam dan Hawa tak kan bertemu walau dipisahkan di Bumi . Kerana Cinta lah mereka bertemu.. Begitu hebat nya Cinta..


Jadi.... Cinta tak haram pun.. Yang HARAM ialah cara.. ingat semua .. "Matlamat tak halalkan cara" .. Biar kuat mana pun matalamat korang nak kawen ngan pak we or mak we korang.. Selagi tak de ikatan selagi tu lah Fitnah dunia dan Zina itu boleh berlaku.. Jadi ... tahu kan kenapa Cinta itu haram..? . 


Wan tak pernah menentang CINTA dikalangan remaja.. Cuma apa yang Wan tentang ialah cara , tindakan , perangai , bahasa dan perbualan .. Ia sesuatu yang sia sia.. Dulu Wan juga pernah fikir boleh ke bercinta lepas kawen nie.. bahagia ke?? senang ke ? sebenarnya istilah Cinta selepas kawen nie ialah Berkasih sayang dan bermanja manja selepas kawen.. Sebelum kawen kita kenal kenal dan tak perlu lah korang jalinkan hubungan atau declare dengan melabelkan diri korang sebagai pasangan kekasih.. "U cinta I ,I cinta U .. Kita couple ye" .. Kalau kalau lepas tu terjadilah sesuatu yang tak baik..Bukan Wan mendoakan cuma mengingatkan je.. Semestinya korang akan kecewa bukan.. Lepas tu berkepul kepul lah lontaran kejam dan keji yang korang lontarkan..


Beringatlah kawen tu bukan try n error  , Kita mencari pasangan menuju ke syurga bukan mencari cinta dunia semata mata.. Ini realiti yang Wan sendiri alami.Yang Wan sendiri sedari. Hensem dan cantik tu bukanlah ukuran keimanan seseorang .. Perkahwinan ialah masjid yang kita bina.. jadi mana letak tiangnya?? Tiangnya terletak pada solat.. runtuh solat , maka runtuhlah masjid .. Bercinta kerana agama , hilang agama ,hilanglah cinta..



Renungkan ye.. segala pendapat dan kritikan sila nyatakan.


Yang baik itu datang dari ALLAH S.W.T dan yang buruk itu datang dari diri Wan sendiri..

Kita kenal kenal dulu ye baru bercinta lepas kawen .. : ) (siapalah jodoh wan nie kan) hehehe..



.







Thursday, August 16, 2012

Doodle story : Untukmu Wanita

.


Assalamualaikum..

Malam malam terakhir Ramadhan nie Rasa hati nak menaip nie makin malas lak..Bila kita sibuk nak sambut raya kan.banyak yang sibuk kejar ibadah dan terlalu banyak yang sibuk nak kemas rumah..Owh dunia..Jangan terasa ye..Itu realiti korang..nak ohsem sangat raya nie kan...

Malam nie terfikir plak yang sepanjang minggu atau bulan nie Wan kurang nak rebut peluang untuk sampaikan sesuatu kat blog nie..Jadi kali nie Wan nak kongsikan beberapa patah kata yang penting untuk kaum Hawa tahu.. Insya ALLAH .. Dan seandainya ada yang tak begitu menyukai entri kali nie..Wan dah bersedia kehilangan sebahagian besar dari warga pembaca yang ada.


Percaya tak perempuan yang seksi cepat je dapat pak we tapi lambat nak dapat suami.. manakala sebaliknya bagi wanita yang menjaga auratnya.. REALITI nie.. Korang tengok diri dan korang lihat sekeliling.. Ada kan yang dah ada pak we sekarang nie?? korang percaya dengan pak we korang tu leh buat suami?? dalam 100% tu ada 99% yang tak kan jadi suami korang.. Bercinta nie terlampau indah tapi ia akan jadi terlampau menyakitkan untuk korang rasa.. jangan suatu hari nanti korang salahkan lelaki.. banyak sangat dah yang salahkan lelaki.. Padahal kesalahan tu kat diri korang je.. Sapa suruh terhegeh hegeh kan..mana lelaki nak isteri yang macam tu.. Bukan Wan nak menjatuhkan korang , cuma..Ini REALITI .. Kalau orang tanya Wan.. Wan nak sangat isteri yang hidup dalam landasan ISLAM... Bukan sekadar bertudung tapi dia menjaga aurat dan pergaulannya..Bersosial boleh cuma jangan terlebih lebih je..


Pernah tak terfikir..Kenapa Wanita yang menjaga auratnya begitu tinggi nilainya pada seorang lelaki??? Korang nak tahu kenapa.. Sebab harga diri korang hanya untuk suami korang je tengok.. Wan tak nak lah kalau orang lain tengok isteri Wan lebih dulu dari Wan .. Sebab Wan bukan jenis yang suka nak berkongsi.. Maaf ye.. Kuat cemburu nie... hahaha...


Tidakkah kaum lelaki ini merasa tercabar dan cemburu melihat wanita yang di bawah tanggungjawab mereka yang sepatutnya hanya mereka melihat aurat mereka tetapi, 
sebaliknya lelaki lain juga mendapat HAK yang sama?


Korang perlu ingat lelaki nampak je ganas . walau kurang ilmu sekalipun lelaki nak sangat wanita yang menjaga auratnya.. Sebab lelaki jua perlu dibimbing dan lelaki perlukan seseorang yang mampu menjaga anak anak nya.. Dan paling penting LELAKI sebagai seorang SUAMI tak nak TANGGUNG DOSA KORANG .. Kalau korang tak tutup aurat dan jaga perlakuan korang lepas kawen.. 100% dosa korang suami yang tanggung.. Dan sebab tu lah lelaki nak cari isteri yang terbaik... rinan beban suami.. Syurga menanti bukan nya neraka..


Dan kamu wahai kaum wanita.. jagalah auratmu.. Sedihlah sikit ye sebab Dosa korang ayah dan selepas itu Suami yang tanggung .. Sayanglah suami dan ayah korang.. Tak terlambat pun nak berubah.. dan janganlah korang melambatkan taubat dan perubahan korang.. Kerna selepas nie ajal kita yang menunggu.. Giliran kita yang seterusnya.. hampir berkali kali Wan kasi tahu... Hidayah tu perlu dicari.. Cinta pada ALLAH maka ALLAH lebih cinta pada kita..

Jadi.. sendiri mahu ingat.. Kita asyik berbicara Dunia akhir zaman tapi dimana langkah langkah kita bersedia untuk semua tu??? 



'Ya Allah, teguhkanlah pendirianku, jadikanlah diriku pemberi petunjuk yang selalu mendapat petunjuk'.




.










Wednesday, August 15, 2012

Yang pasti Ramadhan kan ku rindui

.






Assalamualaikum...

Ramadhan kian berlalu pergi.. Tinggal beberapa hari je lagi Syawal akan menyapa.. Ramadhan belum pergi lagi pun dah rasa rindu..Rindu tak dengan Ramadhan .. ??




.




Friday, August 3, 2012

Jika dia bakal jodohku ku..Adakah dia dikalangan yang baik

.




Assalamualaikum...


Islam itu begitu indah bila kita sedar akan pengaturan kehidupan.. Dari yang sekecil kecil zarah hinggalah sebesar isu dunia.. Bila mana kita asyik berbicara soal Jodoh.. Kita mula melihat mencari dan meneliti sekeliling. Bila ditanya pula.. "siapakah isteri/suami pilihan kamu?" Rata rata akan menjawab.. "seseorang yang mampu memimpin ku syurga" .. Padahal kita semua tahu Jodoh kita sudah ditetapkan oleh ALLAH sejak dari dalam kandungan lagi.. Percayalah ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba NYA .. Jika mana hari ini kita jahat..Kita gagal menjalankan perintah Nya .. Adakah kita tidak layak untuk memilih isteri/suami yang solehah/soleh?..





Insya ALLAH dan mungkin jodoh kita untuk yang soleh/solehah .. Seseorang yang boleh memimpin kita kearah kebaikan.. Kerana hidayah itu ada pada diri kita.. Kekadang kita dikejutkan dengan isu cerai atau isu isteri bertindak zalim terhadap suami dan begitulah sebaliknya..Padahal isteri/suami itu dikalangan yang baik baik.. Adakah ALLAH telah menetapkan semua yang sedemikian.. Kerna itu jualah ALLAH menghalalkan cerai . Meskipun begitu, ia adalah perkara halal yang paling dibenci oleh Allah.. Ini bukan bermaksud kita tidak boleh mengambil jalan terakhir untuk bercerai, tetapi seandainya kita boleh berusaha mengubah pasangan menjadi lebih baik, bersabar dan bertawakkal kepada Allah, maka hendaklah kita berusaha terlebih dahulu. Maka yangbaik itu adalah untuk yang baik..Percayalah manusia itu boleh berubah.


"... Ketika kamu MENCINTAI orang yang mampu MENGUBAH KAMU UNTUK KEBAIKAN, cintailah dia. Ketika dia MENOLAK CINTAMU, lepaskanlah dia, akan tetapi KEKALKANLAH KEBAIKAN, agar ALLAH mempertemukan orang yang LEBIH BAIK BUATMU ..."





Jadi,Untuk mendapatkan yang terbaik, biarlah kita sendiri yang mengubah sikap menjadi yang terbaik. Sesiapa sahaja yang kita dampingi, samada baik atau jahat, kita mungkin tidak akan tahu. Elakkan diri dari memilih orang yang tidak sepatutnya namun elakkan juga dari bersangka buruk dan menghina orang lain. Kita diberikan akal untuk berfikir, maka buatlah pilihan yang baik. Yang kelihatan jahat tak semesti nya ke Neraka dan yang kelihatan alim tak semestinya ke Syurga..


Tidak hairanlah diakhirat esok terdapat 3 golongan yang apabila mereka dicampakkan ke dalam neraka, ahli neraka sendiri akan merasa hairan. Kerana 3 golongan ini kelihatan begitu alim sewaktu hidupnya tetapi siapa tahu, hatinya kotor!




Jodoh itu rahsia ALLAH..Semoga jodoh kita dikalangan yang baik baik..Amiiiinn.




.







Wednesday, August 1, 2012

sabar menunggu waktu berbuka..

.




Assalamualaikum...


Camne puasa ari nie..OK ?? adik adik semua jangan puasa setengah hari je taw..ahahha.. Dulu masa masih kecik dulu..sangat hairan macam mana budak budak dewasa mak ayah kakak kakak abang abang leh tahan puasa tanpa minum dan makan.. Lebih lebih lagi kalau keadaan cuaca panas sangat.. Wan masa kecik dulu slalu je minum air paip.. Entah mak tahu ke tidak..rasanya mak perasan kot.. Biasalah masih budak budak pun.. Puasa makan je.. Waktu berbuka lak wan lah orang yang paling excited disampaing kucing kucing yang turut berpuasa.. hahaha..


Bila dah dewasa nie..Baru faham apa makna puasa .. Puasa nie bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga..Segala macam dugaan yang perlu ditahan.. Rupanya puasa time dewasa lagi susah kan.. Senang bila nak tahan dahaga dan lapar tapi sukar nak tahan dugaan lain.. Bila ada kemampuan sikit nafsu makan tu membuak buak nak beli tu nak beli nie... padahal semua tu membazir sebab kekebanyakkan tak habis pun untuk dimakan..Kalau perempuan lak nak raya semua benda.. hehehe.. betul ke?? lelaki satu baju raya pun dah cukup..


Hahhaa.. K lah korang..harap ramadhan nie ramadhan yang terbaik untuk korang..


Selamat menunggu berbuka ye..jangan lah korang tidur depan pintu lak..ahhaha




Papai


.




Tuesday, July 31, 2012

Doodle story : mama adeq tak nak g teraweh_makruh tu ape??

.



Salam kengkawan


Adeq baru je balik dari tawareh. Budak budak cam adeq nie akan berdiri kat barisan blakang skali.Seron0k mule mule je..Lepas adeq dah tawareh tu tengah tawareh semua bebudak lari lari kat blakang..ade yang men tolak tolak..Adeq???adeq tak..adeq tawareh je.. sampaikan sluar adeq kene tarik..Malu lah adeq..



"mama!!! adeq tak nak g tawareh lagi"



Hari nie poce cam biase je...Hari pun mendung senang je poce kan...Tak haus pun..Adeq mestilah poce penuh..

Lepas balik skola tadi..time tengahri adeq ade tanye kat mama

"mama,gosok gigi batal poce tak?"
sambil adeq tunjuk gigi adeq kat mama.

"Law adeq mam ubat gigi baru lah batal, gosok gigi makruh je deq"
mama terangkan kat adeq satu satu.

"makruh ke mama..doce tak??"
adeq garu kepale..

"makruh lah adeq.. dose tak lah..."
mama tarik idung adeq..mucuk lah mama..

"owh..gitu ye mama..makruh tu ape mama?"
adeq pusing pusing kat tangan mama.

"adeq nie g wat keje skolah...nanti tanye papa"


huhuhu..mama tu tak taw maksud makruh lah tu...sampai skang adeq tak taw maksud makruh..papa lak adeq tak tanye ,,lupe lak..



kengkawan taw tak ape maksud makruh??



.



Saturday, July 28, 2012

Doodle story : Kerna ALLAH sentiasa ada.

.



Assalamualikum...


Hai korang..Kali nie nak update santai santai skit..hahaha..entah lah santai ke tak..? Sekadar update je lah kan.. Mana yang terbaik ambik, mana yang tak baik jangan ambik..hahaha.. Entri nie untuk orang yang single je ye..ahhaha.. ada lak camtu... Kisah crush Wan.. Wan hentikan dah .. Bab nak beri ruang sikit untuk hati nie..ececece.. Ada lak camtu..hahaha.. Apa pun semua tu ada yang terbaik nya k.. jangan risau Doodle Story tetap ada untuk korang semua..




Biasa nya bagi orang handphone yang jarang berbunyi tu.. Kalau ada SMS mesti datang dari celcom/digi/maxis tak pun iklan yang berlambak.. ada jugak SMS dari iklan yang entah pape.. hahaha..SMS dari kawan pun kadang kadang je kan.. mesti korang rasa sedih kan.. kadang kadang cemburu dengan orang lain.. Sesetengah orang pasti akan rasa macam tu.. Forever alone katakan.. hahaha.. TAPI..




ALLAH sentiasa buat panggilan untuk kita..Korang sedar kan?? or korang tak pernah jawab panggilan dari ALLAH?? Tepuk dada tanya iman..




Percayalah ALLAH sentiasa mendengar luahan hati hambanya.. Korang luah lah kat ALLAH.. ALLAH akan dengar.. Kekakang apa yang kornag pinta pun ALLAH akan makbulkan... Jadi adakah kita masih kesendirian..??


Tak de kapel tak pe.. Kerna ALLAH sentiasa ada untuk kita.


Handphone tak berbunyi tak pe..Kerna ALLAH sentiasa buat panggilan untuk kita..



Jadi.. Tak de lah istilah Forever Alone dalam diri korang lagi k.. Dan janganlah korang bersedih..


Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN,
supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN,
setiap yang payah pasti ada KESENANGAN,
setiap kesabaran pasti ada GANJARAN.
Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita,
tiada siapa yang boleh memberi HALANGAN.
Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita ,
pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam GENGGAMAN.

 P/S : REDHA. Pasti dirimu akan lebih BAHAGIA. :)



Papai


.



Thursday, July 26, 2012

Doodle story : kita yang terlambat atau kita hanya ingat ALLAH bila perlukan

.




Assalamualaikum...

Camne hari nie , sihat?? OK?? ke K.O .?.ehehhe.. Setiap dari dalam jiwa kita nie , semestinya ada khilaf yang kita sendiri tak pernah sedar.. Termasuklah diri Wan sendiri..jadi entri kali nie Wan taip untuk diri Wan dan untuk kita semua..Semoga berguna dan jadi peringatan untuk semua..




Dalam kelekaan kita melakukan kerja atau melakukan sesuatu tu kemungkinan sesetengah dari kita terlupa akan pencipta kita..Yep .. mesti.. Adakah korang mulakan sesuatu dengan lafaz Bismillah... atau mulakan sesuatu dengan kuasa bulan..ahhaha..atau terus lantak je.. tak kisah apa da...




Sampai la suatu ketika..Bila kita rasa kita perlukan sangat dan dah terdesak..barulah kita cari ALLAH..barulah ALLAH tu terasa penting untuk kita..Sebelum nie yang penting kat diri korang semua nya pak we dan mak we korang kan..? dia orang lebih lagi dari ayah ibu korang kan.?. nak wat sesuatu tu pun kasi taw pak we or mak we korang.. Ayah ibu tu kekadang korang belakangkan apatah lagi ALLAH.. Ingat taw Redha ALLAH tu terletak pada Redha IBU...eh eh..Syukurlah kalau korang tak macam tu..Tapi kalau ada yang terasa.. korang hitunglah berapa banyak dah dosa/kesalahan korang k.. Tak pe kalau entri nie pedas sikit.. yang penting korang terasa dan entri nie leh jadi peringatan buat korang..




Dan ALLAH lah tempat terakher yang korang tuju.. Dan ALLAH lah yang korang perlukan saat korang dah terdesak.. dan ALLAH lah tempat korang mengadu dan berserah..Sebelum nie korang tak ingat ALLAH.. Tapi ALLAH sentiasa ada disisi korang..tak kisah lah korang jahat ,Korang lupa DIA atau korang sengaja melupakan DIA.. ALLAH tetap ada untuk korang..ALLAH maha mendengar , Maha melihat Maha segalanya.. ALLAH tetap berikan jua yang terbaik untuk korang..ALLAH tetap berikan kehidupan untuk korang.. Rezeki , kemewahan , kebahagian .. Malah ALLAH berikan sedikit hidayah untuk korang jalani kehidupan.. Tapi korang tak sedar kekuasaan ALLAH. Korang perhatilah persekitaran korang dan belajar lah untuk bersyukur dan mengingati nya.. Hari ini adakah korang sudah bersyukur..??Alhamdullillah..


Jadi mari kita mulakanlah sesuatu dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim... Jadikan ia satu kebiasaan

Semoga apa yang kita lakukan tak sia sia dan iklhas kerana ALLAH...Insya ALLAH..





Papai





.



Wednesday, July 25, 2012

Doodle story : mama hari nie adeq tak nak poce lagi boleh??

. 




Assalamualaikum…


Hari nie adeq tak turun sekolah. Adeq tak brapa sihat.Kelmarin lagi tak sihat..sebab tu adeq tak update entri. Hari ahad tu , lepas adeq balik dari kampung adeq terus demam.Hari isnin deman adeq sikit sikit je..adeq masih leh tahan..kelmarin lah paling teruk. Kat kampung seronok bab de atok and opah.. Opah lucu, ingat plak adeq mase mama dan opah wat kuih bahulu kat luar umah.. cara sisional kate mama..orang lame lame lah..eh betul ke adeq cakap??..huhuhu. mase tu jam 3petang.. adeq tengok je opah wat.. Terliur dah..

Adeq bisik kat opah
“Pah,nak sikit”

“huish…tak boleh”
Sambil opah ato skaf hitam opah yang dah mucuk tu.hehehe

“Alah opah nie, sikit je tak habis pun kuih tu”
Adeq wat muka slumber je

Mama yang sedang angkat kuih pun nyampuk
“hai adeq…pose..tak ingat ke, sabar sikit boleh tak?”

“eh mama nie… kacau ah orang orang tua tengah cakap”
Adeq terus lari kat dalam….hahhaa,,seronok kene kan mama..


Lepas berbuka adeq and family balik rumah tak g tawareh pun. Masa balik tu adeq duk kat depan ngan mama.. malam tu adeq terlelap dalam pangkuan mama.. seronok nye adeq.


Semalam adeq tak bleh poce.. adeq tak sihat sangat.. mama suh adeq mam ubat . cam putera raja lak adeq semalam.. adeq tido je … sampai berbuka..Adeq pun berbuka walaupun tak poce..hehehe


Hari nie adeq dah sihat skit..tapi adeq tak nak poce lah arinie.Poce sekeeat ari leh tak mama.mama mama boleh ke???




Tu je
Hope korang sihat jugak.



papai





.



Tuesday, July 24, 2012

Doodle Story : Patut sik kamek melupak kitak buat masa tok (my crush)..

.


 
Gambar tok khas untuk kitak....

Assalamualaikum...


Dalam hidup kita mesti ada saat kita berfikir , termenung dan bertanya soalan kepada diri..Malah akan ada diantara kita mengeluh . Mempersoalkan apa yang kita alami hinggakan dahan imam kita semakin rapuh.. Kehidupan kita memang penuh dengan persoalan yang tak kan terjawab sehinggalah kita menagalami nya sendiri sehinggalah kita sedar pada hari ini, apa yang dah kita lalui tu adalah satu pengalaman dan hari nie adalah hadiah yang paling bermakna dari ALLAH kepada kita.. ALLAH sentiasa janjikan yang terbaik untuk kita.. Yang baik untuk yang baik dan begitulah sebaliknya..

 

Kadang kadang saya selalu fikir..patut ke saya lupakan awak??


Begitu jugalah apa yang Wan alami sekarang nie.. Kekadang selalu berfikir.. Apakah patut Wan noktahkan disini.. ?? Atau Wan perlu berusaha atau bertindak.. Owh my Crush.. susahnya macam nie..sampai bila pun dia tak kan faham kot..Cian kan kat Wan..


Tapi saya takut..Entahlan..Mahu saja saya biarkan perasaan ini begitu saja


Mungkin apa yang Wan dah usahakan cukup setakat nie..Tapi risau pulak.. Risau sebab Wan tak usaha sungguh sungguh untuk dapatkan crush Wan.. Macam mana lagi pun Wan tak taw..Kalau orang dah tak layan rasanya kita harus sedar bukan..?? 


Doa tu sentiasa je..Saya percaya yang jodoh tu ALLAH yang tentukan


Wan pun percaya akan Jodoh.. Takdir jodoh tu ALLAH dah tetapkan.. Kekadang Wan pun percaya akan kuasa DOA.. Bila ALLAH berkehendak maka jadilah..Sebab Wan pernah terbaca satu post.. "sedangkan doa iblis inginkan umur dipanjangkan lagi ALLAH perkenankan" apatah lagi kita , hamba NYA. Betulkan Wan jika salah.. maaf kan Wan jika salah.. 




Apa pun...Buat masa nie Wan rasa Wan perlu lupakan crush Wan.. Insya ALLAH...Ke korang tak suka??ehehhe...




K lah korang..


setakat nie je

papai..




.




Monday, July 23, 2012

Doodle story : hari ketiga adeq puasa...bez nye puasa cam monyet

.



Assalamualaikum..




Hehehe..adeq nie..ingat lagi tak?? Ape nak abang Wan.. Eh eh..abang Wan tak de lah.. Abang Wan tak larat nak puasa.. Malas lah nak cerita pasal abang Wan.. hehehe


Hari nie isnin kan… adeq dah ingat dah yang adeq puasa.. Tak de dah nak g meja makan nak sarapan.. Adeq kan budak comel yang bijak.


Tapi pagi tadi mama tanye adeq plak…
“adeq tak nak sarapan ke ?”

Sambil mama butangkan baju sekolah adeq, mama ato koler baju adeq , bedakkan muke adeq pun mama.

“mama….arinie kita puasalah mama..mama tak ingat??”
Adeq tiru gaya mama yang buat muka comel tu..


Hari nie kat sekolah adeq belajar pasal Haiwan.. adeq belajar pasar monyet , kambing , kucing , ikan , banyak lah.. tapi adeq suka monyet…

Cikgu Azie yang ajar adeq mase tu.. lepas habis cerita pasal haiwan. Cikgu tanye adeq soalan..

“adeq.. antara semua haiwan yang kita belajar tadi..Adeq nak jadi haiwan ape??”
Cikgu wat gerakan comel untuk adeq..huhuhu .. cikgu comel lah macam kucing.

“adeq nak jadi monyet cikgu !!!”
Adeq berdiri terus melompat.. semua kengkawan ketawa kat adeq.. ade gak yang cakap “wah bez nye”





“adeq nape nak jadi monyet”
Cikgu cekak pinggan sambil wat muka hairan..

“alah cikgu nie..Law jadi monyet boleh simpan makanan kat tepi mulut.. Tak lah lapa time puasa”





hehhee.. tu je lah kisah adeq arinie..adeq penat lah..nak tido jap...


Hope mama bangunkan adeq berbuka nanti.,,




 papai


.



Sunday, July 22, 2012

Doodle Story : Puasa kedua adeq

.




Asssalamualaikum...


Nie adeq nie..hari ini hari ahad...tak de sekolah..Bez sangat adeq bleh bangun lewat..huhuhu..Jam 9 pagi adeq bangun..tapi kan ari yang tak sekolah nie tak bez lak puasa...Jap je ase lapar , law kat sekolah bleh main main ngan kengkawan seronok , bleh jumpe cikgu Azie , cikgu Norashikin semua lah cikgu.. kecuali lah cikgu Aziz..Adeq tak suke...


Jam 2 petang tadi adeq dah mula rasa haus.. adeq kasi taw mama nak puasa sekerat ari tapi mama tak kasi lak..

"adeq kan dah dewase , tak lame g nak berbuka nie...tahan ye adeq manje"
mama kasi taw adeq tapi tak tengok muke adeq pun..

"jam brape berbuke mama"
adeq berulang ulang tanye soalan tu...

"hari nie jam 6.48 petang , dah dah g tengok TV"
mama tarik idung adeq... geram nye kat mama..





Korang taw tak arinie adeq slalu je cuci muka dan berkumur..tapi kan nape air yang adeq kumur tu masuk banyak kuar plak skit... huhuhuhu..adeq tertelan kot..ase nye tak batal puasa kan..


Janganlah kasi taw mama adeq.. adeq tak de baju raye nanti..cian lah kat adeq...cayang adeq tak???


hehehe..



Papai



.



Doodle Story : wanita berhijab tu guna khemah atas kepala..

.



Assalamualaikum...


Salam kalian semua..Entri kali nie mungkin agak sensitif dikalangan wanita..Idea asal nie Wan dapat dari:





Dari Aisah Shakirah
Youtube Aisah
Blog Aisah


Dari video asal diatas Wan ubah dalam bentuk Doodle dan entri kat bawah nie..




Bila diperhati dan diamati.. Semua nya betul..Khemah tu bukan bermaksud wanita guna khemah atas kepala. Cuma pengertian Khemah yang perlu kita faham.. Walaupun ada mulut mulut yang mengata..Dan ada jugak kalangan wanita digelar ninja bagi yang mengenakan niqab..Kutukan tu sebanarnya dari anak melayu kita nie jugak.. Bangsa dan agama lain plak terikut .. Mungkin ada sesetengah masyarakat yang beragama lain yang membenci agama Islam .. Ini realiti kita harus terima.. Dan terimalah, kebanyakan anak bangsa kita semakin rosak.. Tak tahu lah sejauh mana kebenaran.. Allah je yang tahu..




Dan kekadang bila wanita tu dikutuk .. Ada jugak yang melatah .. mula menunjukkan rasa marah dan mencaci.. maka hilanglah kesopanan.. Ini jugak realiti kehidupan kita.. Lihat diri..Tanya diri .. Adakah anda dikalangan yang sebegini..??. Dan ada jugak yang mula berubah.. mengubah hala 100 peratus.. Alasan nya, tak tahan dengan cacian dan mulalah melangkah ke jalan yang lebih "bebas" katanya .. Mula lupakan pasal aurat.. ini jugak realiti.. Lihat saja pelajar pelajar kita yang dah mula masuk IPT .. Tudung terus terbang entah kemana.. Kejutan budaya.. Hanya segelintir .. renung dan lihat diri anda..adakah anda sebegini..??


Memang benar Wanita berkhemah atas kepala..




Jangan melatah..Jangan marah..mari kita sama sama kaji dari segi pengertian..



Khemah :
1.melindungi dari haiwan buas (tempat berlindung)
2.Melindungi dari cuaca (panas dan hujan)
3.mempunyai tiang(untuk kukuhkan khemah)



Dan begitu jugak hijab dan tudung

1.Melindungi dari pandangan buas lelaki..(mengelakkan dosa )
2.Melindungi dari persekitaran (rogol , dll)
4.Tiang iman yang kuat.. (hilang tiang maka hilanglah apa yang korang simpan..)


Jadi kenapa hendak marah dan mula berubah ??

Semua nya bergantung dengan keimanan diri..Sejauh mana perjalanan kita semua nya bergantung dengan niat dan Hati..


Dan seharusnya anda tersenyum lebar..kerana ALLAH menilai korang dan melihat korang sebagai Wanita yang paling indah dimuka bumi ALLAH....

TAPI

ingat..Bertudung tu biarlah dengan cara nya.Jaga perlakuan anda dan tutur kata anda.. Bertudung maka bertudunglah jangan main main.. Aurat ingat aurat.. jaga aurat bukan jaga rambut je taw...



Sekian saja dari Wan.. Jika ada tersilap dan salah harap diperbetulkan dan diberi teguran.. Yang buruk itu datang dari diri Wan sendiri dan yang baik itu datang dari ALLAH SWT..




Papai




.






Saturday, July 21, 2012

Doodle Story : Puasa pertama adeq tahun nie..

.



Assalamualaikum...


Hari nie adeq lagi...Hari pertama puasa memang syok...Pagi pagi lagi adeq dah diuji dengan sakit perut..

Mama kasi taw adeq law tak larat tu berbuka lah..


"alah mama nie adeq dah besar lah mama"
adeq wat lagak cam papa.. kpale dongak kat atas je..


Adeq minum milo dan nestum je pagi tadi,,,Adeq pun tak taw nape perut adeq memulas sangat..

Pagi nak sahur tu mama kejutkan adeq..Kali nie mama tak payah susah susah tarik kaki adeq.. bab adeq dah tak saba nak bersahur... huhuhuhu.

Lepas sahur adeq terus terlelap .. seingat adeq ,adeq terlelap atas meja makan..mesti papa yang angkat adeq masuk bilik. Tengs papa.. susahkan papa je kan.


Pagi tadi cam biase lah turun sekolah.. lepas mandi adeq terus ke meja makan macam biasa lah kan nak bersarapan.. Tapi kali nie meja makan kosong je..

"mama..mama lupe ke nak wat sapan?"
Adeq wat muka monyok majok majok kat mama...

"adeq .. kan arinie kite puasa , adeq tak ingat"
Mama goyang goyang badan adeq... mama adeq memang comel...huhuhu

Papa lak gelak gelak kat adeq...jage lah papa nanti


Balik tengahri dari sekolah.. mama ambek... sejuk nye dalam kereta mama.. datang je umah adeq terus tido tak ingat dunia..


jam 5 petang adeq terus bangun.. mama mae tu tengok TV sambil lipat pakaian..

"adeq , Adeq larat lagi ke nie??''
mama tengok adeq sambil senyum

"mama, mama...adeq koat lah mama nak pose penuh"
Adeq geleng geleng kpale kat mama..






Adeq teringat lak nak bace doa berbuka petang tu,,, papa dah ajar malam semalam.. so adeq ingat lah lagi....


Wah.....lepas tu baru adeq ingat..lepas bace doa berbuka mesti mam kan..


Adeq jerit jerit kat mama...

"mama adeq berbuka dulu"
sambil minum air sejuk dalam peti ais..


"ok adeq..berbuka lah ye"
Mama jerit balik kat adeq.




Wah seronoknye puasa adeq dah penuh hari nie..





.



Friday, July 20, 2012

Doodle Story : Malam pertama teraweh esok puasa

.



Assalamualaikum...

Yey yey Esok puasa..Yey yey..Seronoknya.. Perasan tak korang hari nie cuaca syahdu je..Hujan seperti membersihkan kekotoran dibumi kita.. Kat tempat Wan hujan dari pagi lagi. Tak taw lah kat tempat korang.. Jangan lupa taw niat Puasa korang..




Esok puasa...Maknanya Malam nie kita solat teraweh .. Korang dah teraweh untuk malam pertama nie?? Rugi nya korang tak teraweh.. Perasaan nak teraweh tu lah paling best.. Kita kejar Akhirat dan kita kejar dunia..Kita kena seimbangkan taw..Bagi sesapa yang nak berubah dalam bulan Ramadhan nie..Wan ucapkan taniah dan di harap berterusan.. Jangan mengeluh..



Kualiti dari kamera phone


Wan Sendiri pun dah teraweh tadi.Kat masjid Al-Muttaqin Kota Samarahan..Alahmdullillah..Wan syukur sangat sangat .. Rasa sebak tu kuat sangat.. Biarlah Wan sendiri yang tahu kenapa dan mengapa.. Dan Ramadhan kali nie Wan gembira sangat.. Syukur kat ALLAH... ALLAH permudahkan jalan..


K lah korang..jangan lupa sahur esok ye..Keberkatan tu ada di waktu kita bersahur..


Semoga kita diberi lebih hidayah dalam kehidupan kita ...Amiiin..



.



Tuesday, July 17, 2012

Doodle Story : My crush (rindu ngan kitak eh)

.

Saya rindu awak..SMS pun tak de..erm



Assalamualaikum...


Semenjak dua nie sibuk sangat sangat dengan Sem baru dan melayan karenah adik adik Wan.. Keluar g jalan jalan dengan adik adik.. Adik lelaki nak beli android tab adik perempuan lak nak beli blackberry.. Jadi beli kan lah kan . Hope dua dua tu belajar lah sungguh sungguh k.. Jangan musnahkan harapan mak n abah taw..


Dalam kesibukan semua tu.. Memang tak hilang perasaan rindu..Tak tahu lah kenapa.Mainan perasaan nie kalau dilayan bahaya..Tapi Wan kekadang biarkan..Cuma bila bersendirian dan tengok tengok Phone .. Sunyi je..Mungkin cara Wan salah kot..tak tahulah..Sampai bila pun Crush Wan tak kan tahu perasaan Wan nie.. Tak tahu pun tak pe.. Yang penting boleh elakkan sesuatu yang tak baik.



#Jangan teruskan pembacaan ini sesi meluah perasaan (harap awak baca ye N**** ********a)
 Crush Wan bukan Blogger taw.. :)

Kadang Wan pun fikir..Tak kan nak tunggu perempuan yang mulakan..Dan kadang Wan selalu terfikir ..  Kalaulah dia tak minat . dan benci dan tak suka.. Kan ke malu je.. Dan mungkin rasa sebagai seorang kawan tu akan hilang.. 


Kalau tak mulakan bagaimana nak berkenalan?

Entahlah..Biarkan lah semua tu.. Sebab apa yang Wan rasa skang nie Crush Wan macam tak minat pun.Kalau orang tanya sampai bila...Dan Wan akan jawab.. Insya ALLAH suatu masa nanti , bila Wan dah bersedia untuk menjadi Imam untuk diri nya dan dah cukup persediaan semua dunia dan akhirat.... Wan akan lamar dia dengan cara yang terhormat ... Insya ALLAH..Hope dia belum berpunya masa tu.. Bercinta lepas kawen kan seronok.. hehehe..



K lah korang..

Papai


Rindu nya..


Jodoh kita entah siapa .. Mungkin dia mungkin awak dan mungkin sesapa je..Jadi kita belajarlah terima dengan redha..Allah maha mengetaui ..Kita merancang Tuhan yang tentukan..





.



Sunday, July 15, 2012

Mama ingat tak Ramadhan dan Syawal adeq tahun lepas?

.




"Mama, raya dah dekat"

adeq jerit jerit sambil melompat.


Sedangkan puasa baru je setengahari . Hari tu, adeq gembira sangat,pertama kali puasa katakan. Adeq ingat masa malam sebelum puasa, masa tu adeq betul betul fikir orang yang pakai songkok kat TV tu nak kasi taw esok raya,tapi upe nye puasa. Lucu plak,huhuhu, papa ajar adeq niat puasa, papa ajar baca niat puasa untuk sebulan



'sahaja aku berpuasa pada tahun ini dibulan Ramadhan kerna Allah Taala'



Adeq tanya papa boleh ke niat camtu. Nanti lepas bulan Ramadhan boleh tak adeq niat doa makan untuk setahun tak yah lah adeq bace doa makan hari hari. Papa senyum je, mesti papa setuju kot.


"Mama,papa !!! adeq tak sabar nak raya, adeq nak baju baru".

Tapi mama cakap, law tak puasa tak boleh raya. Adeq mula lah susah hati. Hari pertama puasa, adeq tido je, mandi pun dua tiga kali, mama plak macam tahu tahu je adeq tertelan air. Nak kate mama ade magic, tak jugak, mama mesti intai adeq mandi kot, malu lah adeq.


Satu petang tu,mama ada kantoi kat adeq,mama rasa masakan mama.


"aha,mama tak puasa,aha,adeq nampak,aha, Tuhan marah".
Sambil adeq tunjuk tunjuk kat mama.

"eh, mama tak bleh puasa lah,sshh,diam diam"
mama tutup mulut adeq dengan jari mama. Masa tu adeq nak tanya, nape mama tak bleh puasa? . Tapi adeq ngantok sangat,sampai papa datang rumah pun adeq tak sedar.


Adeq hairan, nape papa tak penat puasa, papa keje, tapi tak penat ke? Adeq tanye papa.


"papa, papa puasa mamam je ke?"
papa gelak je, lepas tu papa tanye adeq plak

"camne puasa mamam je deq manje?".
Adeq suke sangat papa panggil adeq , adeq manje.

"alah papa nie,buat buat tak taw plak, puasa mamam tu,puasa yang bleh minum air"
satu satu adeq sebut,tapi berulang ulang sebab papa tak faham. Susah nye cakap ngan papa.


"adeq,adeq cepat panggil papa, dah nak azan magrhib nie"
mama kat meja makan sambil hidang makanan sambil panggil adeq.

"yey,yey dah bleh mamam"
adeq terus ambik kuih warna merah jambu yang berlapis ngan warna putih, tengok warna je pun dah sedap. Belum sempat g kuih nak masuk mulut, mama dah tahan tangan adeq.

"Belum berbuka lagi sayang"
mama buat muka comel sambil geleng geleng kepale kat adeq. Comelnye mama.




Dung,dung,dung,dung


Entah ape yang bunyi tu, adeq masih tak tahu bunyi ape tu(adeq akan kasi taw,law adeq dah taw nanti). Lepas tu terus azan. Papa baca doa berbuka,adeq dan mama pun ekot skali.

"nah mamam kurma nie"
mama kasi kat adeq,mama suapkan.

"tak nak lah mama"
" buka mulut tu cayang,mamam kurma ekot sunnah Rasul"

mama pun nganga mulut supaya adeq pun turut ikut nganga. Adeq mamam je, erm, manis nye. Sedap.


----


"papa,papa, kite nak ke mane nie? Tak solat kat umah je ke?"
adeq tanye papa sambil tarik tarik kain pelikat papa.

"kite nak g masjid sembahyang terawih"

"sembahyang tawareh?mama ape tu?"...

"a ah, sembahyang terawih, bulan Ramadhan umat islam digalakkan menunaikan sembahyang teraweh"

"ooo, gitu ye mama"

---


Mama goyang goyang badan adeq,
"adeq bangun nak, kite sahur"


kacau ah mama nie,adeq nak mimpi pun susah... Adeq marah marah mama dalam h ati. Maaf ye mama. Pagi nie nak turun sekolah plak.

Mama nie,ngantok lah adeq kat sekolah. Adeq sahur minum air je,mam nestum pun skit je,lepas tu terus tido balik.


Mama kejutkan adeq g.

"bangun... masa untuk ke sekolah"

kali nie,adeq betul betul susah nak bangun. Tapi adeq bangun gak,bab mama garang, tarik tarik kaki adeq.


Kat sekolah,semua kengkawan puasa. Kecualilah yang tak berpuasa ..Erm agama lain. Masa rehat,adeq jelez tengok kengkawan yang bukan beragama islam minum. Adeq minta sikit minuman dia orang. Sikit je Tuhan tak marah kot. Macam macam ragam je adeq tengok. Ada plak kawan adeq cakap, puasa telan air liur pun tak b0leh...betul ke?


Ari nie cikgu kasi buku laporan..... Mesti mama dan papa suke.


Ring,ring,ring,


Lonceng sekolah pun berbunyi, adeq lemah tak dapat nak lari cam biase. Nak ke kereta mama pun adeq ase jauh sangat. . . Masuk je kereta mama, wah,selesanye,sejuk. Adeq senyum senyum je kat mama.Tengok muka mama yang comel..Comel sangat..


"mama cikgu dah kasi buku laporan,adeq dapat no 2,adeq nak adiah peti sejuk yang banyak cekrem".

"nanti kasi kat papa k"
mama senyum je.


Adeq tunggu papa balik keje. Upe nye,papa yang belikan kuih muih untuk berbuka,ingatkan mama yang wat. Tak dapatlah adeq nak bangga nie.hmm.

"papa,adeq dapat no 2"
adeq lari terus kat papa..Adeq jerit lompat lompat.

"meh sini papa tengok, eh nape dalam semua mata pelajaran adeq nie, satu je C, yang len semua A?"

"Ape tu papa"
adeq tanye sambil garu kpale.

"nie,bahasa inggeris nie,nape C"
"owh,yang tu,semua mata pelajaran adeq ada dua bahasa,yang bahasa inggeris tu je tak de dua bahasa,tu lah adeq tak dapat nak jawab".


Papa terus risau. Adeq tak taw plak ape yang papa risaukan, mama plak gelak gelak kat adeq. Adeq tringin nak taw kenapa tak de dua bahasa tu . Papa dah terangkan kat adeq,adeq masih tak faham gak. Papa kate matapelajaran tu memang tak bleh ade dua bahasa,bahasa inggeris,bahasa inggeris je tak de bahasa melayu. Adeq tetap tak faham.




Lip lap lip lap...


jap je masa berputar. Malam nie,adeq skali lagi tengok orang yang pakai songkok kat TV. Kali nie plak orang tu nak kasi taw esok raya. Yey yey esok raya. Papa dan mama dah wat persiapan nak balik raya.


Adeq,mama dan papa malam tu terus balik raya. Papa ngantok,mama tido dalam kreta, adeq plak tengok pemandangan sekeliling. Papa bawa laju.


Semua bertukar hitam.. Bila adeq buka mata,adeq dah kat tempat len dah. Semua sibuk tengok adik. Mane mama,mane papa..? Adeq dapat jerit dalam hati je. Mama... Papa... Mane mama,mane papa. Tetibe je airmata adeq mengalir. . . Hangatnye setitis air mata. Adeq harap sangat dapat sambut aidilfitri tahun 2011 nie dengan mama,papa,atuk,nenek,pak lang,mak lang semua keluarga adeq. Tapi nape mama dan papa tinggalkan adeq.


Maafkan adeq law adeq tak puasa sungguh sungguh. Maafkan adeq papa, sebab tak bleh dapat A dalam bahasa inggeris. Maafkan adeq sebab tanya banyak banyak kat papa. Mama,adeq nak tengok wajah comel mama pagi raya nie. Adeq nak cium tangan mama,cium pipi mama macam yang kat dalam TV. Adeq tak nak duit raya, adeq cuma nak papa dan mama. Mama,maafkanlah adeq sebab lepas tengok TV adeq tak reti nak tutup.


Baru adeq taw, mama dan papa sangat bernilai dalam hidup adeq.


*TAKBIR RAYA


Adeq dengar irama tu,sayup sayup masuk telinga adeq.

"adeq,bangun cepat"

nie suara mama ke, nape mama tak tarik kaki adeq...

"adeq bangun,dah raya dah"

suara papa plak kedengaran diselang dengan suara takbir. Adeq perlahan lahan buka mata. Rupanya,mama dan papa masih ada depan adeq, adeq senyum balik. Syukur sangat bila taw yang semua tu mimpi. Adeq terus peluk mama.

"dah,dah cepat mandi,nak g masjid tak? Atuk dah tunggu tu".

Balik je dari masjid lepas sembahyang raya. Adeq terus salam kat papa,adeq terus peluk mama... Selamat hari raya mama...papa,selamat hari raya.





.







Saturday, July 14, 2012

Doodle Story : "I wish I could Get Notification Saying, Your Crush Is Viewing Your Profile"

.





Assalamualaikum...


Tengah buat apa tu??Wan tak sangka lak ada yang mengikuti perkembangan Doodle Story " my crush" nie..Hahaha..Ada jugak yang sudi kan..Padahal entri nie merepek je...Dalam merepek dan membebel yang amat panjang ini lah realiti .. Betul tak??..Erm, betul bagi Wan je lah..ahaha..Sebelum nie Wan dah ada beberapa part "my crush" dah macam episode lak.. hahaha..


-KAMEK SUKA KITAK -Part 1
-Kali tok harap kitak faham.Kamek suka Kitak -Part 2
-Bila Crush korang Like/komen status korang.  -Part 3
-Kamek stalk FB crush kamek...hehehe  -Part 4
-Kenak orang lain perasan Crush kamek sik?. -Part 5


Jujurnya.. Kekadang Wan akan senyum seorang bila baca balik dan baca komen dari korang semua..Benda nie bukan Wan sorang je yang alami..Ramai yang alami rupa nya..Kan kan.. Sambil kerut kerut dahi .. sambil gelak sorang sorang..


Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. 
Tetapi acapkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.



"I wish I could Get Notification Saying, Your Crush Is Viewing Your Profile"

Kalau lah mukabuku boleh buat macam nie..Kan best..hahaha...


Percayalah...
ALLAH SWT tidak pernah memberikan yang tidak baik pada hamba-hamba-Nya.

Cuma pokoknya,
apakah kita mampu menerima keputusan Allah dalam keadaan terbaik,
yakni dalam keadaan redha pada-Nya?




K lah korang papai




.


.