Wadah Madrasah Pengalaman: Berbaloikah semua ini.


Tuesday, October 2, 2012

Berbaloikah semua ini.

.



Assalamualaikum...


"Berbaloikah semua ini...?"

Pernah terdetik di hati, aku mahu mengalah. Mencabarnya melawan arus stereotipikal masyarakat yang tidak memahami. Melawan dasar pendidikan yang tidak membina nilai yang kita idam-idamkan.

Seketika. Hati yang rawan kadangkala mengusik. 
Masih bertanya lagi. 

" Berbaloikah semua ini..? "

Sejak dulu aku mengamati kehidupan. Kita sibuk dengan urusan dunia kita. Tanpa sedari kita lupa tentang bayu nyaman petang mengherot lalang ke sana-sini. Kita lupa galaksi yang luas terbentang atas kepala kita. Kita lupa remeh temehnya melodi katak berdengkang, burung mengicau dan kerbau menguak.

Kadang kita terasa marah untuk mendidik,manyampaikan (dakwah) .Kadang jua kita dikeji , dibaling kata hinaan. hingga satu ketika kita akan berasa "argh,biarlah .." Jika begitu..

Kita ingat begini sahaja, nabi-nabi terdahulu nak menyeru manusia mengikut seruan Allah pun lebih getir daripada apa yang kita buat. Bayangkan, ada anak nabi jauh daripada kesesatan, inikan anak ibu bapa di kampung. Anak nabi Nuh juga enggan naik bahtera. Anak dia sendiri. Bayangkan nabi Muhammad dibaling batu oleh seorang wanita hari-hari, akhirnya wanita itu memeluk Islam setelah rasulullah menziarahinya. Tapi, rasul kita sabar dan cekal. Kalaulah kita setabah nabi dan rasul kita... :)



Doakan aku tabah kerana belakangan ini aku menghadapi ujian demi ujian.









.



10 comments:

Luqman Zakaria said...

cantek betul gambar yang kamu amek..tenang nampak~

Wan_hazel said...

luqman zakaria

tengs..ehehhe..

Ropink said...

bahasanya puitis banget :)

Maria Menado~ said...

:)

Unknown said...

bebaloi-baloi

Unknown said...

aku yang lupa...
selalu juga sebut, "argh!lantaklah.."

moga wan tabah. :)

psst:gambar cantik~~ ^_^

Adi Herman said...

ww kacak eh title blog kitak atas ya, wadah madrasah! Sabar tuan,setiap apa yg berlaku pasti ada jalan penyelesaian.

Unknown said...

semoga awk tabah dan sabar menghadapi ujian hidup :)
ALLAH takkan membebani seseorang melainkan atas keupayaannya :)

.::: Princess MOMOY :::. said...

Amin
semoga dear wan tabah dalam menghadapi ujianNYA

Zierwa Zainal said...

insyaAllah, Allah x kn dtg kan ujian yang abg wan x mampun nk hadapi..

p/s kenapa gmbr tu cntik sgt? hehe