Wadah Madrasah Pengalaman: adakah perlu ditolak atau ditarik


Saturday, October 6, 2012

adakah perlu ditolak atau ditarik

.




Assalamualaikum...


Seteguk demi seteguk kopi panas ku hirup.. Padahal ulser masih tegar menyewa dicelah lidah..Argh.. sakit saban hari , menutur kata lagi kan payah apatah lagi mengunyah makanan..Alhamdullillah hari demi hari yang hampir dua minggu ulser semakin hilang.. Lepas nie boleh makan dengan kadar maksimum..


Tatkala mata terpana pada pintu bilik justeru timbul kisah yang membuka mata hatiku.. Perjalanan rutin yang biasa kita lalui namun bagiku ia ada kisah yang tersembunyi.



Aku berjalan dengan Puan Arisita ..Tiba tepat di depan pintu puan Arisita membuka kunci pintu ..ditolak tolak dengan penuh semangat sambil memulas tombol pintu..Cubaan pertama masih tidak menampakkan hasil..Cubaan kedua tetap sama.. cubaan ketiga ..tombol pintu dipulas dan puan Arisita menarik daun pintu... Kedua kami berpandangan.. tergelak kencang ..


"Kitak bena juak , Pintu ditarit keluar bukan di tolak... nie lah dapat" sambil tergelak puan Arisita menutur tiap baris kata ... (awak betul jugak, Pintu yang ditarik tapi ditolak manalah dapat)


aku... hanya tergelak...


Dan sebegitu jua lah kehidupan nie..kadang kita asyik menolak nolak untuk mendapatkan sesuatu padahal bila kita melepaskan tolakan itu pasti sesuatu itu akan datang.. Boleh jadi sesuatu itu datang dari tempat yang tidak kita duga... disekeliling kita yang hampir setiap hari kita melalui nya.. dan kadang kadang jua kita perlu menarik dari menolak.. Bagaimana pula hendak menariknya dalam kehidupan.. Jawapan ku mudah.. kau iklhas kepada ALLAH .. ALLAH akan berikan cintanya kepada mu..


Sekuat mana pun kita berusaha jika sesuatu itu datang dari laluan dan cara yang bertentangan semesti nya segala galanya sia..


Pabila mengenangkan semua ini. Terasa begitu kerdil diri aku di sisi ilahi. Banyaknya dosa yang menggunung. Terlalu kecil jasa dan pahala yang kulakukan.  Setiap orang diuji dengan cabaran yang berlainan.Mohon kita restu keinsafan daripada yang KHALIQ. Andai kita tahu, betapa besarnya rahmat tuhan itu, pasti ramai yang mengucap syukur nikmat Tuhan sepanjang masa. Semoga aku diizinkan menjadi insan yang lebih baik daripada yang dulu.Bukannya menyimpang jauh dari diriMu. Kerna itu jualah aku akan melihat dahulu dari bertindak terus.. adakah perlu ditolak atau ditarik...


Mengapa ya, semua perkara yang berkait rapat belakangan ini seperti mahu membuatkan aku menangis terharu. Sudah lama aku tidak menangis hiba. Arghh beginilah menjadi seorang yang begitu Melankolik.


Diri ini merancang dgn cita cita tapi Allah merancang dgn Cintanya.. Aku amat terkesan dengan kata kata ini..





.



14 comments:

Unknown said...

ALLAH tahu apa yg terbaik buat kita :)

Keri said...

analogi yg baik.
niat yang betul tak pernah menghalalkan cara yang salah.

jalan yang salah takkan mengundang keberkatan hidup

Mime MF said...

Diri ini merancang dgn cita cita tapi Allah merancang dgn Cintanya♥

Syaza Nazurah said...

Segala-galanya Allah tahu. Serahkan saja padanya.

Pandai wan buat cerita. Boleh hasilkan sebuah novel ni. Huhu.

Unknown said...

sabar

Unknown said...

kalau ulcer datang menjengah, nak makan terasa sakit.. nak bercakap terasa tak terkeluar..

if u want to gain something, u must give up another..

Allah itu sebaik-baik perancang.. :)

Wan_hazel said...

nur azian

betul tu...tengs

Wan_hazel said...

keri ikhwan

betul tu cikgu keri...setju sgt... n tengs ya

Wan_hazel said...

miss fluffy

ehehe.peace

Wan_hazel said...

Syaza Nazurah

ahahha..tengs...nie crita betul..ehehhee..

Wan_hazel said...

Ana LuLu

tengs

Wan_hazel said...

miz ruha

betul tu ruha..ulser nie..aaaaaaaaaa... sakit ..hehehe..

yep stuju..

farisha fadzly said...

Ulser ? menyakitkan . farisha setiap bulan akan kene bende ni . mulut farisha sensitif . hmm Allah je yang tau perasaan farisha . susah nak brkate2 n makan .. :)

hmm .. semestinya ade hikmah di sebalik ni :)

shuhadaothman said...

terkesima jap baca ayat2 wan. menarik :)

yup, DIA sebaik-baik perancang kan :)