Assalamualaikum....
Hujan itu menderas turunnya sesekali sejuk itu menyelimuti tubuh . Mengisi setiap kekosongan hati yang mengharap . Sujudnya tanpa ingkar derai nya tanpa berhenti.. kadang derai hujan itu memberi seribu persoalan . Persoalan yang seringkali timbul dalam hati setiap hamba Allah di muka bumi yang mendambakan cinta sesama manusia. Terkadang seribu usaha telah dilakukan dan tawakkal serta doa telah dilafazkan.Akan tetapi adakah hasilnya seperti apa yang diharapkan?
Aku sentiasa percaya akan takdir yang telah ALLAH tetapkan..Namun sedarlah , kita dimestikan berusaha sedaya upaya.. Merancang segala yang kita inginkan walau hujung nya ALLAH yang menetapkan segala dengan kehendak NYA..ALLAH itu mengetahui setiap hati hamba NYA..
Jika kita lihat dengan mata hati kita pasti kita tahu bagaimana seseorang itu mencari pasangan untuk dijadikan isteri/suami daripada pasangan yang mencari hanya sebagai seorang kekasih.. Madrasah kehidupan ini luas..
“Wahai orang-orang yang beriman,
janganlah kamu haramkan benda-benda
yang baik yang dihalalkan Allah bagi kamu,
dan janganlah kamu melampaui
batas pada apa yang ditetapkan halalnya itu,
kerana sesungguhnya Allah
tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.”
(Surah al-Ma’idah
ayat 87).
Percayalah dengan jarak yang ALLAH ciptakan untuk kita itu punya manis nya..Bila kita sama sama menjaga Agama kita...Mentaati keluarga dan ALLAH hujung nya pasti kemanisan bercinta selepas kulafazkan akad nya..Moga hidayah yang terbaja ini memberikan segala rasa Cinta Kami menghambakan diri pada MU...
Dan bakal suri ku.. Semoga Luahan rasa Cinta kita pada ALLAH tidak pernah diisi dengan kelekaan terhadap NYA..
cinta itu kan jadi kekuatan,
jika disandarkan pada Allah,
cinta itu kan jadi muhibbah,
jika disalurkan pada jalan yang benar,
cinta itu kan jadi riang,
JIKA TAK BERTENTANG DGN SYARIATNYA..
#aku tertanya tanya bagaimana Ayah dan ibu ku bercinta ... ? :)
::::sesetengah pendapat pasti akan berbeza ..
.
9 comments:
cayalah ! :)
wow...clap ur hand guys
nice one! Aww.. :D
wah, boleh buad novel ni. hahahha :) *terus amek jadi sifu.
bule jadi motivasi kpd diri bila bca entry ni .~
awesome :)
teruskan mencintai ALLAH :)
insyaAllah hidup akan berasa tenang dengan mencintai-NYA ^_^
islam selamanya
zz sokong... :) zz pun kalau blh nk bakal suami zz terus msuk meminang je.. hehe.. bercinta lps khwin lbih indah kn..
p.s zz wonder jgk mcm ne ummi n baba zz blh khwin.. tnye baba zz, byk sgt auta nya.. haha..
bercinta mengikut ajaran Islam sangat manis dan bahagia.. ehem wan gadis berlesung pipit dah semakin rapat dengan wan ea.. ^^ Alhamdulillah tompang bahagia juga nie.. hehe.
*Allah dah merancang benda yang baik untuk hambanya tapi kita sendiri yang gatal2 ubah rancangan baik Allah itu.
Post a Comment