Wadah Madrasah Pengalaman: Jalan hidup kita berbeza beza


Wednesday, February 19, 2014

Jalan hidup kita berbeza beza

.




Assalamualaikum

Senja kali ini gusar rasanya ingin berlabuh
Baru terpacak sang mentari
Sudah mula pula si bintang menanti
Cepatkan masa berlalu

Kalaukan boleh diuntai setiap pengalaman kehidupan
Mahu saja aku meminta seuntai untuk ku meneruskan kehidupan
Namun setiap yang kita lalui
Masing masing punya aliran yang berbeza
Bohonglah aku
Jika aku tidak pernah merasa cemburu dengan sahabat ku yang lain
Sudah punya kerjaya
Sudah punya segala
Aku mungkin dianggap sang pengumpul harta
Yang tak bersyukur dengan apa yang ada
Percayalah
Jika aku memberitahu
Mungkin engkau melangkah pun payah
Apatah lagi mengukir senyuman

Yang tahu alasan dan sebab
Biarlah hanya aku dan ALLAH

Kadang bila sahabat yang lain bercerita
Aku kadang terdiam
Siapalah aku hendak bercerita
Loan rumah
Loan kereta 
Perkahwinan
Tukar itu tukar ini

Jadi aku kadang berpura
Bulan ini aku jua ingin handphone yang baru
Mahu itu dan mahu ini
Sedang didada punya hakikat yang pasti
Aku belum punya kerjaya
Atau mungkin berlagak kaya padahal tak punya apa


Owh..
Aku tetap dengan selipar jepun hijau ku
Ke hulu ke hilir bersama
Kadang terpijak becak
Kadang terkikis kasar
Walau langkah kian mengensot
Sapa tahu derita ku
yang masih bertateh tateh mengenal ilmu dunia
Yang kadang buat aku menangis mengadu dihamparan sejadah

Dan kadang aku hairan
Mengapa ada yang cemburu dengan ku
Dan ada pula yang mahu jadi seperti ku
Aku bukan idola yang perlu mereka mereka sanjung
Jika kerana penulisan ku
Aku mohon segala nya berupa ibadah ke jalan ALLAH


Aku tahu
ALLAH punya rancangan NYA
Aku tahu
ALLAH punya kejutan NYA
Dan aku perlu yakin
Jalan yang ALLAH rancang untuk ku
Akan jatuh manis pada tempatnya

Rezeki kita juga berbeza
Kadang ALLAH lambatkan
Dan kadang ALLAH cepatkan

Ya ..
Yang aku punya
ALLAH kata
Tunggu dulu
Jadi aku masih punya sesuatu yang istimewa



Untuk mendapat apa yang dihajati
Hendaklah bersabar dahulu dengan apa yang dibenci 


::
erm..
Doakan aku ya
Moga moga aku dapat mengisi kekosongan kerja di UNIMAS




.



4 comments:

Unknown said...

aamiinnnnnn.. semoga dapat kerja di unimas.. semoga sentiasa dibuka rezeki yang luass.. believe in Allah :) everything come from Him..

Wan_hazel said...

aamiin...
Insya ALLAH

Wafi Remli said...

Seandainya kita tak dapat apa yang kita suka, kita kena suka dengan apa yang ada: )

Semoga berjaya, Wan!

Aqilah Azmi said...

inshaallah everything akan dpermudahkan ye :)))