Wadah Madrasah Pengalaman: Saya hanyalah seorang yang sudah dewasa


Monday, January 19, 2015

Saya hanyalah seorang yang sudah dewasa



Assalamualaikum ...

Lama sungguh tak bersua .
Sebelum nie pun sekadar beberapa lembar patah ayat je yang saya nurkilkan.
Masih sempat lagi kiranya saya bercerita mengenai tahun 2014 yang rasanya begitu banyak langkah yang berubah ubah..

Lembaran kali ini mungkin sedikit panjang dari biasa . Masih sempat lagi jika kalian menukar bacaan kalian dari lembaran ini . Ya lembaran kali ini hanya sebagai diari yang suatu masa nanti akan dibaca pula oleh bakal zaujah dan anak anak . Insya ALLAH .

2015 menampakkan diri
Dan bagi saya
Saya tetap akan bertanya
Selepas ini kemana pula saya dicampakkan ???

Dalam kenangan lalu
2014 adalah tahun yang begitu banyak mengubah langkah kehidupan saya
Ingat lagi Doodle story  ..
Ingat lagi Tutorial Photography 
Ingat lagi Tutorial Adobe Photoshop , Freebies Doodle dll


April 2014 .. Salah satu titik perubahan dalam kehidupan . Bekerja dengan salah sebuah IPT sebagai marketer ( Education Counselor ) namun kerjaya ini berakhir dengan konflik yang mungkin hanya akan aku simpan sebagai pengalaman . Pahit manis dalam setiap langkah sehingga akhir tahun 2014 menjadi salah satu corak yang rumit dalam biodata kehidupan .

Dipindahkan ke Kuala Lumpur untuk latihan selama 2 bulan. Ya kali pertama berjauhan dirantau orang . Tidaklah seindah perkhabaran , tidaklah seburuk gambaran . Bagi yang tahu akan tahu dan bagi yang tidak pasti akan bertanya . sepanjang tempoh 2 bulan disana , saya ditempatkan di puchong kampung No 14 . keadaan sesak yang hari hari dilalui . kadang rasa bosan kadang rasa marah kadang rasa hairan .. Kemana semua kenderaan bersesak sesak . Hingga rasa sekelumit simpati buat mereka si penunggang motosikal . Bila hujan mereka akan berhenti dibawah jambatan.. apatah lagi ada diantara kenderaan besar tidak menghiraukan mereka si penunggang motosikal.. dijirus air dengan rakus nya.. Alahai... Apatah nasib mereka selepas itu .. Jika ada lorong lorong motosikal itu sudah cukup baik .. Namun kadang banjir jua dibawah jambatan bagi lorong motosikal . ok cukup ..

Sejak saya mula bekerja , Banyak perkara yang saya mula hentikan .. Tempahan dari semua , freebies , mengarang entri diblog , photography semua terjejas akibat dari kekangan kekangan masa . Ya ... Siapa yang tak terasa sedih meninggalkan beberapa perkara yang menjadi "income pasif" suatu masa dulu . Hidup ini biasalah .. kadang jika tidak diberikan rezeki itu.. Maka Allah dah sediakan seribu satu rezeki pada tempat yang lain ..




Alhamdullillah ..
Kini saya sudah berkereta sendiri  . Sebelum ini hanya dengan kereta keluarga . Selepas ini mungkin mahu mendirikan masjid pula .. Insya ALLAH .. Doakan semoga semua dipermudahkan .. Bertemu jodoh dipanjangkan jodoh dengan yang baik baik .

Setinggi gunung pun tak kan dapat menyamai rasa syukur ku ..

Kini saya bekerja dengan sebuah syarikat yang lebih menitik beratkan pekerja .
Bagi saya dari dulu hingga kini

Biar terlihat biasa biasa saya suka ... >.<

Insya ALLAH dilain lembaran saya akan berkongsi lagi perihalyang seterusnya ..



.








2 comments:

timm bill said...

Itu ceritanya ye..xpa, kita tetap berusha asalkn xmnyushkan org lain..
timm pun dah dewasa n masih mncari arah tujuan hidup :) truskn berblogging ye!

Jazz Lover said...

Selamat tahun baru Abang Wan