
Assalamualaikum...
Julai 2009 memang dah lama berlalu..Yang tinggal pun hanya kenangan..Seronok bila sesuatu yang kita usahakan tu dapat kejayaan dan berhasil..Julai 2009 Blog Wan telah memasuki ruang dua muka surat dalam majalah YEZZ..Bagi Wan ia suatu kebanggaan dan rasa macam tak percaya..Namun pada tahun 2009 Blog tidak semeriah seperti masa sekarang.Dulu Blog hanya sekadar ruangan untuk kita menulis dan kepada diri sendiri kita yang membaca..Blog bukan sebahagian dari diri kita dan pembaca..Langah demi langkah ,Tahun berganti tahun Blogger kian meningkat seperti cendawan tumbuh selepas hujan..Ramai semakin ramai lebih lebih lagi kemampuan untuk memliki internet disetiap rumah semakin hebat seperti disyarankan oleh kerajaan.. Keinginan untuk untuk mendapatkan income pasif turut menyumbang ke arah menyediakan sebuah blog..Apatah lagi bila kita disajikan dengan pihak pihak pengiklan yang membantu..Nuffnang , Churp Churp , Google ads , Heartbeat dan banyak lagi..
Bagi Wan ,bukan mudah menapakkan diri dalam dunia blogging nie , bertahan sehingga ke hari ini. Keluh kesah , tangis pahit..Semua ditelan mentah mentah.. Pantai lagikan berubah inikan pula manusia , Apatah lagi Blog Wan..Dari melankolik + peribadi ke tutorial + peribadi.Perubahan yang amat ketara .. Entah kemana hilang melankolik suatu masa dulu.. Strategi pemasaran yang rapuh ...
Siapa kita pada masa sekarang adalah siapa kita pada masa dahulu..Alhamdullillah rezeki dengan berblog amat murah..Alhamdullillah..Syukur ke hadrat Ilahi..Juga terima kasih kepada semua yang menjayakan Blog Wan..dan sponsor sponsor yang tak pernah lari dari blog Wan..Terima Kasih sekali lagi..tanpa anda mungkin Wan tak kan berada di dunia blog ini..
Setiap blogger pasti akan mengalami suatu ketika yang membosankan.. Kering idea menulis..malas da kekadang ada saja si kerang busuk yang meninggalkan kesan dengan kata kata cacian..Hiraukan semua tu dan teruskan berkarya..
lain lain yang korang mesti tahu
.













