Wadah Madrasah Pengalaman: Info number 13


Monday, March 16, 2009

Info number 13

Masyarakat barat fobia angka 13


Salam ♥♥♥





Sebaik memasuki lif di sebuah bangunan tinggi dan ketika jari ingin menekan butang lif berkenaan,didapati terdapat nombor tingkat yang seolah olah hilang aturannya. Tingkat 10 ada,tingkat 11 ada,nombor 12 pun ada tetapi kemudian terus ke nombor 14. Ke mana menghilangnya nombor 13?. Demekianlah keadaan kebanyakan bangunan Amerika Syarikat (AS) dan Kanada - Bangunan tinggi di kota besar yang terletak di kedua dua negara terbabit tidak memiliki tingkat bernombor 13. Situasi berkenaan memang menghairankan tetapi itulah satu fenomena pelik yang melanda kebanyakan masyarakat barat atau mungkin ramai penduduk seluruh negara. Penduduk terbabit percaya yg 13 adalah angka yang membwa sial,angka yang disumpah dan berhantu sehingga menyebabkan penggunaan angka berkenaan akan membawa malang atau maut kepada mereka yang mengamalkannya.


Kajian terhadap fenomena yang melanda manusia itu menyebabkan fobia terhadap angka 13 bergelar triskaidekaphobia malah lebih pelik adalah wujud pula fobia terhadap hari jumaat yang jatuhnya pada 13 hari bulan yang diklasifikasikan sebagai paraskavedekatriaphobia atau friggastriskaidekaphobia. Kepercayaan masyarakat barat kononnya angka 13 sebagai angka sial,disumpah dan berhantu dipercayai bermula daripada ajaran kristian apabila iblis iaitu ketua syaitan pada asalnya sebagai malaikat ke-13 tetapi ia digugurkan kerana menderhaka kepada Tuhan.selain itu pada majlis santapan terakhir yang dipercayai dalam doktrin agama kristian,rakan yang mengkhianati Jesus iaitu Judas ialah lelaki yang ke-13 duduk di meja makan. Ketika ahli sihir Rom menyeru kehadiran syaitan pula,mereka akan berkumpul seramai 12 orang,dan orang ke-13 yang hadir pada upacara itu ialah jelmaan syaitan.


Sesetengah penyelidik beranggapan bahawa fobia terhadap angka itu berasal daripada kepercayaan tahyul manusia pada zaman kuno. Manusia pada zaman itu dikatakan mengira sehingga nombor 12 atau sedozen dan angka selepas itu iaitu dikatakan mewakili unsur ghaib. Masyarakat barat mengira angka yang diberi nama sehingga angka terakhir ialah 12 atau twelve dan angka seterusnya iaitu bermula angka 13,dimulai dengan angka iaitu thirdteen,fourteen dan seterusnya. Kiraan bulan dalam setahun juga sehingga bulan ke-12 dan tidak ada bulan ke-13.


Selain itu, kepercayaan terhadap sumpahan angka 13 turut berasal daripada pegangan kaum Vikings. Dikisahkan bahawa ketika 12 Dewa Norse sedang mengadakan majlis makan malam, tiba tiba datang Loki iaitu dewa yang tidak diundang ke majlis makan malam. Loki dianggap tetamu ke-13 pada majlis itu dan menjadi perancang utama pembunuhan Baldr iaitu dewa kegembiraan. Kematian Baldr menyebabkan seluruh dunia menjadi gelap dan hari itu tidak lagi disinari kegembiraan atau dengan kata lain ialah hari itu sial dan malang. Menerusi kisah berkenaan jugalah wujud kepercayaan tahyul kononnya apabila 13 orang berkumpul, maka seorang daripada mereka akan MATI.


Fobia itu diperkuatkan lagi dengan beberapa kejadian aneh yang berlaku membabitkan angka 13 terutama membabitkan hari jumaat yang jatuh pada tarikh berangka 13. Penahanan dan pembunuhan pasukan Knights dalam Perang Salib berlaku pada jumaat, 13 Oktober,1307. Pada Jumaat 13 Oktober 1066 juga menjadi tarikh terakhir pemerintahan King Saxon Harold II sebelum dia dibunuh oleh Duke of Normandy,William. Begitu juga,ekspedisi ke bulan menggunakan pesawat Apollo 13 dianggap gagal kerana pesawat ini menyandang nombor malah diterbangkan pada jam 1313:13 EST pada 11 April 1970. Seorang lelaki iaitu Arnold Schoenberg yang menderita triskadekaidekaphobia didapati lahir dan meninggal pada tanggal 13 hari bulan.


Disebabkan berlakunya pelbagai kejadian aneh itu menyebabkan semakin ramai percaya bahawa 13 adalah angka yang disumpah dan berhantu manakala jumaat yang jatuh pada 13 hari bulan dianggap hari yang sial oleh penganut Kristian termasuk masyarakat British, Jerman, Polish, Bulgaria, dan Portugis. Malah,fobia terhadap angka berkenaan tidak sahaja melanda orang bawahan tetapi pengarah syarikat dan kalangan intelektual. Akibatnya ada pengusaha syarikat penerbangan yang tidak menyediakan kerusi penumpang bernombor 13, syarikat pembinaan yang tidak membina bangunan yang memiliki tingkat 13, pintu ke-13. Dalam perlumban Formula One dan banyak perlumban lain,tiada kenderaan yang membawa nombor 13 malah syarikat program komputer, Microsoft digembar gembur kononnya melangkau versi produk microsoft office ke-13 mereka disebabkan fobia berkenaan. Daripada microsoft office 12, mereka dijangka akan terus mengeluarkan microsoft office 14. Institut Fobia dan Pengurusan Tekanan AS di Utara Carolina menyatakan bahawa pelbagai industri dinegara itu kerugian antara AS$800 hingga AS$900 juta pada jumaat yang jatuh pada 13 haribulan berikutan ramai penduduk enggan menaiki penerbangan atau keluar rumah pada hari itu. Justeru, benarkah angka 13 ialah angka yang sial,disumpah atau berhantu??







Kredit wat adeq Nor bayzura bt sapee
(Majalah sekolah Sri Muara 2008.)









14 comments:

AmirFX said...

Nice info bro.. Thanks...

chentanuriz said...

wan...
how to make section for comment ya...
help me fwen...

Wan_hazel said...

chentanuriz g je kat link nie..ekot je arahan ke...senang je



http://wanhazel.blogspot.com/2009/01/bila-bermadahnya-kata.html

Wan_hazel said...

AmirFX

kita ptut bkongsi bro..hehehe

~cik manis~ said...

erm, kalau org cina dy anti 14 lak..
coz mse manis duk dkt aprtmen dkt Melaka, tgkt ke 14 je tak ade, dy tukarkn kpd 13A. klakar kan?
12,13, 13A, 15. huhuuh

Wan_hazel said...

A ah,plik kan..lucu plak..thank ya manis,ada gak info pasal org cina plak..

Byk gak kan pasal angka2 nie.hehehe.

SRISUFI said...

hahaha

gempak ada jak tek

tp 13 istimewa bg kmk...sebab 13 adalah kod negeri kita.
mun nanggar i/c 13 tengah automatik anak Sarawak

hehehe
misteri

Wan_hazel said...

Aoklah kak o.kmk tok jak bkn jati glak sawak.kmk 43 tgh ic mek.hehehe.tedah kmk pun.

yarn said...

wakaka... ktk 43 wan? tedahhh...balit endon nunn...syuohh..syuohhhh

Wan_hazel said...

Kempang ati ktk kak yarn.mentang mentang mek lahir kat landon ic no 43.hehehehe.acah jak.alu kenak tindas kmk.kmk tetap owg sawak lh.hahaha

Khairul Antasha said...

aih..baruk ariya kmk ngan sidak family dlm lift. kmk nnyak kedak tok ,' aih..pahal no 13 floor sikda owh??" sidak nya diam jak..kuar jak lift alu kenak tukuk palak..arum bulak tek..hiksss

Wan_hazel said...

Hahaha.pa ta ktk ya..lak mek tkuk pake kayu gk.hahaha

aH Lian~@cik ian cumel said...

dulu,
masa sekolah salu dapat no.13
banyak kali...menci ouh!

Wan_hazel said...

hahaha,,menci..jgn menci,,huhuhuhu..