Wadah Madrasah Pengalaman: salam perantaun dari Dongyang Technical College, South Korea


Tuesday, April 6, 2010

salam perantaun dari Dongyang Technical College, South Korea

Salam perantauan dari Dongyang Technical College, South Korea(telah lama didraftkan)


Pagi ini tetap seperti pagi pagi yang lain namun ada sesuatu yang menerjah ke data data kenangan ku. Hampir pasti aku kenangan itu telah ku "delete" dari fail kenanganku. Namun sejenak aku tersapa oleh kelibat photo ku semasa menuntut di Dongyang Technical College, South Korea




Hampir dua tahun aku draftkan entri salam perantauan ku, kesibukan membuatkan aku hilang dari teratak ini, membiarkan teratak ini bersawang malah tanpa seorang pun penghuni ketika itu. Sekali lagi aku membelek belek entri berkenaan menyusun "salam perantauan" dari bahasa S.M.S kepada apa yang tercatat sekarang ini. Maaf andai ku lakarkan salam perantauan di entri ini. Sengaja untuk berkongsi sedikit pengalaman disini.


__________________________________________________




Jelas suara mama mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

"Adeq sihat sik sia?"(adeq sihat kat sana?)

"sihat jak, cam biasa jak Adeq kat sitok, kirum salam kat semua orang ah"(sihat je, macam biasa Adeq kat sini, kirim salam kat semua orang ah) balasku menahan hiba.


Aku mengigit hujung bucu bantal menahan sebak yang ku tanggung, aku rindu kampung halaman, rindu akan keluarga, rindu akan sahabat di Malaysia. Aku rindu semua nya. Aku rindu Mia, rindu untuk memeluknya,aku rindu Mia kucing comel ku.

________________________________________________


S
yukurlah dengan teknologi sekarang aku dapat berhubung terus dengan keluargaku. Argh, bosannya aku di negara asing. Disini aku berhadapan dengan dunia luar lingkup dari pemikiran, jauh sekali bezanya. Selesai menjamah makanan selepas melaksanakan solat raya di Masjid Itaewon,aku terus ke kuliah. Prof. Hansen kaimaida, naik bosan aku menunggu tamatnya kuliah, mana tidaknya hatiku masih mahu beraya, sukar untuk ku kecapi Aidilfitri yang sebenar disini.




_______________________________________________



Malam nya, aku dan rakan rakan dijemput hadir ke kedutaan Malaysia.
Disini baru aku dapat rasakan keindahan Aidilfitri hilang sedikit demi sedikit kerinduan ku terhadap keluarga di Malaysia. Kami disini seakan satu keluarga, benar aku rasakan seperti di kampung halaman, dengan kuah satey nya, ketupat, satey, rendang, lemang, huh, aku gembira disini, namun aku tahu itu hanya untuk seketika


Selesai menjamah kesemua menu aku bersalam salaman dengan rakan, membincangkan dari sekecil kecil hal hinggalah sebesar besar hal dunia , turut jua berkongsi kenangan di kampung semasa beraya.


T
eringat lagi aku semasa pertama kali melangkah ke sini, dan kita selalu disuapkan dengan kebersihan nya, tapi kantoi plak, cawan kertas seven elevan di buang ditepi jalan. Kantoi...


Hari pertama Ramadhan, cuaca sejuk sejuk sejuk, namun mengeringkan tekak aku, kelaparan tu memang ade, nafsu nak makan aku dari Malaysia sampai lah kesini aku tak dapat buang. Susah benar nak buang. . .ya..teringat lagi aku sesi latihan gempa bumi jam sepuluh pagi hari itu benar-benar menguji Ramadanku yang pertama. Hari itu juga bermulanya sambungan sesi kuliah setelah sepurnama berlibur musim panas. Terik 31 darjah semestinya membuatkan kening semuanya berkerut. Aku berdiri di belakang sekali, diam-diam. Sebenarnya sedang mengawal suhu tubuh yang dari tadi langsung tidak dihembus angin. Pandang atas, sinar mentari. Pandang bawah, pasir berterbangan. Pandang ke kiri, oh dugaan mata. Ada si cantik manis. Dua orang.hehehe




Hujan emas dinegara orang hujan batu di negara sendiri...aku rela memilih negara sendiri


B
anyak kisah aku nak kongsi sewaktu aku menuntut di Dongyang Technical College, South Korea,Namun cukuplah setakat ini. Jika berkesempatan aku akan menjejakkan kaki di sana lagi.
atau berkongsi kisah ku lagi..




Omaigod lupe nak gitaw, yang nie kisah rekaan je. Hehehe.Photobucket

Doakan aku dapat mengecapi belajar di sana. Amin. Teringin sangat. . .

Salam perantauan.


Photobucket
papai


maaf kalian teratak korang belum sempat ku jejaki..
ada kelapang pasti aku kan berkunjung..



.



7 comments:

cikQEYLAH said...

wan study overseas?? waa, bestnye!!
sy nk pegi jugak, tp ke cambridge..
5/6 years comes.. insyaallah, 2 pun kalo umi sy kasi..
(angan lbeh, pmr x exam ag)

ummizarra said...

ati2 gue ingt kisah benar.. sayu dehhh.. tipah tertipu upenye...
erm erm erm
xpa naa good luck k...

Wan_hazel said...

wan tak study overseas lah....hanya rekaan je...hehehe

Wan_hazel said...

hehehhe..tipah tertipu,,huhuhuu...ok tengs...

cikQEYLAH said...

adoyai.. sampai aty wan.. haha..

Wan_hazel said...

hehehe...tak sampai lah..huhuuh..

cikQEYLAH said...

x sampai ke?? adoyai..